BAB 5

16 1 0
                                    


PADA keesokan harinya, Irena bercadang untuk membawa Erica dan Eric berjalan-jalan di shopping mall, memandangkan butiknya masih tutup hari itu.

"Weh, korang nak ikut aku bawa Erica dengan Eric pergi jalan-jalan?" soal Irena kepada ketiga-tiga sahabatnya sambil tersenyum.

"Of course nak! Gila tak nak!" Bunga membalas dengan teruja.

"Boleh aje," Ryne dan Johanees menjawab serentak, jelas menunjukkan mereka juga tidak sabar untuk ikut serta.

Mereka sekarang berada di kondominium mewah yang dibeli oleh Irena Rose selepas berpindah ke Malaysia. Sebenarnya, dia lebih suka tinggal di rumah maknya, tapi di mana pula sahabat-sahabatnya nak tinggal kalau begitu?

"Kalau nak ikut, korang siap sekarang. Aku nak ambil twins tu kat kafe abang aku," ujar Irena sambil menjeling ke arah mereka.

Tanpa banyak soal, ketiga-tiga sahabatnya  Bunga, Ryne, dan Johanees mengangguk serentak, bersedia untuk berangkat.

Irena mencapai beg tangannya yang terletak di atas sofa, kemudian melangkah ke arah pintu utama. Sahabat-sahabatnya pula bergegas ke bilik masing-masing untuk bersiap. Suasana di kondominium mewah itu sunyi seketika, hanya kedengaran bunyi pintu bilik yang dibuka dan ditutup.

Setelah beberapa minit, Bunga, Ryne, dan Johanees muncul kembali, masing-masing dengan pakaian kasual tetapi tetap bergaya.

"Okay, jom gerak. karang marah pula dua ketol tu " kata Irena sambil tersenyum, cuba menahan keterujaannya untuk bertemu si kembar.

Mereka berempat keluar dari kondominium dan menuju ke lif. Sepanjang perjalanan, Bunga tak henti-henti bercerita tentang rancangan mereka selepas jalan-jalan di mall nanti.

"Eh, lepas tu  kita singgah makan kat Lucas Brew Café, boleh kan? Dah lama aku tak makan kat situ," usul Bunga dengan mata bersinar.

"Kafe abang aku tu, takkan tak boleh kot. Lagipun, Erica dan Eric ada kat situ sekarang. "

Tak lama kemudian, mereka tiba di lobi dan masuk ke dalam kereta Irena. Suasana di dalam kereta penuh dengan gelak tawa dan perbualan mesra, menggambarkan betapa akrabnya mereka berempat. Irena memandu dengan tenang, namun jauh di sudut hati, dia tak sabar untuk meluangkan masa bersama si kembar dan sahabat-sahabatnya.

Setibanya di Lucas Brew Café, aroma kopi yang harum serta suasana nyaman menyambut kedatangan mereka. Irena terus melangkah ke dalam kafe, mencari Erica dan Eric yang sedang duduk di salah satu meja berhampiran kaunter. Abangnya, Ethan Lucas, sedang sibuk melayan pelanggan di sebalik kaunter tetapi sempat melambai ke arah mereka.

"Aunty Irena!" Erica melambai ceria sambil melompat turun dari kerusi. Eric pula hanya tersenyum kecil, duduk dengan tenang.

Irena bergegas menghampiri mereka, memeluk Erica dengan penuh kasih sayang.

"Dah siap sedia nak pergi jalan-jalan?" tanyanya lembut.

"Yes! Kami dah tunggu dari tadi!" jawab Erica dengan penuh semangat.

Ethan yang sedang melayani pelanggan sempat menoleh,

"Bawa budak-budak tu jalan elok-elok, jangan lupa singgah balik sini kalau lapar."

Irena tersenyum, mengangguk sebelum mengajak semua keluar dari kafe. Hari itu, terasa seperti hari yang sempurna untuk mereka semua.

Irena baru sahaja hendak mengajak mereka keluar dari kafe Bunga tiba-tiba berkata,

“Eh, aku nak makan dulu. Perut dah lapar ni!”

Ryne dan Johanees mengangguk setuju, kelihatan sudah duduk selesa di meja. Irena hanya menghela nafas sambil tersenyum kecil, memahami benar sifat sahabatnya yang suka makan.

[OG] AURA SI PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now