Tiba dirumah mak long. Seperti biasa, jejak sahaja kaki kedalam rumah tersebut seolah-olah menjejakkan kaki kedalam sebuah taska yang riang gembira dan penuh budak kecil. Mak long mempunyai cucu lebih dari 10 orang dan kesemuanya berusia bawah dari sembilan tahun. Halily pula sejenis kurang minat untuk melayan karenah kanak-kanak. Jadi dia buat tidak endah sahaja pada kesemua kanak-kanak yang berada diruang tamu itu.
Halily mengikuti ibunga terus menuju ke dapur belakang kerana disitu sahaja tempat mak cik-mak ciknya berkumpul dan membawang. Tiba didapur, Halily bersalaman dengan mak long dan kesemua anak perempuannya yang berada disitu. Dia melabuhkan duduk pada salah satu kerusi dimeja makan tersebut.
"Lily, kamu dengan Amira anak mak ngah tu sebayakan?" mak long menyoal secara tiba-tiba.
'Haih... Dah mulalah tu nak cakap pasal kahwin.' bisik hati Halily. Dia tahu apa yang mak longnya itu mahu ketengahkan. Mentang-mentang anak-anak dia semua sudah berumah tangga dan mempunyai anak, kini giliran dia pula kena serang. Halily melepaskan keluhan perlahan sebelum menganggukkan kepalanya.
"Amira tu anak dia dah nak masuk dua dah Lily, oi..."
"Mak, si Amira tu kahwin waktu umur dia sembilan belas. Dia tak sambung belajar di universiti lepas SPM dulu, beza dengan si Lily ni mak."Airin anak bongsu mak long menegur maknya dengan lembut.
"Alasan aje semua tu. Sekarang ni ramai aje kahwin waktu tengah sambung belajar. Kalau kahwin awal, dah lama dapat anak." sindir mak long lagi.
"Itu pun kalau tak mandul." sambungnya lagi, sedikit perlahan kali ini.
Eh! Dia ingat ni zaman bila? Jika pada zaman dahulu, iyalah. Berkahwin diusia yang muda adalah perkara biasa pada ketika itu. Di zaman sekarang ini, bagi Halily yang usianya sekarang iaitu 23 tahun itupun masih lagi awal untuk berumah tangga. Terlalu muda untuk semua itu. Dan, apa maksud mak longnya 'mandul'?
"Apa maksud kau mandul? Kau nak cakap anak aku ni mandul ke?" kedengaran sedikit bengang juga tegas disuara dan ayat yang Puan Anisah lontarkan pada kakak sulungnya itu.
"Tak adalah, Nisah. Kau tengok anak kau ni ganas sana, ganas sini. Semua benda yang lelaki buat pun dia buat. Dah tak macam anak dara aku tengok."
"Lagi satu. Dalam banyak-banyak benda, motor besar jugalah yang anak kau ni minat. Macam lelaki aku tengok dia bawa motor besar tu." tambahnya lagi. Muka mak long jelas menayangkan yang dia tidak berminat dengan minat Halily yang satu itu.
'Dah isu aku beli motor pula ke?' keluh Halily didalam hatinya. Halily pernah pulang kekampung menaiki motosikal berkuasa tingginya kerana ada kenduri kecil-kecilan kampung pada ketika itu.
Baru sahaja Halily ingin menjawab, Puan Anisah lebih laju memintas. "Biarlah duit dia, suka hati dialah nak minat apa pun, long. Aku pun tak ada halang, yang kau nak sibuk kenapa pula?"
"Manjakan sangatlah budak tu. Bukan bawa tuah pun." kata mak long sambil mengulingkan matanya keatas.
"Lily ni anak aku, memanglah aku manjakan dia. Kalau bukan dia siapa lagi aku nak manjakan? Dan sudah-sudahlah cakap Lily ni tak bawakan tuah." bidas Puan Anisah. Dia tidak suka apabila anaknya diperkatakan sebegitu.
Bagi keluarga Puan Anisah, kehadiran Halily adalah satu musibah didalam keluarga mereka. Kehadiran Halily dianggap bala dan Nasib malang. Ini kerana selepas Puan Anisah memberitahu kedua ibu bapanya yang dia sedang mengandung anak kedua iaitu Halily, seminggu kemudian bapa Puan Anisah meninggal dunia.
Pada hari Halily dilahirkan pula, ibu dan adik lelaki bongsu kepada Puan Anisah ingin melawatnya dihospital. Akan tetapi malang tidak berbau, sewaktu perjalanan ibu dan adik lelaki bongsu Puan Anisah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia ditempat kejadian. Kakak Halily iaitu Hamira pula kemalangan selepas menghantar Halily kesekolah dan meninggal dunia. Jadi, oleh itu Halily digelar anak yang membawa nasib malang.
YOU ARE READING
OG | BUNGA UNTUK NOAH
RomanceKetika kekosongan membelenggu didalam dirinya, hadirlah bunga yang munculmembawa Bahagia dan sinar didalam hidupnya yang penuh kelam sebelum ini. "Aku cakap, aku nak kahwin dengan kau." - Noah Shezin "Ampun tuan, saya tak minat orang tua." - Halily...