Part 8

139 8 3
                                    

Beberapa minit kemudian, Emir sampai di lokasi. Dia menghampiri Zarif yang berdiri di tepi sebuah lorong sunyi, kawasan yang jarang dilalui orang, berdekatan dengan bangunan terbiar. Di sekelilingnya, beberapa anggota polis sedang mengambil gambar dan mengumpulkan bukti.

Terdapat tali kuning yang menghalang orang luar daripada mendekati lokasi kejadian. Cahaya lampu kereta peronda menerangi kawasan itu, mencipta bayangan kelam di sekitarnya.

"Mayat ditemui kira-kira dua jam lepas," Zarif memulakan penjelasannya, nada suaranya tegang. "Penduduk tempatan laporkan mereka terhidu bau busuk dari kawasan ni. Bila polis sampai, kita dapati mangsa seorang lelaki, umur dalam lingkungan 40-an."

Emir memandang mayat yang terbaring di hadapannya, tertutup dengan kain putih. Zarif meneruskan, "Mangsa dijerut lehernya, ada kesan lebam yang menunjukkan dia bergelut. Cara dia dibunuh... sama macam..." 

Emir memandang Zarif dengan lebih tajam, menunggu penjelasan seterusnya. Zarif menarik nafas dalam, kelihatan resah, sebelum dia bersuara lagi.

"Sama macam 17 tahun lepas..." Zarif berkata perlahan. "Lepas dia dijerut, ada kesan torehan bentuk 'X' kat leher mangsa."

Mata Emir segera tertumpu ke arah mayat yang terbujur kaku di bawah kain putih itu. Dia berjalan lebih dekat, dan seorang anggota polis mengangkat kain yang menutup leher mangsa, memperlihatkan torehan itu dengan jelas. Tanda 'X' yang mengerikan, tepat seperti yang dia pernah lihat bertahun-tahun dulu, di leher ibu bapanya.

"Zarul Sham..." bisik Emir dalam hati, dengan rahangnya mengetap.

Emir menggenggam penumbuknya erat, cuba mengawal perasaan marah yang tiba-tiba menyerbu dirinya. Luka lama yang dia cuba sembuhkan bertahun-tahun seperti dibuka semula. Dengan suara yang tegang, dia memandang Zarif dan bertanya, "Semua dah diurus? Dapat tahu siapa mangsa ni?"

Zarif mengangguk perlahan, masih nampak resah. "Kami dah kenal pasti identiti mangsa. Namanya Hisyam Yusof, salah seorang peguam yang dulu pernah terlibat dalam kes-kes yang berkaitan dengan... Zarul Sham."

Emir mengetap gigi. Nama Zarul Sham kembali menghantui fikiran dia. "Ada saksi? CCTV? Apa-apa bukti lain?" tanyanya lagi, suaranya lebih mendesak.

Zarif menggeleng. "Buat masa ni belum ada saksi yang nampak kejadian. CCTV pun masih dalam proses semakan."

Emir menggeleng perlahan sambil tertawa sinis . "Aku takkan biar benda ni berulang."

Emir menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri sebelum berkata, "Aku gerak dulu."

Zarif memandang Emir dengan wajah bimbang. Dia boleh agak apa yang Emir maksudkan. Dengan cepat, Zarif mencapai bahu Emir, cuba menghalang. "Emir, jangan buat keputusan terburu-buru."

Emir menoleh ke arah Zarif, matanya tajam. "Aku tahu apa yang aku buat, Zarif."

Zarif masih tak lepaskan pegangannya, cuba memujuk lagi. "Kau kena tenang. Kita tak boleh buat kesimpulan cepat."

Emir mengetap gigi, lalu menepis tangan Zarif dengan lembut tapi tegas. "Settlekan semua ni. Lapor kat aku nanti." Tanpa menunggu jawapan, Emir beredar dari situ, langkahnya penuh keyakinan tapi hati penuh kemarahan.

────୨ৎ────

Tempat yang sunyi dan dijaga ketat, dikelilingi oleh tembok tinggi dan kawalan keselamatan yang ketat. Emir melangkah masuk dengan langkah tegas, disambut oleh pengawal yang sudah sedia maklum kehadirannya. Dia diberi akses untuk menemui Zarul, penjenayah yang telah menghantui hidupnya selama 17 tahun.

Zarul Sham duduk di belakang kaca, wajahnya tenang, namun penuh misteri. Seolah-olah dia sudah menjangkakan kunjungan Emir. Pandangan mata mereka bertemu, dan sejenak, ada ketegangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Jari yang MengunciWhere stories live. Discover now