09

357 20 2
                                    

"Hi. I'm Sofia." sapa Sofia dengan nada yang ceria dan sambil tersenyum manis padanya. Sofia menghulurkan tangan kanannya pada Halily. Halily menyambut tangan Sofia dan mereka bersalaman.

"Halily, panggil Lily aje." balas Halily mendatar tanpa sebarang reaksi.

"Umur you berapa? You look young." ujar Sofia sambil melabuhkan duduk ditempat baharunya itu.

"Dua puluh tiga tahun." balas Halily dengan ringkas.

"Oh... I pula dua puluh lima tahun. By the way, jangan panggil I kak or akak tau. Nampak tua." ujar Sofia lalu melepaskan tawa kecil. Halily pula hanya tersenyum tipis, lalu menganggukkan kepalanya sekali. Faham.

Selepas berborak sedikit, mereka berdua mula fokus menghadap kerja dan tugas masing-masing. Sofia mengerling sedikit kearah Halily yang berada disebelahnya. Halily kelihatan sangat tekun ketika melakukan kerjanya.

Sedikit rasa cemburu terpaut dihatinya. Halily yang baru bekerja di The Zinn's hanya lima bulan sudah ditugaskan di department atasan begini. Manakala dia yang sudah hampir dua tahun kerja disini masih lagi berada di department bawahan. Dia naik pun hanya atas arahan dari bos ditingkat pejabatnya sebelum ini mengatakan bahawa Dato' Nemir menyuruh dia naik dan bantu Halily disini.

Jelas, dia menyampah dan tidak berpuas hati dengan kedudukan Halily tapi memang tak dinafikan Halily layak dengan jawatan dan dimana tingkatnya bekerja itu. Halily merupakan pemegang ijazah sarjana muda pengurusan projek dan perniagaan dan Halily juga merupakan dekan pada setiap semester sewaktu di universiti dahulu.

Tetapi Sofia tetap berasa sedikit cemburu dengan Halily. Tapi setidaknya, jika bukan kerana dia tidak diarahkan untuk membantu Halily bekerja bersama, sampai kesudahlah dia tidak dapat merasa duduk department atasan ini.






HALILY menjalani kehidupannya seperti biasa. Sofia memang banyak membantu dia dalam mengaturkan projek. Dari pandangan mata kasarnya Sofia ialah seorang yang peramah dan lemah-lembut. Tidak seperti apa yang Fira pernah ceritakan padanya dahulu. Sepertinya, jauh sekali.

Halily kini sudah mula sibuk berjumpa klien diluar dan kadang-kala Sofia ada menemaninya. Tapi ada kalanya jua Sofia tidak dapat menemaninya kerana perlu mengendalikan projek yang tertunggak dipejabat. Sofia sangat membantunya dan juga dia sudah mula selesa dengan Sofia. Mungkin kerana Sofia membawa aura positif yang begitu kuat disekilingnya.

Kini CEO dan pemegang syarikat The Zinn's ialah Noah anak tunggal kepada Dato' Nemir dan satu-satunya pewaris bagi The Zinn's dia juga bakal pemilik The Zinn's. Mereka semua sedia maklum akan betapa dingin dan tegasnya seorang Noah Shezin. Noah seorang yang sangat teliti dan dia juga seorang lelaki yang penuh misteri, tiada siapa boleh meneka segala tindak-tanduknya. Dan, tiada siapa dapat membaca fikirannya. Mukanya sentiasa kelihatan tenang dalam kedinginan akan tetapi hati dan fikirannya mungkin terdapat berjuta maksud yang tersirat.

Boleh dikatakan kesemua pekerja di syarikat The Zinn's berasa gerun apabila berdepan dengan Noah. Mereka tidak berani bertentang mata dengan mata helang milik Noah itu. Apatah lagi melakukan kesilapan.

Pernah sekali sahaja Halily melihat Noah menengking seorang pekerja didalam bilik mesyuarat kerana pekerja tersebut melakukan sedikit kesalahan pada pembentangannya. Pada waktu itu, semua yang berada disitu hanya menekur meja dan mendiamkan diri. Perasaan takut dan seram sejuk memenuhi ruang bilik mesyuarat itu apabila hanya suara Noah yang bak singa itu mula mengaum.

Sejak dari hari itu, semua pekerja takut untuk melakukan kesalahan. Walaupun melakukan kesalahan ialah lumrah seorang manusia. Tetapi tetap mereka sangat takut walaupun bertentang mata dengan Noah. Mereka juga faham yang Noah marah bukan dengan sengaja dan mereka tahu Noah nak yang terbaik bagi The Zinn's.






OG | BUNGA UNTUK NOAHWhere stories live. Discover now