Bab 3

9 1 0
                                    

Pada suatu hari, Irdina duduk di dalam biliknya..badannya ditutupi oleh selimut, telefon dipegang di tangannya. Matanya melihat skrin telefon yang menyala itu.

Di dalam bilik itu sunyi,  hanya bunyi kipas yang berpusing didengari. Namun muncul bunyi apabila bunyi tapak kaki yang melangkah memasuki bilik Irdina. Apabila dilihat, ternyata orang yang datang itu ialah Rayyan, anak kedua Irdina.

Mendengar bunyi tapak kaki itu, Irdina melihat pintu yang dipulas tombol pintunya sebentar tadi. Matanya memandang tepat pada anaknya.

Rayyan ikut melihat mata ibunya..mata ibunya itu penuh dengan kebencian dan kemarahan membara bagai api yang tidak akan padam selagi tiada bahan yang akan menenangkannya.

hahah api mana boleh tak padam, mesti padam punya >^<

Irdina melihat anaknya yang datang mendekatinya selangkah demi selangkah..

Rayyan berkata sambil menunjukkan senyuman teruja. "Mama, ni..Rayyan lukis papa, Aryan ma-" ayatnya dipotong sebelum dapat menghabiskannya.

"KAU JANGAN NAK SEBUT AKU MAMA! AKU TAK MENGAKU YANG AKU ITU IBU KAU!" jerit Irdina, fikirannya bercelaru, anaknya itu tidak bersalah..namun hatinya tidak ingin menerima kenyataan itu.

Rayyan yang masih berumur 5 tahun, dia terkejut mendengar ayat yang sebegitu kejam. Hanya air mata yang mampu menunjukkan emosi yang dirasai sekarang

"Mama b-benci R-rayyan ke?" Rayyan menyebut satu-satu perkataan meskipun gagap, matanya merah kerana tangisan air matanya.

"KAU SENYAPLAH!" Balas Irdina, suaranya sangat kuat dan dapat didengari oleh Bibiknya yang berada di lantai satu.

Irdina menolak Rayyan, tolakan itu cukup kuat untuk membuat seseorang luka. Rayyan terjatuh dan sikunya tercalar, berdarah. "M-mama.." kata Rayyan lagi, hatinya terluka, lebih sakit dari sikunya ini.

"Aku kata..SENYAP!!" Balas Irdina. Rambutnya serabai di seluruh muka.

"Kau nak aku cakap macam mana lagi!" Sambung Irdina, kerana jeritannya terlalu kuat, suaranya serak.

Rayyan memandang Irdina sekali lagi, dia tak menyangka ibunya sangat membencinya..

"Keluar!" Halau Irdina, dia tidak ingin melihat anaknya lagi, memori ibunya meninggal masih tersekat di dalam kepalanya dan berulang-ulang berjuta kali.

Rayyan tidak mampu menggerakkan badannya, kerana badannya sekarang ini sangat lemah, dalam keadaan terkejut..

Bibik yang berada di bawah, dengan laju naik ke atas kerana mendengar jeritan yang amat kuat, dia tahu kondisi Irdina, masih tidak stabil. Tanpa membuang masa, dia dengan cepat dia berlari masuk ke dalam bilik Irdina.

"Anak!" Kata bibik itu, dia terkejut melihat situasi sekarang, Rayyan dengan sikunya terluka, Irdina yang menjerit bagai orang gila. Semuanya sangat kucar-kacir.

Bibik itu memegang bahu Rayyan, dia mengusap kepalanya, berharap dia bertenang lalu memeluknya.

Rayyan yang sedang menangis, dia memeluk bibiknya, kepalanya direhat di atas bahu bibiknya, hanya tinggal suara tangisan yang keluar dari mulut anak Irdina.

"Hiks..hiks.." suara tangisan Rayyan, mukanya terlihat sangat penat selepas menangis, air matanya masih menitis satu persatu.

"Nyonya..bertenang nyonya..jangan begini, Raziq tidak mahu kamu begini, bertenanglah.." pujuk bibik itu, perkataan yang mampu menerangkan situasi kini ialah 'kacau-bilau'.

"Aku taknak tengok muka budak ni! KAU SURUH DIA KELUAR!" Kata Irdina sekali lagi, tangannya memegang rambut dia yang berantakan.

Bibik yang memahami situasi kini, dia menutup matanya sambil menarik nafas lalu membuka mata dan menghembus nafasnya.

Halangan Yang Menyatukan CintaWhere stories live. Discover now