Part 9

155 14 2
                                    

Kediaman sudah mulai penuh dengan kehadiran tetamu. Walaupun hanya kenalan dan keluarga terdekat yang dijemput, suasana meriah dan penuh dengan perbualan mesra. Emir berdiri di pintu rumah, mata tertumpu kepada kereta yang baru sahaja tiba. Tetamu yang paling dia tunggu-tunggu akhirnya sampai, Eliana.

Dia nampak Aira keluar dari kereta dahulu, disambut mesra oleh Haziq yang sudah bersedia membawa tunangnya untuk bertemu dengan Puan Esme. Namun, perhatian Emir terarah ke belakang Aira, di mana Eliana sedang berjalan perlahan dengan wajah sedikit gugup. Dia memegang sebuah kotak yang berisi kek dengan hati-hati, seolah-olah tidak mahu menarik terlalu banyak perhatian.

"Assalamualaikum," Eliana menyapa lembut, berdiri di ambang pintu.

Emir segera menjawab salamnya, "Waalaikumussalam." Matanya terpaku pada Eliana yang mengenakan set abaya shawl hadiah darinya. "Cantiknya Eliana..." katanya dengan senyuman yang semakin mendalam, lesung pipitnya jelas terpancar. "Macam bidadari."

Eliana tersipu malu, senyum kecil menghiasi bibirnya. "Terima kasih," dia membalas perlahan.

"Jom, masuk. Kita jumpa aunty," ajak Emir dengan senyuman yang masih kekal di wajahnya.

Eliana tampak sedikit ragu-ragu. "Saya...," dia cuba berkata, namun tidak sempat menghabiskan ayatnya.

"Saya ada ni. Jom." Emir mengukir senyuman manis, cuba meyakinkan Eliana. Dia tahu Eliana masih sedikit segan, tetapi kehadirannya di sisi diharap dapat memberi sedikit keyakinan.

Eliana akhirnya mengangguk dan mengikuti langkah Emir menuju ke dapur. Dalam perjalanan, Eliana sempat memberikan senyuman kecil kepada tetamu lain yang lalu di sebelah mereka.

Setibanya di dapur, Puan Esme yang masih menyusun pencuci mulut agar-agar ke dalam bekas untuk dibawa ke depan , langsung tersenyum lebar apabila melihat Emir dan Eliana bersama. "Aunty, ni Eliana," Emir memperkenalkan dengan bangga.

"Oh, Eliana... kawan Aira, kan?" Puan Esme teruja, matanya bersinar. "Cantiknya, sayang," tambahnya sambil mendekati Eliana.

Eliana tunduk sopan dan mengucapkan salam, kemudian dia mencium belakang tangan Puan Esme dengan penuh hormat. Dalam hati, terasa sebak seketika seolah-olah mencium tangan arwah ibunya sendiri, namun dia menahan perasaan itu.

Puan Esme membalas salamnya, tangannya sempat mengusap lembut bahu Eliana. "Terima kasih sudi datang, Eliana."

Eliana kemudian menunjukkan kotak kek yang dipegangnya sejak tadi. "Saya ada bawa kek, aunty. Emir ada cakap keluarga dia suka makan kek buatan sendiri. Jadi saya buatkan kek chocolate moist untuk aunty dan sekeluarga," katanya, senyum manis terukir di wajahnya.

Puan Esme tersenyum lebar, penuh terima kasih. "Ya Allah, terima kasih banyak-banyak, Eliana. Susah-susah je."

Sebelum sempat mereka berbual lebih lanjut, Emir menyampuk dengan nada menyakat. "Eh, chocolate moist? Favourite Emir ni! Eliana buat untuk saya, kan?"

Eliana tergelak kecil, lalu mengerutkan kening. "Kan orang dah cakap, kongsi."

Emir tersengih. "Ish, mana cukup kalau kongsi! Meh, sini."

Dia cuba mencapai kotak kek dari tangan Eliana, namun Puan Esme lebih cepat. "Jangan mengada, Emir! Pergi ke depan, bacaan Yasin nak mula dah."

Emir mengangkat tangan tanda mengalah. "Yelah. Aunty jangan buli Eliana pulak." Sebelum berlalu pergi, sempat diamemberi pesanan pada si gadis cantik itu. "Kalau rindu, cari kita kat depan."

Puan Esme hanya ketawa kecil dan menjentik dahi Emir sebelum menghalau anak saudaranya itu ke depan. Emir sempat kenyit mata kepada Eliana, yang membuatkan wajah Eliana bertambah merah.

Jari yang MengunciWhere stories live. Discover now