PART 138

2.6K 247 23
                                    

Bebola mata Ayrena mengikut susunan bait perkataan dalam novel yang dibacanya. Khusyuk dia membaca novel yang berkisahkan cinta tiga segi yang sudahpun menjadi cerita kegemarannya sejak dua menjak ini.

Masuk hari ini, triplets sudah masuk usia tiga bulan. Sambil dia baca buku sambil goyang kaki dia angkat kepala dan periksa baby crib yang diletakkan tidak jauh dari katil.

"Bagus anak-anak mama. Tak meragam harini." Berpuas hati dengan keadaan si kecil, Ayrena jatuhkan anggukan dua ke tiga kali. Baru lah dia boleh bersantai dengan tenang.

Dia sambung goyangkan kaki bersama buku yang diletakkan di atas perut.

Ting!

Notifikasi masuk. Ayrena sambar telefon yang berada di sebelah. Mesej dari Atheena terus bertukar bluetick.

"Buang tabiat apa Atheena ini? Bukan ke dia tengah honeymoon?" Gambar yang dihantar terus Ayrena download.

Dahi berkerut seribu dan gambar di zoom lebih mendalam.

"Hamidah jerebu?" Terbangun Ayrena dari bersandar.

Jemari menaip mesej.
"Is that Hamidah si jerebu itu?"

Ting!
Cepat Atheena beri balasan.
"Yes! Mesti kau terkejut kan? Aku pun macam tak percaya."

"Tapi siapa orang tua yang dia tengah peluk itu? Bapa dia ke? Husband dia yang kaya raya itu mana?" Butang send ditekan.

Ting! Mesej masuk lagi.
"Itu bakal suami baru dia. Mesti kau tak percaya juga kan? Samalah! Aku pun mula-mula ingatkan dia pergi bercuti dengan atuk dia." Bersama emoji menangis Atheena hantar petikan mesej.

Ayrena berkerut untuk kali kedua. Kenapa pekerja Te Amo Caffe tak pernah pun beritahu dia pasal ini. Dia tertinggal berita penting ke?

Hampir satu jam dia dan Atheena bertukar cerita melalui whatsapp.

Dan...
Uwekk!

Tangisan Arnayn meraung-raung di dalam baby crib. Terus Ayrena berlari mendapatkan si anak.

"Ya sayang. It's okay. Mama ada. Mama tak tinggal anak-anak mama." Peha gebu Arnayn Ayrena tepuk perlahan. Nasib orang dah ada anak. Nak bergosip dengan bestie pun tak boleh. Kena dahulukan anak dulu baru gosip.

__________

"Bos! Bos pula jalan." Dua buah dadu diambil dan dibaling di atas papan saidina.

Dadu berhenti pada tujuh titik.
"Tujuh!" Darren gerak tujuh langkah ke depan.

"Aku nak beli." Darren hulurkan RM 700 duit palsu.

"Bos! Semua bos nak beli. Apa yang tinggal untuk saya nanti?" Bising Bob. Naik baran dia dibuatnya. Mereka semua yang bermain semua dah ada tanah sendiri. Dia je belum ada. Asyik kena penjara dan bayar denda je! Habis duit dia.

Bob peluk tubuh di atas sofa bersama muka tak puas hati. Bos mereka dah pun kembali kepada Darren yang dulu. Tiada lagi mengidam pelik-pelik. Tiada lagi Darren yang beremosi dan manja. Yang tinggal hanya muka beku dan serius yang layak dipijak-pijak geram.

Rancak mereka berlawan permainan di ruang tamu dengan pelbagai reaksi dan ragam.

Suara anak kecil mula terdengar.
"Bos anak bos nangis itu." Tegur Ickey bila suara Aydean meraung sampai dengar di tingkat satu.

"Haih!" Darren lepas keluhan berat. Dadu diletakkan di tengah-tengah papan saidina.

Darren yang bangun dari sofa terus menjadi perhatian anak-anak buahnya. Bersama kain lampin yang tersangkut di leher dia pergi ke dapur untuk mengambil botol susu.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now