1

18 1 0
                                    

TELEFON bimbit yang dikocek seluarnya begetar menandakan ada mesej yang baru sahaja masuk.

Segera dia keluarkan alat teknologi berbentuk segi empat itu. Punat on di tekan lalu dimasukkan kata laluan.

' Chef Cake's '

Terbutang luas biji matanya melihat e-mail baru sahaja dia terima. Hatinya mula berdebar sembari jarinya perlahan-lahan menekan notis itu.

' Assalamualaikum, kepada si yang pembaca kami berterima kasih kerana sudi untuk mencuba nasib di Chef Cake's. Tujuan kami menulis e-mail kepada tuan/puan atas disebabkan untuk menjemput tuan/puan datang ke Chef Cake's bagi temu duga. Jika tak keberatan dan mempunyai masa yang terluang datang ke lokasi ini. Kami sedia menunggu kehadiran Tuan/Puan untuk menjadi sebahagian dari kami.

Saya akhiri kata saya dengan serangkap pantun.

Pergi ke pasar membeli arang,
Tak lupa setangkai bunga tuk mu,
Lupakan yang lalu, ingat yang sekarang
Chef Cake's sentiasa menjadi pujaan mu.

Assalamualaikum. '

Dia ketawa kecil membaca pantun itu. " sweet juga diorang ni. " katanya. Sengihan kecil masih terukir di bibirnya.

" hamboi, bukan main lebar senyum tu, Ummi bakal dapat menantu ka? " kata Puan Suraya yang sedari tadi memerhati anak lelaki tunggalnya itu.

Arsyad menyengih. " tak adalah ini ha. Chef Cake's bukan main buat pantun. " jawab Arsyad. Puan Suraya sedikit tertarik dengan kata anaknya.

" Chef Cake's? Kenapa mereka e-mail kamu? " soal Puan Suraya, ingin tahu. " alhamdulillah Ummi, Arsyad dijemput ke sana untuk temu duga. " jawabnya. Puan Suaraya senyum lebar.

" alhamdulillah. "





" ALHAMDULILLAH, aku pun turut gembira dengar. Bila tu kena pergi? " soal suara itu dihujung talian.

" Insya-Allah, minggu depan kedua. " jawab Arsyad. " aku ingat nak ke Baling lusa. " sambungnya lagi.

" eh buat apa? " soal Zayyad. " saja, nak jumpa kau astu nak jumpa dua anak penguin kesayangan aku tu. " jawab Arsyad diikuti tawa kecil. Hatinya rindu dengan kembar itu. Fariesha dan Faris. Miskipun tak seiras namun perangai tetap sama. Pewaris si ibu.

" eleh, bapaknya? Tak rindu? " soal Zayyad bernada gurau.

" tak ingin aku. Muntah hijau dua baldi aku dibuatnya. " meletus tawa Zayyad mendengar kata Arsyad.

" eh, dah la. Aku nak tolong ayah aku angkat barang surau kejap lagi. Nak siap-siap. " kata Arsyad. " ha ya ya, assalamualaikum. "

" waalaikumsalam. " talian diputuskan. Arsyad meletakkan kembali telefon bimbitnya ke atas meja kayu sebelum dia lekas bangkit mencapai tuala lalu meluru masuk ke dalam bilik mandi.





SEBUAH kereta diparkir di hadapan rumah mereka. Buatkan dia tertanya-tanya. Siapa pula ini?

" Assalamualaikum. " kata lelaki itu selepas menjejak keluar dari kereta. " Waalaikumsalam. Ya Allah, Arsyad ka? " Eliena mengukir senyuman manis. Tak baik bermasam muka, senyum itu kan sedekah.

Arsyad berjalan menghampiri pintu utama. " Zayyad ada? " soalnya. Takut pula dicop berdua-duaan dengan isteri orang. Melihat Eliena mengganguk buatkan hati dia lega.

" ni, Ummi saya ada buat kuih sikit suruh bagi dekat kau orang. " dia hulurkan dua bekas plastik kepada Eliena. " terima kasih. Masuk lah, Zayyad ada dekat dalam. " pelawa Eliena.

Arsyad mengganguk. Kasut ditanggalkan lalu dia menjejak masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup sedikit.

" Pakcik!! " belum sempat dia mahu melangkah satu suara kecil mengalih perhatiannya. Siapa lagi kalau bukan si kecil Fariesha yang gemar benar dengan pakcik kacaknya itu.

Kaki lelaki itu dipeluk. " icha yindu pakcik! " kata si kecil.

Arsyad ketawa kecil. Diangkat tubuh itu ke dalam dakapan. " makin besar budak ni. " pipi bulat Fariesha di cubit dengan lembut. Gadis kecil itu merengek tak suka.

" cepat kau sampai. " tegur Zayyad yang baru sahaja muncul. Arsyad menoleh lalu angguk. Mereka berjabat tangan.

" aku telefon kau masa aku dah dalam perjalanan ". Zayyad angguk.

" hamboi dia...jumpa pakcik kacak dia terus lupa papa dia. " sindir Zayyad memandang anak perempuannya yang di dalam dukungan kawannya.

Fariesha hiraukan. Kecik-kecik dah derhaka budak ni!

Arsyad ketawa kecil. " mana Faris? " soalnya. Melihat yang satu lagi tiada buat dirinya tertanya-tanya.

" ada tidur. Baru lepas mandi. " jawab Zayyad. " duduk lah. Santai-santai. " pelawa Zayyad.



" ICHA tak cuka! " marah si kecil. Mana tidaknya. Arsyad sedari tadi mengusiknya dengan menyua udang ke dalam mulut mungil itu.

" papa! Tengok pakcik ni! " adu Fariesha dengan kecomelan attack-nya. Zayyad ketawa kecil.

" dekat mana Chef Cake's tu? Aku lupa pula. " soal Zayyad tiba-tiba menukar topik. " Kuala Lumpur. " jawab Arsyad.

Zayyad mengganguk. " semoga urusan kau dipermudahkan. " katanya. Arsyad sekadar mengganguk.

" oh ya, kereta yang kau bawa tu siapa punya? Setahu aku kau mana ada kereta, lesen pun tak ada. "

" ayah aku. Aku pinjam. Lagipun, bukannya aku tidur sini. Kejap lagi aku balik lah. " jawab Arsyad. " balik? Sekarang dah jam lima setengah. Dari Baling ke Terengganu, lama tu. " kata Zayyad.

Arsyad sekadar tayang wajah selamba. Dia sudah biasa memandu di waktu malam.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Bayangan: Arsyad Lutfan [ SLOW UPDATE ]Where stories live. Discover now