07

339 18 0
                                    

Tamat sahaja waktu bekerja, Halily terus mengemas segala barangnya dan mengatur langkah ke keretanya. Kemudian, tanpa berlengah dia mula memandu keretanya dan memasuki kawasan lebuh raya. Dia menuju pulang terus kerumah Encik Yusof di Melaka.

Halily sudah berjanji dengan Puan Anisah tempoh hari untuk pulang kerumah pada petang Jumaat kerana pada hari Sabtu esoknya, Encik Yusof dan Puan Anisah ingin membuat kenduri tahlil secara kecil-kecilan bagi arwah Encik Haikal, Encik Ismail, Hamira dan arwah isteri pertama Encik Yusof.

Tiba di Melaka dirumah Encik Yusof, Halily memarkir keretanya didalam garaj kereta. Dia melihat pintu rumah utama itu terbuka dengan luas. Halily keluar dari perut kereta dan terus ke bahagian bonet belakang keretanya untuk mengambil beg yang berisi segala keperluan dan pakaiannya. Halily mengatur langkah kearah pintu utama rumah tersebut.

Halily memberi salam sebanyak dua kali tetapi tiada sebarang sahutan. Malas menunggu lagi, perlahan-lahan dia melangkah masuk kedalam rumah dan tempat pertama yang dituju ialah dapur. Tempat yang sentiasa riuh didalam rumah itu selain ruang tamu.

'Aik? sunyi aje rumah ni. Biasa kecoh.' gumam Halily. Dia sedia maklum adik tirinya Ain sedang dipertengahan cuti semesta. Jadi sepatutnya, rumah itu tidak sesunyi begitu. Halily meletakkan begnya disisi dinding.

Sebaik sahaja dia tiba dikawasan dapur hadapan iaitu dapur kering, ia juga sunyi. Mana pergi kesemua manusia didalam rumah ini? Diatas kabinet dapur kering itu terdapat sebesen penuh bawang merah dan bawang putih yang sudah siap dikisar. Juga ada sebesen cili padi yang mengunung disebelahnya.

'Haih... ni mesti kerja pak cik tu. Dah tu, aku balik ni nak tolong gaul lauk aje ke?' keluh Halily. Encik Yusof ialah seorang pesara tukang masak di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Jadi, untuk memasak pelbagai juadah dan dalam kuantiti yang banyak memang kemahirannya.

"Eh! Budak bertuah, bila sampai? Dah tak reti nak beri salam ke?" tegur Puan Anisah yang baru muncul bersama Encik Yusof dibelakangnya dari dapur basah yang terletak dibahagian belakang rumah.

Halily menghampiri kedua-dua orang tuanya itu dan bersalaman. "Dah beri salam tapi tak ada siapa pun yang menyahut, pintu depan pula terbuka luas. Adik pun masuk ajelah." balas Halily selamba seraya mengayun kaki ke meja makan.

"Sunyi aje rumah. Mana Aisya dan Ain?" soal Halily sambil melabuhkan duduk disalah satu kerusi dimeja makan itu, Encik Yusof dan Puan Anisah juga melabuhkan duduk pada kerusi. Diatas meja makan sudah tersedia makanan minum petang yang dibuat oleh Puan Anisah sementara menunggu Halily pulang.

"Dia orang kata nak beli barang sikit dekat mall depan tu." balas Encik Yusof. Rumah Encik Yusof ialah rumah kampung moden ianya tetap berada dikawasan bandar. Segala keperluan ada berhampiran dengan rumah ini.

"Aisya dah dapat kerja ke?" Halily menyoal sekadar berbasa-basi. Aisya adik tiri Halily itu baru sahaja tamat peperiksaan SPM dua minggu lalu dan kini sedang menanti keputusan yang bakal menyusul.

Sementara itu Puan Anisah mengambil sekeping pinggan dan mengisi beberapa keping roti jala. Dia mencedok pula kuah kari dan beberapa ketulan ayam yang sudah dipotong dadu didalam kari itu, lalu menuang masuk kedalam pinggan tersebut. Kemudiannya, Puan Anisah menghulurkan pinggan tersebut ke Encik Yusof.

"Aisya kata dia nak ambil lesen kereta dulu, baru fikir pasal kerja." balas Encik Yusof sambil mengambil huluran dari Puan Anisah. Puan Anisah melakukan perkara yang sama pada pinggan seterusnya.

"Lepas makan ni nanti, teman ibu pergi kerumah mak long." ujar Puan Anisah sambil menghulurkan pinggan yang sudah berisi roti jala dan kuah kari pada Halily.

Halily menganggukkan kepala dan mengambil huluran dari ibunya itu. Mak long merupakan kakak sulung kepada Puan Anisah. Jarak rumah Encik Yusof ke rumah mak long hanya mengambil masa 25 minit sahaja.






OG | BUNGA UNTUK NOAHWhere stories live. Discover now