Bab 1: Saat Takdir Bersua

822 35 5
                                    

Kringgg!

Bunyi alarm daripada jam loceng berkumandang. Eidlan tersedar daripada lenanya. Namun, dia menyambung tidur semula oleh kerana mata terasa sungguh berat.

Tok! Tok! Tok!

"Woiii!! Bangun!!! " Suara orang melalak bagai orang kurang siuman di luar pintu bilik menyebabkan Eidlan tersedar buat kali kedua. Boleh kena 'heart attack' jikalau tiap hari begini.

"Patutlah kau single!" Seloroh Farhan. Matahari terpacak atas kepala pun tidur lagi... Bagaimanalah dia mahu 'wish' good morning kepada pujaan hati?

Dang! Dang! Dang!

Bunyi ketukan ekstrem yang hampir meruntuhkan rumah bata ini menyebabkan Eidlan akhirnya bangkit daripada katil tercinta dan menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri serta mengumpul tenaga. Mengumpul tenaga untuk menghantam orang kurang siuman yang telah mengganggu lenanya.

-ꗃꗃꗃꗃ-

SHARIFAH FAEEQA baru selesai memasak dan menghidu aroma masakan yang menggiurkan. Namun, melihat Eidlan yang baru keluar dari bilik membuatkan hatinya terbakar. "Hah, nampak pula batang hidung kau, Syed Ezzan Eidlan bin Syed Fathurrrahman! Apa lagi yang kau nak buat hari ini? Melepak macam budak-budak tak ada masa depan kat luar sana? Sampah masyarakat, macam itu?" katanya dengan nada kasar.

Eidlan tersentak, tetapi dia hanya diam, mendengar setiap cacian kakaknya dengan tenang. Dia sudah terbiasa.

Faeeqa melangkah lebih dekat, wajahnya berkerut penuh kebencian. "Kau ni, ada saja kan! Setiap kali kau ada, pasti ada masalah!"

Farhan, yang melihat situasi itu, merasa perlu campur tangan. "Kak, Eidlan adik kakak tau. Wajarkah seorang kakak mencaci adiknya tanpa sebab? Dia tak buat apa apa pun kak.. baru je keluar bilik,"

Eidlan menunduk, hatinya terluka. Dia tidak faham mengapa kakaknya sering melepaskan kemarahan yang tidak sepatutnya kepada dirinya. Suasana yang sepatutnya hangat kini dipenuhi dengan ketegangan.

"Eh Farhan! Jangan biadab macam dia! Aku yang besarkan kau orang! Seorang diri tahu! Dua iblis yang kau anggap abang tu bukannya menolong Menyusahkan! Tiada beza pun dengan kau orang!" Gertak Faaeqa. Suara naik seoktaf. Dada berombak ganas. Faeeqa mula memberang, didalam hati Faeeqa mula menyumpah seranah.

"Akak...Farhan tak bermaksud..."

Faeeqa menatap Eidlan dengan wajah penuh kemarahan, suaranya tajam dan menggetarkan. "Adik yang membawa sial," ujarnya, seolah-olah setiap kata itu adalah satu panah yang menusuk hati Eidlan. Dia terpaku, terkejut oleh tuduhan yang begitu berat, merasakan beban yang tidak sepatutnya ditanggung oleh seorang adik. Dalam sekelip mata, dunia di sekelilingnya terasa kelam, seolah-olah cahaya kasih sayang yang pernah ada antara mereka kian memudar atau memang tiada.

Eidlan menepis kata-kata kakaknya dengan tenang. "Farhan. Marilah kita, nanti cuaca makin panas pula," ajaknya tanpa menghiraukan kata-kata Faeeqa yang berbisa itu. Tujuan asal mereka pagi ini untuk brisk walking di taman, sudah menjadi rutin harian mereka untuk ke taman pada waktu pagi.

Faeeqa mula berang. "Semua orang tahu Farhan lebih disayangi daripada kau. Tapi itulah kau tetap berkepit dengan dia, kau sengaja nak bagi Farhan kasihankan kau kan? Jangan sampai satu tahap aku tak izinkan kau rapat dengan Farhan!"

Eidlan memandang Farhan, yang juga berusaha untuk memberi sokongan. Dia tahu perbandingan itu tidak adil, apatah lagi tuduhan tak berasas itu, tetapi dia tidak ingin membiarkan kata-kata kakaknya merobek hatinya.

Farhan melangkah ke hadapan. "Kak, Eidlan bukan seperti yang akak katakan tu.. Dia sayang Paan sebagai adik. Bukan meraih simpati Paan semata."

"Dia pun adik kakak. Paan taknaklah kakak selalu marah Eidlan je," Farhan menambah, menatap Faeeqa dengan tatapan memujuk

Al-Asraar : His Flower from ParadiseWhere stories live. Discover now