11

11 3 3
                                    

Seperti yang dijanjikan, petang selepas balik sekolah mereka akan berjumpa di tasik. Hayyan duduk diam, gelisah sahaja dirinya. Takut? Mungkin.

Macam mana kalau Qaireena dendam dengannya? Sebab dialah Qaireena di marah teruk oleh ayahnya. Itu baru dia nampak di sekolah, di rumah dia tidak tahu macam mana keadaan Qaireena.

Jahatkah dia? Harapnya Qaireena terima maafnya. Sedang asyik melayan perasaan ketakutan diri, kehadiran Qaireena di sebelahnya langsung tidak perasaan sehinggalah Qaireena menegurnya.

"Que, maaf lambat." Pohon Qaireena lalu melabuhkan punggung di sebelah Hayyan, masih ada lagi jarak yang memisahkan mereka.

"Takpe, aku pun baru je sampai tadi." Balas Hayyan. Dia membiarkan Qaireena mengambil nafas dahulu.

Keadaan sunyi mengisi ruang antara mereka berdua. Qaireena berasa pelik dengan kelukuan Hayyan, seperti ada sesuatu besar ingin di beritahu.

"Kau okay?" Tanya Qaireena perlahan, tak mahu terasa kekok dengan kedua-duanya senyap.

Hayyan angguk.

"Aku sebenarnya nak minta maaf." Jeda, ayat itu terasa tergantung. Qaireena masih tenang menanti sambungan ayat itu.

"Aku minta maaf sebab dapat nombor satu." Pinta Hayyan dengan nada rendah.

"Mesti kau rasa teruk sangat keputusan kau."  Sambung dia perlahan.

Qaireena diam, tak sangka itu yang akan diucapkan oleh Hayyan. Qaireena menarik nafas perlahan, dia telah buat jejaka ini rasa bersalah.

"Kau sepatutnya tak perlu minta maaf Que. Kejayaan kau atas usaha kau, sepatutnya aku bangga dengan kau." Qaireena tersenyum manis.

"Ya, tapi ..." Hayyan menggigit bibir bawahnya, berjuang mengukapkan kata-kata.

"Aku rasa bersalah, kalau bukan sebab aku, ayah kau tak adalah marah sampai macam tu. Aku tak nak jadi punca kau tertekan untuk belajar." Sambung Hayyan dengan nada perlahan. Sekejap mata memandang tasik, sekejap memandang pokok-pokok di sekeliling mereka.

"Macam mana kau tahu ayah aku marah aku?" Tanya Qaireena yang mula sedar. Sedangkan dia tak ada beritahu sesiapa pun tentang hal ini.

"Aku dengar semuanya Qai. Ayah kau marah sebab tak dapat nombor satu. Dan selama ni kau dapat nombor satu sebab kau usaha nak banggakan parents kau dengan keputusan kau. Dan aku datang sini hancurkan semuanya, segalanya. Sumpah aku takut Qai, aku takut kau akan benci aku lepasni." Luah Hayyan yang terbuku di hatinya.

Qaireena menatap wajah Hayyan, dia dapat rasakan ketakutan yang dirasai rakannya.

"Ayah aku memang macam tu, dia nak semuanya sempurna di mata dia. Pasal nombor satu tu, biasa la, manusia ada waktu jatuh dan bangkit semula." Kata-kata Qaireena dapat menenangkan semula hati gemuruh Hayyan.

"Tak akan aku nak benci kau sebab perkara kecil macam tu je? Lagipun bukan salah kau aku tak dapat nombor satu, cumanya aku kena usaha lebih lagi dari sekarang." Qaireena senyum memandang Hayyan, menandakan semua baik-baik saja.

"Kalau aku tahu aku akan bagi kau nombor satu dan aku nombor dua. Kalau aku tak datang sekolah ni, semua ni takkan terjadi. Kalau aku tak muncul dalam hidup kau, semuanya takkan jadi huru-hara. Semua ni salah aku." Hayyan bersuara, meluahkan isi hatinya. Perasaan menyesal mula bermain di mindanya.

"Kalau tu perkataan syaitan, Que. Kalau kau rasa semua benda ni tak patut terjadi maksudnya kau tak dapat terima takdir." Tegur Qaireena dengan nada tegas tapi masih terselit kelembutan. Dia memandang tepat ke arah Hayyan memastikan Hayyan benar-benar faham.

"Takdir ni bukan tentang siapa salah atau betul tapi ia tentang apa yang Allah dah tentukan untuk kita. Bukan semua benda kita boleh kawal.

Kau usaha, aku usaha, hasilnya Allah yang tentukan. Kalau aku tak jatuh sekarang mesti aku tak sedar yang aku masih belum cukup dapat menguasai. Aku boleh perbaiki lagi diri untuk spm nanti." Qaireena tersenyum kecil, memberi keyakinan kepada Hayyan bahawa dia tidak terkesan dengan amarah ayahnya.

"Kau tak marahkan aku?" Hayyan bertanya dengan nada polos.

"Untuk apa aku marah kau? Benda dah jadi, kalau aku marah kau, aku boleh dapatkan balik ke kedudukan nombor satu? Takkan ... Jadi jangan la rasa bersalah sangat, aku okay je." Jelas Qaireena dengan keadaannya. Dia tahu Hayyan dihantui rasa bersalah tapi sampai bila?

"Manusia takkan selamanya berada di atas, kita umpama mendaki gunung. Bila ada keinginan untuk sampai ke puncak, kita akan usaha lebih. Bila tersilap langkah kita boleh jatuh semula dari kedudukan kita sekarang. Bila sudah terlalu penat kita akan berhenti rehat dan sambung semula daki untuk sampai ke puncak." Nasihat Qaireena, harapnya Hayyan sudah sedar dan dapat terima apa yang terjadi.

Hayyan terdiam, terkesan dengan kata-kata Qaireena. Perasaan bersalah yang menghimpitnya mula pergi perlahan-lahan.

"Aku patut berterima kasih dekat kau, sebab kau aku sedar yang aku belum cukup sempurna untuk spm nanti." kata Qaireena dengan nada ikhlas.

Hayyan mengukir senyuaman tipis. Dia bersyukur kerana Qaireena masih dapat terima dirinya sebagai seorang rakan dan tidak menyimpan dendam.

"Terima kasih Qai, aku tak pernah fikir macam tu. Aku selalu rasa takut, takut aku buat orang lain terluka atau kecewa sebab aku." Akui Hayyan dengan jujur, nadanya sedikit tenang sekarang.

"Tak salah nak rasa macam tu. Kita semua ada perasaan macam tu. Tapi kau kena ingat, kita manusia, bukan semua benda dalam kawalan kita. Kita hanya mampu merancang dan selebihnya serah pada-Nya." Qaireena membalas dengan lembut, memberi keyakinan lagi kepada rakannya.

Hayyan menarik nafas panjang. Alhamdullilah persahabatan mereka tidak terputus atas perkara kecil.

"Apa kata nanti kita study sama-sama untuk spm nanti. Aku boleh tanya soalan yang aku tak faham dan kau boleh tanya soalan yang kau tak faham. Nanti aku ajak Lea sekali." Hayyan cadangkan, memulakan langkah baru untuk masa depan nanti.

"Deal! Study dengan kawan-kawan mesti lagi seronok kan? Kita usaha dan pastikan sama-sama berjaya nanti." Setuju Qaireena dengan senyuman lebar, wajahnya ceria.

"Aku teringin nak tengok kita bertiga berdiri atas pentas. Aku harap usaha kita untuk spm nanti memuaskan." Kata Hayyan mengutarakan hasratnya.

"Dengan izin-Nya, aku yakin kita boleh capai kejayaan tu." Mata Qaireena bersinar dengan keyakinan.

"Aku harap usaha aku tak kecewakan umi, abi dan korang." Hayyan merenung ke arah tasik, bunyi lembut itu sedikit sebanyak melegakan rasa bimbang.

"Kita semua tak nak kecewakan sesiapa Que. Tapi yang paling penting, kita kena usaha yang terbaik." Kata Qaireena mengembalikan semangat yang hampir terkubur.

"Nanti kita akan naik pentas tak kira apa keputusannya. Yang penting kita dah cuba sebaik yang kita mampu." Sambung Qaireena dengan nada penuh semangat.

Hayyan tersenyum kecil. Mereka berdua ketawa, merasa lebih segala bebanan yang di bawa sebentar tadi sudah hilang serta merta.

Malam Tanpa Bintang [ON GOING]Where stories live. Discover now