part 45

22 6 0
                                    


" Abang, bila kamu nak ajak Auliya ni ? " tanya Puan Sarah pada anak sulung kesayangan dia. Teringin juga dia makan bersama bakal menantu dia yang manis lagi jelita tu.

Jauh Qairil termenung. Kejadian yang baru berlaku buat dia traumatik. Betul ke tu Auliya? Macam mana Auliya boleh sanggup layan aku macam tu? And Mahera? Kenapa perangai dia macam suspicious sikit ?

" Abang? "

Jadi betullah yang dia tak suka aku?

" Dah sampai mana dah anak teruna aku termenung tu. Agak-agaknya dah tembus Bumi ke tak ? Atau dah tembus kepala otak bapak dia? " gumam Puan Sarah sendiri. Apalah yang ditermenungkan tu.

Atau dia sebenarnya buat macam tu sebab nak elak diri dari aku? Dia suka aku atau tak?

Sudu plastik ditarik. Kepala Qairil ditarget. Dan...

Pak!

"Aduh! " tangan Qairil naik gosok belakang kepala. Kenapa kepala juga.

" Dah habis termenung? " sinis Puan Sarah. Dari hari tu lagi dia perhati anak teruna kesayangan dia tu. Sejak kejadian tu, Qairil banyak sangat termenung. Entah apa lah yang bermain di fikiran anak sulung dia tu. Trauma?

" Erh, umi ada panggil abang ke? " tersengih-sengih Qairil cuba menutup luka yang dia alami.

Puan Sarah hanya merenung tajam mata kelabu Qairil. Bukan dia tak kenal anak dia. Lagi-lagi dia yang mengandungkan, dia yang melahirkan Qairil. Pasti naluri dia benar.

" Ye. Umi ada panggil. Ni ha. Umi tanya, bila kamu nak ajak Auliya dinner ngan kita macam dulu? " tangan Puan Sarah laju mengacau kuah rendang yang semakin mengering. Qairil renung masakan umi dia. Nampak sedap tapi takde selera pula.

Fikiran Qairil pada saat itu kusut apabila dengar nama Auliya. Ubun-ubun kepala dia semakin basah dek peluh tak berhenti keluar. Nafasnya tak terkawal sedikit. Kenapa nama tu lagi ?

" Abang? "

Puan Sarah risau.

Sudah lama dia perhati. Dari pagi tadi muka anaknya pucat. Tak sihat? Tak mungkin.

Puan Sarah berlari anak ke arah anak sulungnya. Rambut perangnya anaknya yang menutupi dahi disebak ke belakang. Matanya tak lekang merenung anak mata anaknya yang semakin lemah. Hatinya mula timbul rasa tak sedap hati.

" Kenapa ni anak umi ? " bergetar suara Puan Sarah.

Qairil menatap sayu anak mata Puan Sarah yang berwarna hitam. Hatinya rapuh. Ingin dia menangis sekuat hati di hadapan umi nya tapi dia perlu kuat. Kekuatan Puan Sarah adalah anak sulungnya sendiri.

" Jawab sayang. Kenapa ni ? " dahi Qairil dikucup lembut.

Anak mata Qairil kini beralih ke arah lain. Tak sanggup dia mahu menatap wajah uminya lagi.

" Qairil ok. Rasa macam tak sihat sikit je. " Qairil cuba simpan luka dan fikiran dia yang masih serabut. Penat.

" Qairil makan dulu ye? "

Qairil geleng.

Puan Sarah terdiam. Tubuh Qairil ditarik ke dalam dakapannya. Kepala Qairil dicium berkali-kali. Pelukan dieratkan. Hatinya yang semakin rasa luluh melihat kondisi anak sulungnya dicampak jauh dari sudut hati. Dia mahu berfikiran positif sahaja.

" Jangan tinggalkan umi. "

Qairil terdiam. Pelukan uminya dibalas perlahan-lahan. Hatinya berat nak terima kenyataan tentang Auliya. Hatinya hancur.

' Sungguh kejam dunia yang aku huni, tapi tidak malaikat di hadapan aku. ' bisik Qairil dalam hati.

Matanya mula bergelindangan dengan air mata. Baju Puan Sarah digenggam erat. Dia ingin menjerit. Meraung. Menangis.

Her Personal Assistant (In Editing) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang