"Kain!! Kain!! Mari beli, harga murah! Mari beli!" Suasana riuh di tengah-tengah pasar Langkasura apabila ia dipenuhi oleh penduduk mahu membeli belah..
Langkasura, kota megah yang tersergam indah di bawah sinar matahari pagi, sibuk dengan deretan peniaga-peniaga yang menawarkan barang dagangan mereka. Jalan-jalan yang dipenuhi orang ramai, dari yang kaya raya hingga yang merangkak dalam kemiskinan.
"Wahh! Wah! Wahh!! Ini anak kamu yang baru lahir bukan?" Sapa salah seorang peniaga
"Iya benar, saya baru saja melahirkan anak lelaki" ibu itu menjawab sambil mendukung anaknya dalam pelukan
"Wah! Bertuah sekali! Anak lelaki akan memberikan kau kebahgiaan dan kemewahan buat kamu sekeluarga!"
"Jika kamu berminat untuk mempunyai anak lelaki yang lebih ramai, ambil lah ini!" Peniaga itu menghulurkan sejenis patung berhala tetapi kecil yang boleh dipegang dalam genggaman tangan.
Di setiap penjuru, patung-patung berhala yang dipuja setinggi-tingginya dipamerkan dengan megah. Para penganut, yang mempercayai bahawa sembahan mereka mampu memberikan kekayaan dan kuasa, berbaris dengan penuh rasa hormat untuk mempersembahkan syiling emas mereka ke dalam tadahan yang disediakan
Dari jauh, seorang lelaki berwajah tegang memerhatikan suasana itu dengan penuh minat. Dia berdiri di dalam bayang-bayang sebuah lorong sempit, menyembunyikan dirinya dari pandangan.
Matanya tajam, mengawasi setiap gerakan di sekitar, namun tidak seorang pun yang menyedari kehadirannya.
Di tengah hiruk-pikuk pasar itu, seorang kanak-kanak lelaki yang berpakaian lusuh memandang syiling emas di tadahan berhala dengan penuh nafsu. Kelaparan dan keperitan hidup mendorongnya untuk mendekati tadahan itu.
"Laparnya.."
Tangannya yang kecil perlahan-lahan cuba meraih sekeping syiling, berharap sedikit kekayaan itu dapat menolongnya mengisi perutnya yang kosong.
Namun, tanpa disedarinya, dua orang lelaki bertubuh besar, yang merupakan pemilik-pemilik berhala itu, memerhatikannya dari jauh.
"Huh, dasar pengkhianat" bisik salah seorang ketua berhala tersebut
Dengan langkah yang cepat dan tegas, salah seorang daripada mereka menerpa ke arah kanak-kanak tersebut.
"Budak hina! Apa yang kau lakukan?" lelaki itu mengaum, memegang kuat bahu kanak-kanak itu sebelum menampar wajahnya ke tanah dengan kasar.
"Ma- maafkan sayaa!! Saya cuma mahu makan!" Tangisan kanak-kanak itu bergema
Kanak-kanak itu tersungkur, pipinya merah akibat hentaman kuat. Dia cuba bangun, namun lelaki yang marah tadi sudah menarik rambutnya dan memaksa wajahnya menghadap ke tanah yang kotor.
"Apa kau ingat kau boleh mencuri dari kami dan terlepas begitu sahaja?"
Lelaki itu menyeringai jahat, membuatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menahan nafas. Tiada seorang pun yang berani bergerak untuk membantu.
Dengan sengaja, lelaki itu perlahan lahan mengeluarkan pedangnya dari sarung kulit yang tergantung di pinggangnya. Kilatan logam pedang yang tajam memantulkan cahaya matahari, membuatkan kanak-kanak itu semakin gemetar.
"Ampunkan saya! Saya berjanji untuk tidak mencuri duit berhala lagi!!" Kanak kanak itu melutut dan mencium kasut kepunyaan lelaki tersebut
"Setiap hari kau dan ayah kau mengambil air dari perigi ini demi kelangsungan hidup, kami biarkan! Tapi sekarang, begini cara kau membalas budi!?"
"Inilah hukuman bagi pencuri yang tidak tahu malu! Biar seluruh kota saksikan!" lelaki itu mengangkat pedangnya tinggi, bersedia untuk menjatuhkan hukuman maut di depan orang ramai.
YOU ARE READING
NUSANTARA AGUNG
Исторические романыCabaran yang ditempuhi Sultan Ibrahim Razza, serta 5 pahlawan setiannya bagi menegakkan dan memperluaskan kerajaan islam di serata dunia