BAB 9

8 0 0
                                    


Maaf andai ada kesalahan tatabahasa

Enjoy !!!

•••

3 BULAN KEMUDIAN

Selama satu bulan ini juga , Irena selalu menghantar makanan itu kepada Tengku Iskandar . Tetapi , tanpa pengetahun Irena . Makanan itu tidak di makan oleh Tengku Iskandar walau sedikit pun .

Setiap kali itu jugalah , dia bagi makanan itu kepada Davin dan Faris. Faris dan Davin pula sepakat untuk merahsiakan perkara itu daripada Irena.

Mereka tahu, kalau Irena tahu makanan yang dia sediakan dengan penuh harapan itu tak dimakan, pasti hati dia akan terluka. Jadi, mereka memilih untuk diam, biarpun kadang-kadang rasa bersalah terbit dalam hati.

" Nadia , get out now " kata Tengku Iskandar tegas . Nadia pula buat tidak endah akan kata kata Tengku Iskandar itu .

Nadia bangun perlahan-lahan, langkahnya mendekati Tengku Iskandar yang sedang berdiri dengan wajah tegang. Dia dapat merasakan aura dingin yang terpancar dari lelaki itu, tetapi itu tidak menghentikannya.

" jangan dekat dengan aku " sekali lagi amaran itu terbit di mulut Tengku Iskandar . Namun , masih sama Nadia semakin mendekati tubuhnya .

" Jangan macam ni Is , I kan Ex you . Patutnya , you layan I . Bukan halau " ujar Nadia dengan nada menggoda . Rambutnya di bawa ke belakang telinga .

Sekarang jarak antara mereka sangat dekat. Tengku Iskandar dan Nadia saling berpandangan, mata mereka bertemu dalam suasana yang penuh ketegangan. Tengku Iskandar terkedu sejenak, fikirannya bercelaru. Dulu mungkin ada rasa untuk Nadia, tapi kini, perasaan itu sudah hilang. Dia tak lagi ada hati untuknya.

Dalam hati, Tengku Iskandar tertanya-tanya, kenapa Nadia datang kepadanya semula? Apa yang dia cari kali ini? Nadia memandangnya seolah-olah cuba memulakan sesuatu yang telah lama berakhir. Namun, Tengku Iskandar tahu, hatinya kini milik orang lain, walaupun dia sendiri belum mahu akui perasaan itu.

" Terima I semula Is . I janji I akan setia dengan you " kata Nadia semakin mendekati kan muka mereka . Mereka sekarang tiada lagi jarak .

Tiba - tiba

" Is - " terkedu Leo melihat kedudukan Tengku Iskandar dan Nadia itu . Dengan kelam kabutnya Tengku Iskandar menjauhkan jarak mereka tetapi tidak dengan Nadia.

Irena yang berada di belakang Leo sudah tersenyum kelat . Hatinya sakit . Melihat mereka berdua .

" Ehem , kau masuk ketuk pintu dulu boleh ?" ujar Tengku Iskandar dengan nada yang getar sedikit .

"Is, apa kau dah buat ni?" soal Leo dengan nada serius, wajahnya penuh dengan ketegangan. Tengku Iskandar hanya diam, pandangannya teralih antara Leo dan Nadia, seperti tak tahu bagaimana nak jawab soalan itu.

Irena masih berdiri tegak di hadapan pintu, menyaksikan semua itu. Matanya tertumpu pada Nadia, hati Irena mula dipenuhi rasa gelisah. Siapa perempuan ni? Teman perempuan Tengku Iskandar ke? fikirnya. Dia cuba menahan dirinya daripada membuat sebarang andaian, tetapi perasaan cemburu dan tanda tanya semakin membuak-buak.

[OG] AURA SI PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now