Freen menatap lekat wajah pucat becky. Freen menyentuh dahi freen.
"Ya tuhan panasnya" kata freen saat tangannya merasakan suhu badan Becky terlalu panas kerana demam.
Freen bangun dari duduknya sebelum dia ingin melangkah dia terkedu melihat makanan yang becky makan itu adalah makanan yang sepatutnya becky elakkan.
Freen kembali melangkah ke dapur untuk mengambil bekas dan tuala.
Freen kembali duduk sebelah becky sambil memerah tuala lalu dia membasahi wajah becky.
Becky sudah tertidur kerana penat setelah mengeluarkan isi dalam perutnya.
"Kenapa kau menyiksa kan diri kau sendiri bec?" Tanya freen sambil mengelap wajah becky.
Becky tidak menjawab pertanyaan freen kerana dia sudah terlelap.
"Kau tahu kau tak boleh makan seafood tapi kenapa kau memakannya juga" kata freen sambil membuka butang baju becky untuk membersih tubuh Becky.
Becky menukar posisi tidur dengan memeluk pinggang freen, freen tersentak terkejut dengan tindakan Becky.
Namun tidak lama freen tersenyum sambil mengusap lembut kepala becky. Freen mencium dahi Becky.
Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam
Becky mula terbangun dari tidur, dia membuka matanya perkara yang pertama dia lihat adalah freen yang berada di dalam dakapannya.
Becky tersentak terkejut dia menarik tangannya dari memeluk pinggang freen.
Freen mula membuka matanya apabila merasakan sesuatu yang mengganggu tidurnya.
"Bec kau dah sedar macam mana keadaan kau?" Tanya freen
"Macam mana kau boleh berada disini?" Tanya becky.
"Aku ikut irin tadi" jawab freen lalu dia melihat kearah meja makan.
"Kau tak boleh makan seafood tapi kenapa kau makan juga?" Tanya freen.
"Bukan urusan kau, kita dah tak ada apa² hubungan" kata Becky sambil menuruni katil.
"Kau yang buat onar becky"
"Kalau aku membuat onar kenapa kau ada dekat sini?"
"Salah ke kalau aku datang nak jumpa kau?" Tanya freen.
"Tak perlu freen kau dah ada tunang, pergi lah balik kasihan tunang kau menunggu kau" kata Becky walaupun hatinya terasa sakit menyebut perkataan tunang.
"Okay fine"
Freen bangun dari duduknya lalu pergi, becky terdiam melihat punggung freen yang sudah menjauh darinya.
"Maafkan aku freen... Maafkan aku Hiks" ucap becky sambil mengusap wajahnya kasar.
Dia tidak ingin menjadi orang yang pentingkan diri, dia ingin melihat freen bahagia walaupun dia yang menderita.
Freen tertidur di dalam kereta, dia tidak meninggalkan Becky sendiri. Dia takut terjadi sesuatu pada becky.
Freen tersedar dari mimpinya apabila dalam mimpinya Becky sedang menoreh tangannya.
'Ya tuhan untung itu cuma mimpi' kata freen sambil mengusap wajahnya namun seketika dia menatap kearah kedai Becky yang masih cerah.
Freen melihat jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.
'Dia buat apa jam dah pukul 2.30 pagi' Guman freen lalu dia keluar dari kereta dan berjalan menuju ke kedai becky.
Becky sedang memegang pisau lalu dia ingin menoreh tangannya sendiri namun tindakannya itu terhenti apabila freen memarahi becky dan merampas pisau dari tangan Becky.
"BECKY!!!!" Jerit Freen
"Apa yang kau buat ni kau dah gila ke?" Marah freen.
"Kau tak perlu peduli kan aku freen, pergi lah uruskan diri kau sendiri kita dah tak apa² hubungan kau tak boleh halang aku" kata Becky cuba merampas pisau itu dari tangan freen namun.
Pap
Satu tamparan hinggap di pipi Becky.
Bersambung....
TQ 😊Sorry ya kalau saya asyik tambah novel yang lain saya sendiri confuse dengan otak saya, belum selesai yang lain tulis yang lain😭
YOU ARE READING
FIRST AND LAST
RomanceBecky dan freen telah menjalin hubungan cinta selama 11 tahun namun disaat freen ingin melamar Becky betapa hancurnya hatinya melihat becky sedang berselingkuh di belakangnya.