PROLOG

2.1K 64 3
                                    

TANGAN aku menggenggam erat tangan yang sedang memimpin aku itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TANGAN aku menggenggam erat tangan yang sedang memimpin aku itu. Rasa gugup dan berdebar jelas terperi di dalam dada. Layak ke aku ada dekat sini? Itu sahaja yang dapat aku fikirkan tatkala mata menangkap sebuah rumah agam yang kelihatan sangat mewah itu. Jauh berbeda daripada apa yang aku lalui sebelum ini. Aku melangut kepala memandang wajah lelaki yang sedang memimpin ku saat ini. Wajahnya kalau tidak tersenyum sentiasa kelihatan ketat dan menyeramkan. Namun aku masih lagi berterima kasih sebab dia lah aku akhirnya akan dapat keluarga bahagia.

Lantas senyuman kecil terbit di bibir. Genggaman aku eratkan tatkala rasa hangat di dada. Aku turut menoleh ke sebelah kiri, di mana seorang wanita yang amat cantik dan menawan kelihatan. Rasa sedikit teruja kian bertandang di dalam jiwa. Kami bertiga berjalan masuk ke dalam rumah agam yang mewah itu.

Aku memandang ke arah pintu besar itu. Wahh... Siap ada pengawal! Dua orang lelaki yang memakai sut berwarna hitam terus menolak pintu besar itu sehingga ia terbuka. Memberi laluan untuk kami masuk. Sungguh aku rasa seperti seorang puteri raja saat ini.

Sebaik sahaja kami melangkah masuk, ruangan dalaman rumah itu aku tilik puas. Sumpah cantik dan mewah sangat tidak sesuai dengan aku.

"Hanum... Ni rumah baru Hanum." suara wanita itu kedengaran di telinga. Aku mengangguk perlahan tatkala mendengar itu masih lagi malu.

"perkenalkan...itu Ariel dan Arien." kini suara Dato' Adrian pula menerpa telinga. Aku memandang ke hadapan melihat dua orang budak lelaki yang berdiri di depan tangga seperti sedang menyambut kami semua. Seorang budak lelaki sedang tersenyum manis ke arah aku manakala seorang lagi budak lelaki sedang menikam tajam mataku seakan akan sangat membenci kewujudan ku.

Aku berasa gugup tatkala melihat itu. Lantas aku bersembunyi di balik Dato' Adrian. Perlahan lahan tangan Dato' Adrian menolak badanku untuk keluar. "Hanum jangan takut.... Diaorang okay jer dengan Hanum." pujuk Dato' Adrian.

Aku mengangguk perlahan. Sekali lagi memandang dua orang budak lelaki itu. "Ariel.. Arien... Ini adik baru kamu. Hanum Wardha." suara Datin Asyila kini menerpa.

Aku menunduk sedikit sebagai salam perkenalan. Dato' Adrian memandang aku lalu tersenyum mesra. "sekarang Hanum dah jadi sebahagian daripada keluarga ni... Jadi jangan takut yer."

"kita semua ni satu keluarga."

Aku mengangguk perlahan. Rasa terharu dengan kata kata itu. Ya, sekarang ini aku dah ada keluarga. Keluarga bahagia.

 Keluarga bahagia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HANUMWhere stories live. Discover now