Bab 5

19 5 0
                                    

Irdina bangun dari tidur, dia membuka matanya perlahan-lahan. Setelah beberapa minit, dia berada dalam keadaan duduk, melihat pagi yang cerah menyinari pandangan matanya di jendela rumahnya yang terbuka luas.

Dia menarik nafas dan menghembus dengan perlahan, menenangkan diri. Dia mulai berdiri setelah mengedipkan matanya beberapa kali dan melangkah pergi ke dapur.

Setelah sekian lama, dia ingin memasak makanan untuk anaknya. Irdina memandang peti ais yang berada di dapur. Dia membuka pintu peti ais itu, matanya merenung bahan yang berada di dalamnya.

"Hmm, apa yang menarik hari ini?" bisiknya kepada diri sendiri.

Selepas beberapa minit, dia membuat keputusan untuk memasak spageti karbonara. Irdina mengumpulkan satu persatu bahan yang perlu digunakan dan mulai memasak.

Matanya sangat teruja, memikirkan reaksi anaknya apabila memakan makanan yang telah dia masak. Apabila memikirkannya, terukirlah senyuman pada wajah Irdina, manis sungguh senyuman itu.

Raziq yang ikut terbangun disebabkan aroma wangi yang menyapa hidungnya, badannya bergerak menuju ke arah aroma itu. Apabila sampai di dapur, dia memandang isterinya yang sedang memasak.

"Cantiknya isteri aku..." kata Raziq di dalam hatinya, dia sangat tergoda. "Takpelah, isteri sendiri jugak kan?" matanya memandang Irdina yang sedang fokus di dapur.

Pada masa itu, Irdina tidak menyedari kehadiran suaminya. Ketika dia sedang memotong sosej, jarinya tergores. Meskipun hanya tercalar sedikit, darah Irdina mengalir keluar dari lukanya.

Melihat kejadian itu, Raziq dengan segera mengambil plaster di rumahnya dan pergi ke Isterinya.

"Sayang... lain kali hati-hati," kata Raziq, mukanya risau melihat jari Irdina. Dia melekatkan plaster itu di jari Irdina dengan penuh berhati-hati.

Irdina memandang Raziq. "Ini bukan benda besar, benda kecil je. Lagi satu, dari mana abang muncul ni?" balas Irdina dengan nada pelik.

"Uhm... tadikan abang tercium aroma yang sangat indah yang menarik perhatian abang. Sebab itulah abang datang sini," balas Raziq, sengaja dia membuat ayat begitu.

"Amboi, pandai ya buat ayat-ayat macam itu sekarang," balas Irdina sambil tergelak.

Dia menyambung memasak makanan dan Raziq duduk di atas meja sambil melihat Irdina memasak.

"Sayang, nak abang bantu tak?" tanya Raziq.

"Tak payah, abang duduk situ diam-diam, nanti lagi cepat siap," jawab Irdina sambil tersenyum.

"Sampai hati, dah tak sayang abang ke?" Kata Raziq, dia datang mendekat, "hmm?" Sambung Raziq, dia memeluk Irdina dari belakang, kepalanya direhatkan di atas bahu Irdina sambil tersenyum lebar. Sungguh manja suami Irdina ini.

Help, author rasa geli dah ni ;^; takpe, demi korang.

Setelah selesai masak...

"Abang, tolong panggil anak-anak," kata Irdina sambil menghidang makanan di atas meja makan.

Raziq menggerakkan kakinya naik ke atas, dia membuka pintu dengan perlahan, matanya mencari anaknya yang sedang tidur.

"Aryan, Rayyan," kata Raziq dengan lembut. "Bangun."

"Hmm," rengek Aryan, hari ini dia dikejutkan lebih awal dari biasa.

"Taknak..." kata Rayyan dengan suara yang perlahan, dia masih ingin menutup matanya dan bermimpi indah.

"Ibu masak untuk korang," kata Raziq sambil menepuk bahu Rayyan dengan perlahan.

Aryan dan Rayyan terus bangun, mereka dengan pantas berdiri, kepalanya terasa seperti berat kerana bangun secara mengejut. Mendengar ibunya yang masak makanan adalah perkara yang sangat diinginkan oleh mereka. Selama ini, hanya bibik mereka yang masak, bosan melihat orang yang sama. Tetapi sekarang, kalau ibu yang masak, mesti tak bosan selama-lamanya.

Halangan Yang Menyatukan CintaWhere stories live. Discover now