MUQADIMAH

38 2 0
                                    

KEHENINGAN subuh tiba menyerpa wajah-wajah pahlawan yang bersedia syahid. Suara tangisan dan teriakkan masih teringiang di telinga, namun apakan daya? sebagai makhluk bergelar hamba kita tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Angin sepoi-sepoi menghembus lembut, membawa bersama doa dan tangisan yang tertahan. Mereka yang masih hidup menundukkan kepala, meratapi kehilangan, namun dalam hati, mereka tetap tabah, percaya bahawa setiap jiwa yang terkorban telah menemui tempat yang lebih baik di sisi Tuhan.

Askar-askar Muslim berdiri dalam barisan, wajah mereka penuh kesedihan dan keletihan. Mayat-mayat rakan seperjuangan terbaring di sekeliling, tanah merah dengan darah para syuhada.

Bermain di kepala bagaimana raut wajah anak dan isteri mereka menunggu di rumah, menanti pahlawan gagah itu di hadapan pintu. Semangat mereka memuncak ke langit apabila pemuda-pemuda itu mengimpikan satu harapan yang sama..

Iaitu

Menakluk kota Langkasura.













Di dalam ruang istana yang megah, Sultan Ibrahim duduk di atas takhta, wajahnya berkerut mendengar laporan dari Laksamana Ahmet. Laksamana, seorang lelaki berkacukkan turki, bertubuh tegap dan berwibawa, berdiri di hadapan Sultan dengan sikap hormat tetapi penuh kesedihan.

"Tuanku," Laksamana Ahmet memulakan, suaranya tegas namun terpaksa menahan rasa kecewa.

"Saya ingin memaklumkan bahawa kita telah menghadapi kerugian besar dalam cubaan menawan Laut Sri Emas, ramai askar kita yang telah syahid." Jelasnya

Sultan Ibrahim turun dari kerusi takhtanya, memandang air muka panglima perang kegemarannya itu yang kelihatan sungguh lelah..

"Apa yang terjadi, Laksamana? Adakah strategi kita tidak berjalan seperti yang dirancang?"

Laksamana Ahmet cuba menjawab dengan nada yang perlahan.

"Walaupun pasukan kita telah bertempur dengan berani, musuh ternyata lebih bersedia dan menggunakan taktik yang canggih. Malah,mereka bermatian mahu mempertahankan Sri Emas"

Mendengar saja khabar berita itu, timbul seribu perasaan di hati sultan muda itu.. ada rasa sedih, terkejut dan kagum.

Namun dia kekal diam.

Sri Emas, merupakan laut yang menjadi pelabuhan dari pelbagai pelusuk kerajaan. Mereka juga memanfaatkan kawasan strategik itu dari segi sumber ekonomi.. Bagi Raja Langkasura, Laut Sri Emas merupakan jantung bagi kerajaannya

"Patik bercadang untuk kita tangguhkan dahulu niat untuk menakluk kota Langkasura. Lagi pula, tuanku baru sahaja memegang takhta.. masih tidak selamat untuk-"

"Jadi apa peranan beta di sini? Menyorok di sebalik askar-askar seperti seorang pengecut!?" Suara Sultan Ibrahim bertukar tegas

Mereka semua menunduk ke bawah.
Sultan muda itu menghela nafas berat, kemudiannya berjalan ke arah jendela istana besar bagi menghidup udara segar. Nun jauh termenung memikirkan tentang keadaan rakyat Langkasura.

Setelah beberapa minit mendiamkan diri barulah Sultan Ibrahim membuka mulut semula..

"Ahmet, kamu sudah terima maklumat dari temenggung kita?"

"Belum lagi, tuanku.. sudah 2 hari kami tidak dapat apa-apa berita daripada Tun Raden"

Sekali lagi khabar yang tidak berapa menyenangkan hati sampai di telinga lelaki berdarah panas itu.. Namun, dia masih mengingati apa yang telah diajar oleh gurunya sejak kecil

Sabar adalah senjata bagi kaum mukminin

Dan dia berpegang teguh pada pesanan itu.

Tatkala melihat raut wajah Laksamana gagahnya itu yang kali pertama kelihatan sungguh tidak berdaya..

NUSANTARA AGUNGWhere stories live. Discover now