Bab 3 : Kebetulan atau Takdir?

72 9 0
                                    


D'Laurent Café

ALIA merasakan sakit di perutnya, seperti ada yang mencucuk-cucuk dari dalam. Dalam sekelip mata, dia terkejut melihat cairan merah hangat mengalir di seluarnya. "Aduh, time macam ni lah nak datang bulan!" desahnya dalam hati, panik menyelubungi dirinya.

Ketika Eshal Erhal melangkah masuk, senyumannya seakan-akan membangkitkan harapan. "Shal, tolong aku," kata Alia dengan suara bergetar. "Aku tak sihat la, girl cramp ni. Boleh tak kau ganti tempat aku?"

Eshal, melihat wajah Alia yang pucat, terus mengangguk. "No problem! Pergi rehat, biar aku settlekan."

"Dalam satu jam lagi aku datang balik tau, aku janji!"

"Kau ambil cuti jelah,"

"Tapi.. Malik dan Zania ambil MC harini. Athirah, Najwa dan Faez pula pindah cawangan kat Singapore. Harini aku sorang je Shal.."

"Tak apa. Jangan risau... Yang tu nanti aku uruskan, kau pergi lah," sudah menjadi kebiasaan Eshal Erhal untuk datang ke café pada waktu pagi. Selain menikmati kopi kegemaran, dia juga dapat meluangkan masa bersama sahabatnya.

"Thanks!"

Rasa lega sedikit menyelimuti Alia, tapi ketidakselesaan itu masih menghantui fikirannya. Dia bergegas ke restroom, berharap dapat meredakan kesakitan dan memberi dirinya sedikit ruang. Di luar, Eshal sudah mengendalikan tugasnya, bertekad untuk memastikan semuanya berjalan lancar, sambil mendoakan agar sahabatnya cepat sembuh.

 Di luar, Eshal sudah mengendalikan tugasnya, bertekad untuk memastikan semuanya berjalan lancar, sambil mendoakan agar sahabatnya cepat sembuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-ꗃꗃꗃꗃ-

DI dalam bilik mesyuarat siasatan khas D9, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, suasana tegang menyelubungi ruang tersebut. Inspektor Ezzan Eidlan duduk di hujung meja panjang, memandang rakan-rakan setugasnya yang berkumpul dengan wajah serius.

"Baik, kita berhadapan dengan kes pembunuhan terbaru di Jalan Templer," katanya dengan nada tegas, memulakan mesyuarat. "Apa maklumat yang kita miliki setakat ini?"

"Menurut laporan awal, mangsa adalah seorang peniaga," jawab Konstabel Rayhan, sambil menunjukkan butiran kes di skrin yang memaparkan gambar lokasi kejadian. "Dia ditemukan di kedainya. Tiada saksi yang menyaksikan kejadian, tetapi terdapat kamera litar tertutup di sekeliling."

Ezzan mengangguk, merenung skrin dengan serius. "Kita perlu mendapatkan rakaman CCTV itu secepat mungkin. Selain itu, pastikan kita menyiasat sebarang petunjuk lain di lokasi kejadian. Setiap butiran mungkin menjadi kunci kepada penyelesaian kes ini."

"Adakah kita juga akan menghubungi keluarga mangsa untuk mendapatkan keterangan?" tanya Konstabel Raehana, mencari kepastian dalam keputusan yang diambil.

"Ya, itu langkah yang sangat penting," jawab Ezzan dengan tegas. "Mereka mungkin tahu sesuatu tentang hidup mangsa yang dapat membantu kita. Kita perlu berempati, tetapi tetap fokus pada fakta."

Al-Asraar : His Flower from ParadiseWhere stories live. Discover now