DANI-02

767 55 0
                                    

SATU helaan nafas berat meluncur keluar dari belahan bibir itu. Kasar. Danielle pejam mata sesaat, peluh jantan yang galak membasahi tubuh kekarnya hanya dibiarkan begitu saja. Seketika, sarung tangan yang membaluti kedua belah tangannya sejak daripada tadi dibuka kasar lalu dicampak ke lantai.

Buk!

"Arghh!"

Hening.

Bunyi tumbukan kasar pada punching bag bergabung dengan jeritan jantan yang nyaring milik Danielle bergema memecahkan kesunyian di ruangan itu. Punching bag itu bergoyang kencang dan segala isi punching bag itu terberurai jatuh mengotori lantai setelah menerima tumbukkan padunya sebentar tadi.

Ktang! Ktang! Ktang!

Kosong.

Ekspresi wajahnya kosong. Dia hanya memandang kosong ke arah lantai gelanggang yang sudah dikotori dengan isi punching bag yang terberurai akibat ulahnya sebentar tadi.

Danielle hela nafas berat. Kakinya terus mengatur langkah keluar dari gelanggang tinju yang baru saja menjadi tempat dia melampiaskan segala rasa yang terpendam. Rambutnya yang basah terjuntai di dahi ditolak ke belakang. Tuala yang disangkutkan pada kerusi terus dicapai lalu peluh jantan yang membasahi tubuh kekarnya dilap.

Dua jam telah berlalu dan selama dua jam itulah dia berada di sini, mini gym miliknya untuk melampiaskan rasa yang terpendam tanpa berhenti.

Lega? Sedikit saja. Tapi, sekurang-kurangnya dia punya ruang untuk bernafas walaupun hanya sedikit saja.

Dia duduk di kerusi seraya membasahkan tekaknya yang kering. Pandangan kosong dilemparkan ke arah pintu masuk gym seraya meneguk perlahan air kosong.

Tanpa dapat ditahan, satu keluhan terlepas keluar dari belahan bibirnya. Rambutnya yang basah terjuntai di dahi ditolak ke belakang. Dadanya kembali sesak bila ingatannya kembali memutarkan peristiwa yang telah berlaku seminggu yang lalu.

"What have you done to me, Meli..." Bisiknya perlahan sembari menjambak rambutnya kasar. Kejadian yang berlaku seminggu yang lalu masih segar bungar dalam ingatannya walaupun sudah pelbagai cara dia gunakan untuk melupakan segalanya.

Why is it so hard to get you out from my head? Bisik hati kecilnya.

Danielle pejam matanya rapat. Seminggu telah berlalu dengan begitu pantas dan dia ingatkan dia sudah berjaya melupakan peristiwa yang telah berlaku pada malam itu. Tapi hampa, dia masih lagi tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku pada malam itu. Segala cara yang dia gunakan selama beberapa hari ini hanyalah menemui jalan buntu saja walaupun dia cuba menyibukkan diri dengan tugasan hakikinya.

Tanpa dipinta, sebaris nama yang telah berjaya membuatkan dirinya hilang arah sejak kebelakangan ini meluncur keluar dari belahan bibirnya. "Camellia Delilah..."

Kadang dia tertanya, jampi apa yang gadis itu pakai sehinggakan dia tidak dapat menghalau gadis itu keluar dari fikirannya sejak kebelakangan ini. Kalau dulu, dia berjaya menghalau gadis itu keluar dari fikiranya walaupun hanya buat seketika saja.

Tapi sekarang? Jangankan untuk dua jam, seminit pun dia tak dapat menghalau gadis itu keluar dari fikirannya.

Jujur dia keliru.

Kadang dia keliru dengan status hubungan mereka sekarang. Bukankah hubungan mereka dulu baik-baik saja walaupun mereka sering kali menyakiti hati satu sama lain.

Tapi...

Kenapa dia rasa mereka berdua semakin asing?

Kenapa dia rasa mereka berdua sekarang semakin menjauh dari masing-masing?

DANIELLE | EBOOKWhere stories live. Discover now