Harus aku akui dia seorang yang sangat romantik dan perhatian pada aku.
Aku menyukai hal itu tapi hati aku masih belum boleh menerima dia walaupun dia menyukaiku.
Atau aku masih mencintai becky, aku sudah lama tidak berjumpa dengannya setelah kami habis belajar aku tidak pernah bertemu dengannya.
Walaupun hati aku rindu padanya tapi aku hanya mampu adalah memendamnya.
"Freen"
Panggilnya, aku melihat nya yang sedang termenung menatap ku.
"Cepat lah buka mulut aaa"
Tanpa bantah aku pun membuka mulutku.
Saat ini aku sedang makan bersamanya di sebuah restoran milik papa aku.
POV FREEN END
POV BECKY
Jam dinding sedang aku tenung, aku hampir hilang sabar apabila orang yang tunggu dari tadi tidak munculkan diri.
Ting pintu kedai aku dibuka.
Aku menatap dingin kearah orang yang sedang aku tunggu dari tadi.
"Dari mana kau asal lambat?" Tanya ku sambil menyilangkan tangan ku di dada.
"Sorry bec, jalan jammed tadi" ucapnya aku hanya mengangguk lalu mengambil pesanan yang aku kirim padanya tadi.
Kerana terlalu lapar aku membuka bungkusan itu dan memakannya dengan lahap.
Irin yang melihat aku makan seperti kena rasuk menggelupur kepala.
"Hehe.... Sorry lapar" kata ku sambil tersenyum kambing.
"Tulah orang suruh kerja dengan daddy kau tak nak, nak juga buka kedai bunga" katanya sambil mengambil tempat di depan ku.
Kedai bunga ini sudah lama aku beli menggunakan duit simpanan aku disaat aku masih belajar.
Sebenarnya kedai ni aku ingin hadiahkan untuk freen orang yang masih aku cintai disaat ini tapi tidak kesampaian.
Tidak lama lagi, freen akan ulang tahun aku ingin memberi hadiah padanya, hadiah yang paling istimewa.
3 hari kemudian
Aku menutup kedai ku awal, aku berniat ingin pergi ke mall untuk membeli sesuatu untuk freen dimana hari ini adalah hari ulang tahunnya.
Perjalanan Chiang mai ke Bangkok mengambil masa 1 jam, aku melajukan motor ku ke mall.
Di mall
Aku masuk ke sebuah kedai untuk memberi sesuatu disana, setelah selesai aku terus pulang ke kedai untuk membungkusnya di kedai ku.
"Siap"
Kata ku tersenyum sambil melihat bungkusan itu dengan dihiasi oleh bunga tulip putih kesukaannya.
Malam hari
Aku bersembunyi disebalik pokok, aku terpaku melihatnya yang begitu cantik memakai gaun berwarna merah. Dengan rambut yang ikat di belakang.
'Kau selalu membuat hati aku berdegup kencang freen memandang wajahmu membuatku selalu tenang dan selalu membuat ku bahagia' ucap ku dalam hati.
Senyuman aku terus mati apabila melihat seorang lelaki di sampingnya.
"Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis ulang tahun anak saya, saya bersyukur pada Tuhan kerana mengizinkan saya untuk membuat majlis untuk anak kesayangan saya" kata papa freen
Semua tetamu menepuk tangan.
"Saya juga ingin membuat pengumuman, saya dan anak saya telah bersetuju ingin melangsungkan perkahwinan anak saya pada hari Ahad minggu depan"
Deg
Jantung ku seakan berhenti berdetak, air mataku mengalir begitu saja apabila mendengar pengumuman bahawa freen akan berkahwin pada Ahad minggu depan.
Hadiah yang aku pegang terjatuh di atas rumput aku terus berlari meninggalkan rumah itu dengan hati yang terluka.
Ada seseorang mengambil hadiah ku tanpa aku sedari kehadirannya.
Aku melajukan motorku membelah jalan, aku meraung melepaskan apa yang aku pendam di dalam hatiku.
'Maafkan aku freen hiks...'
Bersambung...
Tq 😊
YOU ARE READING
FIRST AND LAST
RomanceBecky dan freen telah menjalin hubungan cinta selama 11 tahun namun disaat freen ingin melamar Becky betapa hancurnya hatinya melihat becky sedang berselingkuh di belakangnya.