D'LAURENT, permata Kuala Lumpur, berdiri megah sebagai simbol kemewahan yang tiada tandingan. Hotel ini bukan sekadar tempat penginapan; ia adalah sebuah oasis yang menggabungkan beauty dan comfort dalam satu ruang.
Setiap lapisan D'Laurent direka untuk memenuhi keperluan dan keinginan setiap pengunjung. Di tingkat bawah, pusat membeli-belah yang luas menawarkan pelbagai jenama terkemuka, dari high-end fashion hingga barang kemas eksklusif. Butik-butik di sini menyajikan koleksi unik yang pasti memikat hati, sementara kafe-kafe menyajikan artisan coffee dan desserts yang menggoda selera, menciptakan suasana yang sempurna untuk bersantai.
Bagi mereka yang mencari relaksasi, spa D'Laurent adalah oasis yang menyegarkan minda dan tubuh, menyediakan pelbagai rawatan mewah dari traditional massages hingga modern therapies. Pusat kecantikan di hotel ini juga menawarkan perkhidmatan skincare dan kecantikan yang berkualiti tinggi.
Di tingkat atas, restoran bertaraf bintang menawarkan hidangan dari celebrated chefs, menggabungkan cita rasa tempatan dan antarabangsa dalam suasana elegan dengan pemandangan menakjubkan Kuala Lumpur.
Di rooftop, kolam mewah menambah daya tarikan hotel ini, memberikan pengalaman bersantai yang tiada tandingan dengan panorama bandar yang memukau. Untuk majlis rasmi, D'Laurent juga dilengkapi dengan bilik mesyuarat dan dewan serba lengkap, lengkap dengan state-of-the-art technology dan perkhidmatan profesional untuk memastikan setiap acara berjalan lancar.
Dengan pelbagai kemudahan dan layanan yang luar biasa, D'Laurent bukan sekadar hotel; ia adalah oasis pengalaman hidup yang mengutamakan keselesaan, kemewahan, dan kepuasan setiap pengunjung.
-ꗃꗃꗃꗃ-
KETIKA pelanggan di kafe mulai stabil, pandangan Eshal Erhal terhenti pada sosok jejaka yang agak familiar di sudut kafe, tidak berganjak dari tempatnya.
"Dari tadi kat situ, buat apa? Baru lepas meeting agaknya." Bisiknya dalam hati. Dengan tenang, Eshal melabuhkan punggung ke kerusi sambil menunggu staf ganti. Tiba-tiba, notifikasi 'Airdrop' muncul, memecah keheningan suasana. Dia memandang skrin. Dengan hati-hati, Eshal meraih telefon dan membuka gambar itu, meneliti setiap inci senyuman yang terpampang. Taman yang ceria, dikelilingi dengan bunga-bunga berwarna-warni, menambah keindahan momen tersebut. "Kenapa awak hantar gambar ni?" bisik hatinya, seolah-olah jejaka itu mampu mendengar.
"Eh? Dia ni kan...." Eshal terkejut, mulutnya terkatup seketika. Jejaka itu mengirim 'Airdrop' foto selfie-nya.
Dalam foto itu, lelaki tersebut tersenyum manis dengan latar belakang taman. Taman itu... di mana pertemuan pertama mereka berlangsung. Kenangan itu tiba-tiba melintas di fikirannya, membuatkan hatinya bergetar sedikit."Dia ni dah kenapa 'airdrop' kat aku? Syok sendiri ke?" Eshal menggelengkan kepala, berusaha menenangkan hati. "Eh! Not this time, Eshal!" bisiknya pada diri sendiri, bertekad untuk tidak terpedaya oleh pesona itu lagi. Hatinya seolah-olah digodam oleh lelaki itu!
Namun, suaranya sendiri seolah-olah terbang ke udara, tidak cukup kuat untuk menangkis rasa yang menyusup dalam hatinya. Dia memandang kembali ke arah jejaka itu, fikirannya bertelagah antara rasa ingin tahu dan tekad yang sudah dibina.
Eshal menatap gambar itu sejenak sebelum beralih ke lelaki di meja, yang kini mengerdipkan mata ke arahnya. Lelaki itu tertawa, melihat reaksi Eshal Erhal yang tampak malu-malu. Yelatu malu, malu tapi mahu letuu.
Lelaki itu memberi isyarat untuk memesan dengan gaya yang santai, mengangkat tangan sedikit sambil tersenyum. Eshal, dengan nada tenang, bertanya, "May I help you?"
Dia menjawab dengan nada seloroh, "Asyik bahasa Inggeris je, cuba bahasa lain," sambil tersenyum, menciptakan suasana yang lebih akrab dan ceria di antara mereka.
YOU ARE READING
Al-Asraar : His Flower from Paradise
Romance"Al-Asraar: His Flower from Paradise" mengisahkan Inspektor Ezzan Eidlan yang terperangkap dalam jalinan misteri pembunuhan yang membingungkan, di mana seorang pembunuh yang dikenali sebagai "Secret" mengancam untuk mengungkap rahsia gelap yang tela...