05

422 22 2
                                    

Enam tahun berlalu...

Kini sudah masuk lima bulan Halily berkhidmat sebagai salah seorang eksekutif projek di syarikat The Zinn's.

Pada awalnya, Halily menyangka syarikat The Zinn's hanyalah sebuah syarikat kecil-kecilan. Ternyata tanggapannya meleset sesudah mengetahui bahawa yang sebenarnya syarikat The Zinn's yang di Malaysia ini merupakan hanya salah satu dari cawangan kecil yang ditubuhkan. Cawangan terbesar dan utama berada di Milan, Itali. Syarikat The Zinn's sangat terkenal dipersada dunia.

"Lily, nama kau ada dalam list. Kau kena attend meeting petang ni tau." ujar Fira iaitu HR pada tingkat tersebut.

"Miting? Miting apa pula?" soal Halily. Hairan, kerana didalam jadualnya pada hari ini sepatutnya kosong tidak perlu jumpa sesiapa.

"Dato' buat last meeting sebelum dia totally sign off."

"Lepas tu siapa lead?"

"Dengar cerita anak tunggal dia yang dah lama duduk Itali, yang kendalikan cawangan The Zinn's dekat sana."

"Eh! Kau macam soal siat aku pula. Dah lah, kau jangan lupa pula petang ni sharp pukul 2 petang." kata Fira, lalu dia pun beredar.






PINTU bilik mesyuarat itu dibuka dari luar. Kesemua pekerja yang hadir dan berada dimeja mesyuarat termasuk Halily berdiri. Kelihatan Dato' Nemir menapak masuk dan diikuti seorang lelaki yang tinggi lampai, berbadan tegap dan mempunyai muka yang sangat tampan.

Tapi sayangnya, muka sekacak itu tiada secoret senyuman pun tiada dibibir. Muka lelaki itu terlalu dingin. Muka dan mata lelaki tersebut persis Dato' Nemir, berwarna hazel. Entah mengapa Halily berasakan mata lelaki itu sangat menggerunkan untuk ditatap. Sedangkan Dato' Nemir juga mempunyai bentuk dan warna mata yang sama dengan lelaki itu.

Bezanya, mata Dato' Nemir kelihatan agak redup dan kuyu. Jadi apabila dipandang, berasa tenang. Manakala lelaki tersebut matanya bak burung helang yang sedang memburu mangsa. Tajam, atau lebih tepat...

Beku! Tidak semena-mena, Halily yakin disebalik mata yang beku dan menggerunkan itu tersimpan berjuta rahsia disebaliknya.

Dato' Nemir berdiri dibahagian tengah hadapan meja mesyuarat yang besar itu. Semua orang dihadapannya menundukkan sedikit kepala mereka, tanda hormat. Dato' Nemir memberi senyuman yang manis, lalu dia duduk dikerusi empuknya. Lelaki yang berjalan dibelakangnya tadi mengambil tempat disisi meja mesyuarat bersebelahan Dato' Nemir. Dato' Nemir mengarah kesemua pekerja yang berada disitu untuk duduk dan kesemuanya patuh pada arahan yang diberi.

"Today I have important announcements for everyone. Tapi saya tak mampulah nak panggil semua pekerja kesini."

"Sebelum itu, saya kenalkan pada kamu semua. This is my beloved sons, Noah Shezin. He is the one that will taking care of everything about The Zinn's after this dari segala aspek dan semua cawangan. Saya dah serahkan semuanya kepada dia."

'Oh, anak.. Patutlah mata sama, muka pun lebih kurang.' getus hati Halily. Dia menekur meja sambil membuat anggukkan kecil beberapa kali.

Sebaik sahaja dia memandang kearah Dato' Nemir semula, dia dapat merasakan seseorang sedang memandangnya dengan tajam. Halily mengalihkan sedikit pandangannya kesisi kiri Dato' Nemir. Matanya bersabung dengan mata helang yang berwarna hazel itu.

Mata Noah tepat dan tajam menikam anak mata kepunyaan Halily. Terasa sedikit bergetar tubuh badannya dengan tenungan itu. Dengan pantas Halily mengalihkan semula pandangannya kearah Dato' Nemir yang masih lagi bercakap itu.

"As you guys know, I'll sign off in the end of this week."

"Saya masih lagi pemilik syarikat. Cuma saya mengambil keputusan untuk serahkan segala urusan syarikat pada anak saya, memandangkan anak saya yang kini sudah lebih dari layak menyandang jawatan sebagai pengurus besar bagi syarikat The Zinn's."

OG | BUNGA UNTUK NOAHWhere stories live. Discover now