Bab 8

7 3 0
                                    

Selepas sahaja Irdina membuka pintu, semua kanak-kanak yang berada di situ terdiam. Wajahnya menunjukkan rasa hairan dengan kehadiran orang yang tidak dikenali.

"Mana cikgu kamu?" tanya Irdina dengan suara tegas.

"Mama!" kata Rayyan, bibirnya kembali tersenyum kerana melihat ibunya.

"Ya sayang," balas Irdina sambil mengusap rambut Rayyan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Hatinya kecewa melihat anak-anak kesayangannya dibuli oleh kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka.

Dia semakin berasa marah apabila tiada cikgu yang berada di sini sedangkan perkara ini sepatutnya diketahui oleh guru kerana mereka bertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak ini.

"Rayyan, Aryan, sini sekejap," kata Irdina. Dia menarik tangan Rayyan dengan lembut.

Aryan hanya mengikuti Rayyan. Dia memandang ibunya yang sedang risau akan keadaan mereka.

"Dengar betul-betul. Kalau ada sesiapa yang buat korang sedih, bagitau ibu, okay?" kata Irdina, suaranya lembut tetapi jelas.

"Hmm..." Rayyan mengangguk perlahan.

Irdina memeluk kedua-dua anaknya erat, pelukan yang penuh kerisauan dan kasih sayang yang ikhlas. Siapa sahaja yang tidak menyayangi anaknya?

"Nah, bekal makanan. Makan sampai habis, ya?" Irdina menyerahkan bekas makanan kepada Rayyan dan Aryan.

Mereka mengambil bekas yang dihulurkan sambil tersenyum manis.

"Hehe, maaf mama, tertinggal dalam kereta tadi," Aryan meminta maaf sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak apa. Lagi satu, mama sayang korang," Irdina berkata sambil memberi ciuman di dahi mereka berdua.

Setelah mendapat ciuman itu, mereka memegang dahi sambil tersenyum lebar.

"Mama, tunduk sikit," kata Aryan. Setelah Irdina menundukkan kepalanya, dia mencium pipi ibunya, niatnya ingin mencium dahi tetapi ketinggiannya tidak mengizinkan.

Terukir senyuman di bibir Irdina. "Thank you, Aryan."

"Nak jugak!" kata Rayyan. Dia juga mencium pipi ibunya, tidak mahu ketinggalan.

Irdina ketawa kecil melihat gelagat dua anaknya ini.

"Panggil budak yang tadi buli anak kesayangan mama ni," kata Irdina dengan nada mesra agar anaknya tidak takut.

Setelah dipanggil, budak itu datang mendekati Irdina dengan tangan menggigil, berbeza dari keberaniannya sebentar tadi apabila membuli Rayyan dan Aryan. Kini, dia kelihatan ketakutan.

"Rayyan dan Aryan ada ibu," kata Irdina dengan nada tegas namun singkat. Tiada guna bergaduh dengan kanak-kanak berusia 6 tahun yang masih tidak matang.

Selepas itu, dia kembali ke dalam kereta.

"Sayang buat apa lama sangat tadi?" tanya Raziq. Dia meletakkan telefonnya ke dalam poket seluar.

"Ada hal tadi, jomlah kita gerak," jawab Irdina, tidak mahu menceritakan kejadian itu sekarang kerana mungkin akan membuat mereka terlambat sampai ke tempat kerja.

"Okay," balas Raziq. Dia menyambung memandu seperti biasa.

Apabila mereka sampai di depan bangunan syarikat, banyak mata memandang kereta Raziq. Bos mereka biasanya datang lebih awal daripada waktu ini.

"Alamak, kantoi lah macam ni kalau keluar..." kata Irdina dalam hati, memikirkan cara agar tidak kantoi.

"Abang, pergi ke pintu belakang. Sayang nak guna pintu belakang," kata Irdina. Dia bimbang sekiranya identitinya diketahui.

Selepas memasuki pejabat, Irdina duduk di kerusi tempat dia bekerja.

Semalam, Ariana dan juga Damia kata bahawa mereka bekerja di pejabat yang sama dengan Irdina. Tetapi dia tidak nampak muka mereka hari ini.

"Aik, mana diorang ni..? Hm... jumpa waktu rehatlah kut ni," kata Irdina sendirian. Dia mula membelek fail dan kertas-kertas di mejanya.

Irdina hanya menjalankan tugasnya seperti biasa. Namun, seseorang datang dan meletakkan kertas kerja di atas meja Irdina sambil tersenyum sinis.

"Apa ni?" tanya Irdina. Dia tahu niat orang ini, jelas terlihat yang dia ingin mengacau.

"Kerjalah, apa lagi?" balas orang itu, menjeling.

"Ini bukan kerja saya. Ini kerja orang lain," kata Irdina, tidak akan menerima kerja yang bukan miliknya.

"Buat je lah, Adreena yang suruh, banyak cakap pulak," kata orang itu.

"Hmm, dah agak dah, mesti kerja budak tu," kata Irdina dalam hati, mukanya kelihatan geram.

"Kalau tak nak?" tanya Irdina, mencabar orang itu.

"Aku bagitahu Adreena. Nanti dia bagitahu bos, padan muka kau," kata orang itu dengan nada bangga.

"Hmm... aku buat je lah," kata Irdina dalam hati, terpaksa menerima kerja ini. Dia tidak mahu menyusahkan Raziq.

"Pergilah kau, buat kerja," halau Irdina. Perempuan itu hanya menyemak di mejanya. Jika dia datang lagi, pasti diperli oleh Irdina.

Perempuan itu menjeling, tetapi sebelum pergi, seseorang memanggil namanya.

"Farhani!" kata seorang kawan perempuannya.

"Oh, nama dia Farhani... nanti aku tanya Raziq lah," kata Irdina dalam hati.

Pada waktu rehat, Irdina tidak makan kerana sibuk dengan kerjanya. Dia sanggup menggunakan masa rehat untuk menyiapkan kerja yang menimbun seperti gunung. Setiap helai kertas membuat Irdina semakin lelah.

"Haish... kenapa aku jugak kena buat benda ni," kata Irdina perlahan.

Di tempat Raziq...

Raziq membuat panggilan. Nombor Ameer didail.

'Dringg' bunyi panggilan telefon. Ameer mengambil telefon dari poket seluar hitamnya lalu menjawab.

"Hello, boss," kata Ameer.

"Ameer, Irdina dekat mana sekarang?" tanya Raziq, terlihat risau.

"Sorang-sorang dekat office, buat kerja," kata Ameer.

"Sorang-sorang? Dia dah makan ke belum?" tanya Raziq. Irdina yang kuat makan ini sanggup memilih kerja dari makanan?

"Saya rasa... belum," kata Ameer.

"Belum?" Raziq mengulang. "Ameer, kau datang sini," katanya.

Beberapa minit kemudian, Ameer sampai ke tempat Raziq. Raziq menghulurkan biskut dan susu.

"Untuk aku ke?" tanya Ameer, sengaja menyakat Raziq.

"Perasan," balas Raziq sambil menjeling.

"Hehe, yelah aku bagi Irdina," kata Ameer. Dia terus melangkah pergi.

Di tempat Irdina...

Ameer meletakkan makanan di atas meja Irdina.

"Untuk saya?" tanya Irdina sambil tersenyum.

"Yes... dari Raziq," kata Ameer. Matanya ingin membaca apa yang ditulis Raziq di sticky note itu, tetapi tidak dapat dibaca.

"Okay, tell him that I say thank you and..." kata Irdina, tetapi ayat seterusnya dia berbisik kepada Ameer.

Selepas Ameer pergi, Irdina membaca ayat di sticky note itu.

Love you, darling. Jangan tak makan, abang rindu sayang.

                                                       - Your husband
- Sticky note

Irdina menutup mulut dengan tangannya. "Wow, sweetnya husband aku ni, aww," kata Irdina dalam hati.

Lalu, dia mendapat mesej..

Halangan Yang Menyatukan CintaWhere stories live. Discover now