DANI-04

171 12 0
                                    

CAMELLIA tarik nafas lega. Tangannya naik mengurut lembut bahunya yang terasa lenguh. Penat. Sembari itu, matanya meliar memandang seluruh pelusuk dewan yang hampir siap dihias itu. Hanya tinggal 30% saja lagi yang belum siap, itu pun cuma pada bahagian pentas saja lagi yang belum siap. Walaupun begitu, ianya langsung tidak mencacatkan kecantikan dewan yang sudah siap dihias itu.

Gadis itu mengukir senyum puas. Sungguh dia jatuh cinta dengan sentuhan penuh seni milik designer yang menawarkan diri untuk menolongnya. Cantik! Sama seperti design yang dia mahukan dan tunjukkan pada tempoh hari. Dan ia boleh dikategorikan sebagai 'expectation meets reality'.

Minggu yang lalu, designer yang sudah ditempahnya sebulan sebelum majlis yang diaturnya telah menarik diri pada saat-saat terakhir. Naik pening jugalah dia nak cari designer pada saat genting kerana ramai yang tidak dapat memenuhi kriteria yang dia mahukan selain itu, ada yang di antara mereka tidak faham dengan design seperti apa yang dia mahukan.

Nasib menyebelahi dirinya pada tika itu kerana anak kepada rakan papanya, Sir Dante Hitori telah sudi membantunya iaitu Shasha Hitori. Tika itu, barulah dia dapat menghembus nafas lega kerana gadis itu faham akan kriteria yang dia mahukan untuk hiasan dewan sempena majlis hari lahir adiknya.

Jujur, dia sangat kagum dengan sentuhan penuh seni milik gadis itu. Jika orang tidak tahu, pasti mereka akan ingatkan hiasan di dewan itu adalah untuk majlis perkahwinan walhal ianya adalah untuk majlis ulang tahun adik lelakinya saja.

Tidak menunggu lama, Camellia terus menangkap beberapa keping gambar dewan yang hampir siap itu. Salah satu gambar yang ditangkapnya tadi terus dimuat naik ke Instagram story miliknya bersama caption paling aesthetic pada abad ini iaitu 'Demi adik yang selalu derhaka pada kakaknya!'.

"Miss Mell." Tegur Shasha yang datang menghampiri bersama sebotol air minuman.

Camellia terus memalingkan wajahnya bersama senyuman seraya tangannya menyambut huluran yang diberi gadis itu. "Hi, Shasha!"

"Is everything fine? I mean, the decoration. Do you like it?"

Bersinar mata Camellia, tangan gadis itu dipegang. "I don't like it, but I love it! So so much! This is so perfecto, chef kiss! You're so talented, you know? And yeah, I like when you and your team did your work!" Ujar Camellia gembira.

Shasha tersenyum gembira bila melihat gadis di depannya sudah serupa kanak-kanak yang baru saja mendapat gula-gula. Benarlah khabar angin yang dia dengar selama ini, gadis ini ceria positif orangnya. dia yang tidak mudah bergaul dengan orang lain tiba-tiba boleh menjadi mudah bergaul dengan orang lain disebabkan aura positif gadis ini.

"I'm glad you love it, Miss Me-"

"Ah'ah! It's Meli, no miss and no other formal thing. Lagipun, you anak kawan papa I. So, please drop the formalities before I babap you." Cantas Camellia laju sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan beberapa kali.

Terletus tawa Shasha bila melihat mimik muka Camellia yang sengaja digarangkan itu. Tangan terus diangkat merapat ke dahi. "Aye, aye, captain! Haha!"








"MAMA," tegur Camellia sebaik saja dia melangkah masuk ke dapur mendekati mamanya yang sedang memasak.

"Baru balik?"

"Haah. Mama masak apa tu?"

"Masak daging untuk buat lagsana. Tu ha, papa you tu cakap dia mengidam nak makan lagsana." Ujar Madam Bianca seraya mengacau daging di dalam kuali.

DANIELLE | EBOOKWhere stories live. Discover now