3

6 2 0
                                    

DIA menolak pintu kaca itu perlahan. Beberapa pekerja sudah tiba. Ada yang sibuk mengelap meja. Ada yang sedang mengemop lantai. Ada yang menyusun kek di dalam rak kaca itu.

Perlahan dia menghampiri salah satu pekerja di situ. " hm... Assalamualaikum. " sapanya. Pekerja itu menoleh.

Arsyad sedikit terkedu. Warna mata lelaki itu seperti dirinya. Hazel. " ya, waalaikumsalam. Arsyad kan? " soal lelaki itu. Arsyad mengganguk.

" ha, boleh ke dapur belakang. Nanti ada orang yang boleh tolong kau. " kata lelaki itu. Arsyad mengganguk. Dia melangkah ke dapur belakang seperti yang dikatakan pekerja itu.

Dilihat pada name tag lelaki tadi itu namanya Mikail. Bukan main namanya.

" assalamualaikum. " dia menyapa.

Dua lelaki menoleh. Tampak mereka sibuk dengan rekaan kek.

" waalaikumsalam. " jawab mereka serentak. " saya pekerja baru dekat sini. " ujarnya kekok. Kedua-dua orang itu memandang sesama sendiri sebelum memandang Arsyad kembali.

" lama kami tak ada pekerja baru. Welcome bro! " ujar salah seorang. Sebelahnya pula mengganguk. Arsyad tersenyum kekok.

" nama aku Adam. "

" nama aku Haris. "

Mereka perkenalkan diri. Arsyad sedikit canggung. Dia tidak biasa bergaul dengan orang luar. Lagi-lagi di bandar.

" nama aku...Arsyad... " giliran dia perkenalkan diri.





BEBERAPA potongan kek dia letak ke dalam rak kaca itu. " dah siap? " soal Mikail. Arsyad menoleh sebelum mengganguk.

" jom lah makan sama-sama. Haris ada belikan lunch " ajak Mikail. Arsyad mengganguk saja. Mahu menolak, segan pula. Lagipun perut memang sedari tadi menjerit minta diisi.

Mereka melabuhkan punggung di salah satu meja. Haris muncul dengan empat bungkusan nasi ayam yang dibelinya tadi. " wah, nampak sedap! " kata Adam teruja.

" ha makan-makan. " kata Haris melabuhkan punggung di samping Arsyad yang sedari tadi berdiam diri.

Dirinya juga bingung. Bukan main semalam teruja mahu bekerja di sini. Mahu kenal lebih ramai kawan, sekarang? Sepatah apa pun tidak keluar dari mulutnya.

" eh makan lah Syad. Segan-segan pula dia. " usik Adam. Arsyad senyum kekok. Bungkusan nasi ayam yang dibeli Haris di ambil lalu dibuka.

" kau tinggal dekat mana? " soal Mikail. Tangannya tak henti menyuap nasi ke dalam mulut.

" Terengganu. " jawab Arsyad. Ketiga-tiga mereka terkejut. " Terengganu?! Kau biar betul? Dari Terengganu datang sini? Jauh tu. " ujar Adam.

Arsyad angkat bahu acuh tak acuh. " kalau rezeki dekat sini apa boleh buat? Lagipun, memang dah standby duit tabung untuk beli rumah atau apa-apa yang diperlukan. " jawabnya.

Mereka mengganguk.

" kampung aku dekat Terengganu juga. " kata Haris. Arsyad mengganguk. " dekat mana? " soal Arsyad. Ingin tahu. " kampung sungai lerek. Tahu? "

Riak Arsyad bertukar terkejut. " Kampung aku lah tu. "

Giliran Haris pula terkejut. " wah, boleh lah nanti kalau cuti kita balik kampung sama-sama. " ujar lelaki itu teruja. Arsyad mengganguk. Adam dan Mikail memandang sesama sendiri. Tak dianggap ka?






" KELAKAR lah cerita kau. "

Bengang pula dia mendengar. Menyesal dia ceritakan semuanya pada Emma. Benci!

" celah mana kelakar nya?! " marah Airiz. " chill lah girl. " selamba Emma. " boleh pergi mampus lah kau dengan chill kau tu. Benci aku! "

Emma ketawa kecil. Riak Airiz kini memang seperti harimau yang seperti merajuk dek kerana tidak mendapat daging.

" tapi, nampak gaya macam dia baik ek. Mesti kacak kan? " Emma mula sesi soal selidik. Airiz memutarkan bebola matanya ke atas. Ini yang dia tidak suka.

" baik lah sangat. Nak acah alim pula. " ujarnya. " kira baik lah dia acah alim. " balas Emma pula.

Airiz menjeling. " kau ni dah kenapa? Terkena penyakit alim mamat tu? " soalnya. Emma angkat bahu acuh tak acuh. " tapi, sesuai tu buat calon suami. " Emma tayang senyuman gatal.

Airiz mendengus. Ada juga yang makan buku limanya.

" dia kerja dekat mana? Nama apa? Kacak tak dia? Tinggi dia berapa? " bertubi-tubi soalan dilemparkan. Airiz menjeling tajam. " kau ingat aku ada masa ka nak tahu semua tu? Lantak dia lah! Hidup dia, bukan hidup aku! " katanya.

Emma mencebik. Nampak seperti dia sendiri yang harus ambil tahu sendiri.






HARI sudahpun bertukar malam. Arsyad baru sahaja tiba di rumah. Kesesakan di Kuala Lumpur memang menguji kesabarannya. Lagi-lagi berlaku kemalangan tadi. Sudah tentu sesak taham maximum.

Kunci rumah di cari di dalam beg galasnya sebelum dia keluarkan. Di buka kunci pintu itu.

Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Dia keluar sekotak kek yang telah dipotong. Rumah milik gadis yang pernah menegurnya dahulu dia pandang.

" tak lewat lagi ini. Nampak lampu masih buka. Harap-harap ada rumah lah. " getus nya dalam hati. Dia perlahan melangkah ke rumah jirannya itu.

Pintu diketuk perlahan. Beberapa saat kemudian pintu dibuka. Arsyad menghadiahkan senyuman kecil. Pakaian gadis itu kini tidak lagi terlalu terdedah. Dia mengenakan baju tidur.

" ya, kau nak apa? " soalnya dingin. Airiz bersandar di bahu pintu sembari memeluk tubuh. " ini, tadi kat tempat kerja saya. Ada lebihan kek, jadi saya ingat nak beri kepada awak. " ujarnya. Dihulurkan kotak kek itu. Tidaklah besar mana dan tidaklah kecil mana.

" kau buat? "

Arsyad menggangu.

" kau ingat sedap ke kek kau ini? " soal Airiz dengan angkuh. " mana lah tahu, kau letak ubat tikus ka apa? " sambungnya lagi dengan sinis.

Arsyad kekal tenang. " makan dulu, mana tahu nak lagi? " selamba Arsyad. " dan satu lagi. Saya belum kejam untuk letak ubat tikus. " sambungnya pula.

Airiz mendengus. Dia merampas kotak kek itu dari tangan Arsyad. " terima kasih. " ujarnya sebelum menutup pintu.

Arsyad menggeleng perlahan sebelum dia melangkah ke rumahnya semula.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Bayangan: Arsyad Lutfan [ SLOW UPDATE ]Where stories live. Discover now