4

7 1 0
                                    

RAMBUT yang basah dikeringkan dengan tuala. Telah menjadi rutin hariannya mandi di waktu malam.

Telefon bimbit di atas meja dicapai. Melihat tiada apa-apa pesanan mesej kembali dia letakkan telefon bimbitnya.

Tuala yang sudah lembap itu disangkut ke atas ampaian baju bersaizkan mini.

Sekilas dia memandang cermin tingkap yang berhadapan muka rumah si jiran. Dia melihat Arsyad segak berbaju putih dan seluar hitam.

" mana pula dia pergi malam-malam macam ni? " soalnya sendiri. Jam dinding di kerling. 8:30 p.m.

Langkah lelaki itu perlahan. Menuju ke suatu tempat.

" lantak dia lah nak pergi mana. Bukan urusan aku. "





KASUT diletakkan di atas rak yang tersedia. Dia perlahan melangkah masuk kedalam.

" cantik masjid sini. " pujinya. Dia melihat sekeliling masjid itu. Menggunakan seni bina Islam. Bercorakkan cara islam. Menarik.

" Assalamualaikum? " seseorang menyapa. Arsyad menoleh. Sedikit terkejut apabila mereka berdua bertentang mata.

" Mikail? "
" Syad? "

" rumah dekat sini ka? " soal Mikail. Arsyad mengganguk. " lah, sama la. Tak tahu pula kau tinggal taman ni. " ujar Mikail. Arsyad senyum.

" jomlah masuk. Kejap lagi dah nak azan. " ajak Mikail. Arsyad angguk.

Usai mendirikan solat berjemaah. Semua mulai pulang termasuk Arsyad dan Mikail yang sekadar berjalan kaki.

" aku tengok kau ni macam dah bertunang. " ujar Mikail tiba-tiba. Terkedu dibuatnya Arsyad. Tunang? Ummi kalau ditanya adakah anaknya sudah bertunang, pasti ketawa.

" eh, mana ada. " jawab Arsyad.

" lah ya ka? Aku ingin kau dah tunang. Ya lah, dari cara kau cakap macam dah bertunang. Macam nak jaga pergaulan apa semua. " komen Mikail. Arsyad hanya senyum.

" sebagai kaum lelaki memang itu yang kita harus buat. Menjaga pandangan dan pergaulan. Lebih-lebih lagi apabila dengan yang bukan mahram kita. " kata Arsyad. Mikail mengganguk.

" tapi kau tahu sebelah rumah kau tu... "

" tahu. " cantas Arsyad.

Mikail diam. " setiap orang boleh berubah. Allah sentiasa buka pintu taubatnya untuk hamba-Nya. "





KEBELAKANGAN ini anehnya dia sering melihat Arsyad keluar di waktu malam. Ke mana sebenarnya lelaki itu?

Baju tidur berkain satin di pakai. Dia melangkah keluar dari rumah. Melihat Arsyad sedang mengunci pintu rumah. Pasti lelaki itu mahu ke 'suatu' tempat.

" Oi. "

Arsyad tidak menoleh tapi menjawab.

" ya? "

" kau nak pergi mana? Dah seminggu aku tengok kau keluar waktu malam. Ke... Kau... "

" saya ingin ke masjid bukannya mahu lakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. " potong Arsyad. Tahu gadis itu memikirkan hal yang tidak.

" tak boleh ka kau buang sikit alim kau? " jelingnya. Arsyad menguntum senyuman kecil.

" biarlah dipanggil alim sekalipun. Jangan pernah tinggalkan dan lupakan arahan Allah. " ujar Arsyad. Lelaki itu berlalu pergi.

Airiz diam.

" dia ingat aku terasa ka? Eleh. " ejeknya. Dia kembali melangkah masuk ke dalam rumahnya.





" JOM lah, bukan selalu kita pergi. " ajak Emma. Airiz mendengus. " malaslah. " adunya.

Emma membuat riak comel. Airiz menjeling. Ingat comel kah?

" ya lah! " dia akur akhirnya. Terus melebar senyuman Emma. " yeay! Tak sia-sia- " belum sempat Emma menghabiskan ayatnya segera dipotong oleh Airiz.

" aku setuju bukan sebab kau comel, tapi aku tak suka tengok muka kau macam tengah menahan cirit. " selamba gadis itu. Terus mencebik Emma dibuatnya. Tapis sikit boleh tak!

Emma mencabut kunci keretanya dari lubangnya sebelum melangkah keluar bersama Airiz.

" ini? "

" ya. Sedap tahu kek dekat sini. " ujar Emma.

Mereka melangkah masuk ke dalam kedai kek tersebut. Airiz dan Emma sudah boleh menghidu bau wangian kek yang terhidang di sebalik almari kaca itu. Tampak sedap.

Emma menghampiri kaunter.

" hai. " sapanya.

Seorang lelaki mendongak memandang.
" ya, cik nak order? " . Emma mengganguk sebagai jawapan.

" makan atau bungkus? "

" kau nak makan ke bungkus? " tanya Emma kepada Airiz. " ikut kau lah. "

Emma mendengus. Dia memandang semula lelaki itu. " makan lah. Ada kek apa? "

" macam-macam cik. Cik boleh tengok di list itu. " ujar lelaki itu sembari jarinnya dituju kepada list yang tertampal di dinding kirinya.

Emma tersenyum. Banyak.




" SYAD tolong hantarkan dua potong kek atas meja itu kejap. Meja pelanggan nombor lima. " kata Mikail yang terlihat tergesa-gesa ke belakang dapur.

Hujung-hujung ke tu?

Arsyad mengangkat dua pingan kaca yang berisikan kek coklat yang sudah dipotong kemas.

Dibawa ke meja lima seperti dikatakan Mikail.

" maaf atas kelewatan. Selamat menjamu selera. " ramahnya meletakkan dua pingan itu ke atas meja.

Emma tersenyum. " terima kasih! "

Airiz diam. Mengangkat muka memandang si pemilik suara.

Mata bertembung antara satu sama lain.

ZUPS! kenapa dia?!

Arsyad terdiam. Gadis ini? Jirannya? Kenapa di sini? Oh bodohnya, sudah tentu datang mahu makan kek.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Bayangan: Arsyad Lutfan [ SLOW UPDATE ]Where stories live. Discover now