SOPIAH ISKANDAR| 37🧸

1K 125 41
                                    

Mata layunya pasak tegak pada siling putih bilik wad. Kosong, seakan menerawang jauh. Fikiran masih tertinggal pada kejadian kelmarin.

"Along minta maaf, untuk semua salah Muiz pada Piah. Along tahu Muiz tak perfect. Along tahu Piah pun sakit. Sangat- sangat sakit. Piah ambil lah masa banyak mana pun. Along tahu, sakit tu takkan hilang. Cuma satu along nak minta tolong pada Piah. Tolong, cakap elok- elok dekat Muiz. Walaupun Piah nak maki, nak carut. Jangan tengking dia. Dia takut."

Basah bantal Piah dibanjiri air mata yang lebat. Deras mengalir tak henti. Sesak dada ingat suara bergetar Muaz merayu padanya.

"Along tahu Piah penat jaga Muiz. Kalau Piah dah tak sanggup jadi isteri Muiz, cakap elok- elok pada dia. Along tahu Muiz sanggup buat apa saja untuk Piah. Muiz sayang sangat dekat Piah. Cuma Piah seorang."

Pecah esakan Piah. Bahunya bergegar hebat. Sejak sedar dari tidur semalam, Piah langsung tak nangis atau bercakap apa.

"Piah perempuan kuat yang Allah pilih untuk diuji begini. Along selalu doakan Piah. Along minta ampun sekali lagi, dari hujung rambut sampai hujung kaki Piah, untuk semua dosa yang Muiz Iskandar dah buat pada Piah."

"Haaa.."

Nafas Piah tersangkut- sangkut. Kuat? Ya. Piah seorang perempuan yang kuat. Tapi dia juga manusia. Dia penat. Terlalu penat.

Separuh hati Piah sangat rindukan suaminya. Sayang, kasihan pada seorang Muiz Iskandar. Namun separuh lagi jiwanya sudah rapuh.

Piah juga kasihankan dirinya sendiri.

Ktak..

Refleks mendengar pintu bilik dibuka, mata Piah terus pejam erat. Esakannya mati. Berpura tidur walaupun wajah dan bantalnya basah.

"Ya, fail warna biru. Jumpa dah. Iya..Mejah tunggu. Dia tak tinggal aku."

Kuat cengkaman tangan Piah di tepi selimut. Suara Muiz. Muiz masuk biliknya?

"Dabies tanya, tuan Muiz nak datang tak? Perempuan gila khinzir ni dah bangun."

Berubah drastik riak Muiz. Rahang mengetat kuat. Sempat dia jeling tubuh kaku Piah.

"Hm. Tunggu aku,"

Putus Muiz seraya tamatkan panggilan Raidel. Fail biru itu dipegang erat. Tubuh berpusing untuk beredar tanpa menoleh Piah.

Ktak..

Dengar pintu bilik tertutup, nafas Piah hela lega. Liur ditelan perit. Sakit tekak. Tercekik akibat banyak nangis. Mata celik, kembali pada siling. Dia terbatuk beberapa kali.

"Haus?"

"MAKKK!!"

Menggagau kedua tangan Piah seolah sedang pukul empunya suara garau itu. Keras kejung seluruh tubuh Piah melihat riak biasa Muiz.

"Haus tak?"

Ulang Muiz tanpa nada. Mahu tak mahu Piah terpaksa angguk. Dia tercekik betul. Cepat- cepat Piah lap wajah basahnya, bersisa air mata.

Dahsyat. Muiz tahu Piah berpura tidur. Dia sengaja buat- buat keluar bilik. Licik.

Perlahan Muiz tekan punat tepi katil Piah. Piah cuak. Entah kenapa dia gabra bila Muiz tak buat muka gedik dan manja. Nampak dingin..

Dan kacak.

Segelas air putih diteguk habis. Piah semakin risau bila tubuh tegap suaminya tak berganjak dari tepi katil. Muiz sambut huluran gelas.

"Nak lagi?"

Geleng. Piah tak rasa nak keluarkan suara. Mata menekur selimut. Tak mahu lihat Muiz.

"Sekejap lagi mak datang. Muiz pergi dulu,"

SOPIAH ISKANDAR [COMPLETE]Where stories live. Discover now