Part 6

118 7 2
                                    

Eliana baru sahaja terjaga daripada lena yang panjang. Matanya yang masih kabur memandang ke arah jam di tepi katil. Pukul 12 tengah hari. Dia terkejut sekejap. Terlebih tidur pula. Terasa malas nak bangun pada awalnya, tapi bunyi suara dari bawah menarik perhatiannya.

Dia mencapai tudung yang terletak di tepi cermin, menyarung dengan cepat tanpa banyak usaha untuk membetulkan. Dia berjalan perlahan ke arah pintu, kakinya melangkah ke tangga, suara-suara dari ruang tamu semakin jelas. Suara lelaki yang sangat dikenalinya, Emir.

Tiba di ruang tamu, pandangan pertama Eliana tertumpu pada Emir yang sedang berbual mesra dengan kedua ibu bapanya, Dato' Rizal dan Datin Faraa. Mata Eliana terbeliak, jantungnya semakin berdegup laju.

Emir yang sedang duduk santai di sofa rumahnya langsung tidak menyedari kehadirannya pada mulanya. Pandangannya fokus kepada Dato' Rizal yang sedang bersembang tentang sesuatu yang Eliana tak pasti.

Datin Fara yang perasan kelibat anak perempuannya itu pantas memanggil, "Ha, dah bangun. Ni, Emir datang nak jumpa Lia," katanya sambil tersenyum lebar.

Eliana tergamam, bibirnya mengukir senyuman hambar, namun hatinya penuh dengan kekeliruan. Kenapa Emir datang?

Emir yang baru perasan kehadiran Eliana, terus menoleh dengan senyuman lebar di wajahnya. Matanya yang bersinar memandang tepat ke arah Eliana, seolah-olah tak ada orang lain dalam ruang tamu itu kecuali dia. Senyuman manis itu tak dapat disembunyikan. Rindu tengok wajah manis yang berada di depan matanya.

Dato' Rizal menoleh dan memberi isyarat kepada Eliana, "Apa berdiri lagi kat situ? Mari la sini... Emir datang nak jumpa Lia, bukan nak tengok Lia tercegat kat pintu."

Eliana tak dapat menolak lagi. Dia melangkah perlahan, cuba mengawal getaran dalam jiwanya. Dia duduk di sofa sebelah ibu bapanya, namun mata Emir tak lepas memerhati setiap gerak-gerinya. Dia cuba mengelak bertentang mata dengan Emir, tapi semakin kuat dia cuba, semakin jelas terasa pandangan Emir yang terus menerus tertuju padanya.

Datin Faraa yang perasan keadaan Eliana yang serba tak kena, tersenyum mesra. "Kamu sembang la berdua."

Eliana segera memandang mamanya, cuba menghantar isyarat agar jangan tinggalkan dia berdua dengan Emir. Dia belum bersedia. Namun Datin Faraa hanya menggeleng dengan senyuman penuh makna di bibir. Dato' Rizal juga tersenyum, lalu mengangguk kepada Emir sebelum mereka berdua berlalu pergi, meninggalkan Eliana yang kini duduk berdepan dengan Emir.

Emir berdehem perlahan, suaranya lembut tapi cukup untuk menarik perhatian Eliana. "Assalamualaikum, Eliana."

Suara itu, nada itu, cara dia menyebut nama Eliana, membuatkan hati Eliana terasa panas. Nafasnya makin pendek. "Wa... waalaikumussalam," jawabnya teragak-agak, cuba sedaya upaya untuk nampak tenang.

Emir terus tersenyum. Matanya memerhati wajah Eliana dengan penuh kasih. "Sihat?" soalnya perlahan tapi penuh perhatian.

Eliana cuba menarik nafas panjang, menyembunyikan getaran di hatinya. "Sihat... awak?" jawabnya, cuba menenangkan debaran dalam dadanya.

Emir ketawa kecil. "Sihat. Bertambah sihat saya bila nampak awak depan mata."

Wajah Eliana segera berubah merah. Malunya terasa membuak-buak dalam dirinya. "Bila balik? Tak cakap pun nak datang..." soalnya dengan nada lebih perlahan, sambil matanya merenung lantai.

Emir mengangkat kening, senyumannya semakin lebar. "Saja nak buat surprise."

Eliana hanya mampu tersipu-sipu, rasa tak percaya Emir betul-betul ada di hadapannya.

Emir menukar posisi duduknya, kini lebih condong ke arah Eliana. "Harini tak kerja ke?" tanyanya sambil meneliti Eliana dengan penuh minat.

Eliana menggeleng kepala, tanda bahawa dia memang tak kerja hari itu.

Jari yang MengunciWhere stories live. Discover now