Seminggu berlalu, kini baru ada sedikit kekuatan untuk dia membaca surat yang diberi oleh Puan Hasnah tempoh hari.
Noah mengambil surat itu yang disimpan didalam laci nightstand disebelah katilnya. Lalu dia melabuhkan duduk dibirai katil. Perlahan-lahan dia membuka lipatan surat itu. Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum mula membaca surat yang ditulis oleh Elina.
Noah... I'm truly sorry about what I have done to you, sayang. Mungkin waktu you baca surat ni, I dah tak ada diatas muka bumi ini lagi.
I tahu you mesti kecewa dan marah sangat dengan I. I minta maaf, I dah terlanjur dengan dia. Yes, I admit I curang dengan you waktu kita bercinta dan waktu you study dekat UK. I ambil kesempatan pada waktu itu. I know it's a big mistake, I curang...
I dapat tahu yang I mengandungkan anak dia. Jadi I beritahu dia. Dia tak nak percaya dan dia tuduh I. Dia cakap ni anak I dengan you, sedangkan you tak pernah sekalipun sentuh I. Dia tak nak bertanggungjawab. I kusut sangat, fikiran I bercelaru. Hari-hari I nangis.
I ada buat solat taubat juga tapi I rasa yang tuhan takkan terima dan ampunkan I. I buat maksiat paling besar dengan dia and now I pregnant jadi tak mungkin tuhan akan ampunkan I...
If kita kahwin, I tak sanggup nak tipu you. You tak bersalah... you baik sangat dan I terlalu takut untuk jujur pada you. I malu Noah, I malu sangat nak hadap you. I dah kotor. I bukan Elina yang dulu. Tapi semua ni jadi atas kerelaan I juga. I sayang sangat dengan you, tapi I curang dengan you...
I takut sangat... mungkin ini adalah pilihan yang terbaik...
You orang yang baik Noah, I yang jahat. You tak layak dapat perempuan kotor macam I...
I doakan you jumpa pengganti I, yang jauh baik dari I. Setanding dengan you.
Maafkan I Noah...
Sesudah membaca surat yang ditulis oleh Elina itu, terdapat air jernih yang mengalir dipipinya. Air mata yang pertama kali mengalir selepas kematian Elina. Sedikit penyesalan tercoret dihatinya. Dia kesal kerana tidak dapat menghalang perbuatan tunangnya.
"Pilihan terbaik? Bunuh diri?" soal Noah sendirian. Kedengaran sinis setiap bait katanya itu.
"Tu pilihan paling bodoh Elina! Instead you boleh je terus-terang dengan I. Memang I akan marah dan kecewa because you... you betrayed me Elina. You cheated on me!"
"But... we can try to fix it... but you chose to murdered." rintih Noah sendirian sambil meronyokkan kertas ditangannya itu. Segala perasaan bercampur pada ketika itu.
Akan tetapi, entah mengapa perasaan dendam pada lelaki tak guna yang telah mengandungkan Elina itu membuak-buak dihatinya. Aneh. Bukankah sepatutnya perasaan dikhianati yang sepatutnya memenuhi ruangan hati?
Adakah dia masih mengingati muka lelaki yang dia pernah nampak bersama dengan Elina tempoh hari? Ya! Dia masih ingat. Malah kini lebih jelas tertayang diingatannya.
Tanpa berlengah Noah bingkas bangun, jam didinding menunjukkan tepat pukul dua pagi. Dia mengapai baju jaket kulit yang berwarna hitam miliknya dan terus menuruni anak tangga. Suasana didalam rumahnya sudah gelap-gelita. Hanya cahaya bulan yang menyambar. Sudah tentu papa dan mamanya sedang dibuai lena ketika ini.
Motosikal berkuasa tinggi Ducati Panigale V4R berwarna hitam miliknya itu didekati. Dia mula menunggang motosikal berkuasa tinggi itu membelahi kehingan malam. Dia ingin mengosongkan fikirannya. Lebih banyak dia berfikir tentang perkara itu, lebih kuat dia memulas handle motornya itu. tanpa sedar dia membawa 290km/j diatas jalan raya yang lengang itu.
YOU ARE READING
OG | BUNGA UNTUK NOAH
RomanceKetika kekosongan membelenggu didalam dirinya, hadirlah bunga yang munculmembawa Bahagia dan sinar didalam hidupnya yang penuh kelam sebelum ini. "Aku cakap, aku nak kahwin dengan kau." - Noah Shezin "Ampun tuan, saya tak minat orang tua." - Halily...