Part 1

152 9 1
                                    

Di ruang makan, aroma masakan memenuhi udara. Puan Esme sibuk menghidangkan juadah pagi sementara Encik Azzam, Haziq dan Emir sudah pun duduk, perut masing-masing berbunyi minta diisi.

Emir tersenyum lebar sambil menyendukkan nasi lemak ke pinggan. "Alaa, sedap betul nasi lemak aunty ni. Tak pernah boleh lawan." Dia mencium bau sambal udang yang menyelerakan, membuatkan matanya terpejam sekejap. "Ni kalau aunty buka restoran, confirm ramai orang datang."

Puan Esme tertawa kecil sambil mengambil tempat di meja. Nasi lemak disenduk ke pinggan suaminya. "Haa, pandai pulak mengampu. Bila nak merasa air tangan isteri sendiri pula, Emir?"

Emir buat muka. "Siapa cakap Emir nak kahwin sekarang? Kalau boleh, nak melekat dengan aunty je sampai bila-bila."

"Eh, suka hati kau je nak melekat dengan mummy aku?" usik Haziq sambil menatap wajah Emir.

Encik Azzam, yang dari tadi diam sambil mengunyah, turut tertawa kecil melihat gelagat dua anak muda itu. "Emir, tau kan pasal projek baru tu? Uncle dengan Haziq dah bincang. Nak dengar pandangan kamu sebagai pemilik syarikat." Encik Azzam meletakkan sudu garfu, bersandar pada kerusi sambil memandang Emir serius.

Emir mengangguk perlahan. "Tahu, uncle. Haziq dah bagi tau hari tu. Emir dah cek semua dokumen, takde apa yang perlu dibimbangkan. Uncle dengan Haziq boleh proceed."

Encik Azzam tersenyum puas, mengangguk. "Good. Kalau Emir kata okay, kita gerak je. Tapi, Emir kena keep an eye on it jugak."

"Of course, uncle," balas Emir sambil tersenyum.

Puan Esme yang mendengar perbualan mereka tersenyum sebelum menyedut teh tariknya perlahan. "Sudah la borak pasal kerja tu. Emir, tak ada plan apa-apa ke hari ni?"

Emir mengangkat bahu. "Takde la, aunty. Rasanya nak rehat je hari ni."

Haziq tiba-tiba mencelah dengan pantas. "Eh, ada, mummy! Emir ada plan dengan Haz hari ni. Kau lupa, Emir?" tanyanya penuh yakin.

"Plan apa pulak ni, Haz?" Emir memandang Haziq dengan kening terangkat, jelas keliru dengan kenyataan sepupunya itu.

Puan Esme turut tertarik. "Oh, yeke? Plan apa?"

Haziq bersandar pada kerusi, tersengih. "Ada la, rahsia. Yang penting, Haz dah cop Emir untuk hari ni."

Emir hanya mampu mengangguk, masih bingung. Melihat Haziq yang nampaknya sangat berharap, dia pun hanya menurut.

Puan Esme mengangguk perlahan sambil tersenyum. "Baguslah macam tu. Sekali-sekala Emir keluar, clearkan minda sebelum masuk kerja balik. Tapi mummy warning siap-siap, jangan nak buat benda bukan-bukan pulak."

Haziq mengangkat tangan seolah-olah berikrar. "Yelah, mummy. Takde benda bukan-bukan. Emir kat tangan Haz hari ni."

Emir tersengih sambil menatap wajah Puan Esme yang penuh kasih sayang. Encik Azzam hanya menggeleng sambil tersenyum, menyambung kembali sarapannya. Dalam diam, Emir tertanya-tanya apa sebenarnya yang dirancang oleh Haziq.

────୨ৎ────

Eliana melangkah keluar dari kereta, membetulkan sedikit tudung satin biru tua yang dipadankan dengan blouse dan skirt potongan kemas. Sebagai seorang pereka fesyen terkenal, penampilan adalah segalanya. Langkahnya penuh yakin, kasut tumit tingginya berderap di atas permukaan tar ketika dia berjalan menuju pintu masuk butik miliknya.

Eliana berjalan masuk ke pejabatnya dengan wajah yang tenang, walaupun hakikatnya dia sedang memikirkan banyak perkara. Dia meletakkan beg tangannya di atas meja dan duduk, cuba fokus dengan tugasan hari itu. Tak sampai lima minit, pintu diketuk dan Aira, kawan baik merangkap pekerjanya muncul dengan senyuman ceria di muka.

Jari yang MengunciWhere stories live. Discover now