"Freen"
"Kau busy tak?" Tanya freen.
"Tak kenapa?"
"Aku nak bercakap dengan kau sekejap boleh?" Tanya freen.
Kembali ke becky
Tiba² terlintas dalam fikiran becky tentang rat.
FLASHBACK
Sebelum becky pergi ke rumah freen, dia tidak sengaja melihat seorang wanita sedang bercakap dengan rat.
Dia mendengar perbualan mereka secara perinci.
'Jadi ni alasan dia nak kahwin dengan freen' Guman becky lalu dia pun pergi dari kawasan itu sebelum kedua pasangan itu menyedari kehadirannya.
FLASHBACK END
'Apa yang perlu aku lakukan, patut ke kalau aku bongkarkan rahsia diorang' Guman becky.
Kembali ke irin.
Irin dan freen sudah berada di cafe yang terdekat dengan kedai becky.
"Freen nak tanya apa pada irin?" Tanya irin.
"Sebelum becky kantoi dengan aku, dia ada bagitahu kau apa² tak?" Tanya freen.
"Bagitahu apa? Tak ada" tanya irin.
"Kau kawan dia takkan kau tak tahu?" Tanya freen. Dia pasti irin pasti tahu pasal becky tapi dia tak nak memberitahu freen.
"Betul tak ada" jawab irin setenang yang mungkin.
"Irin aku hanya nak tahu perkara yang sebenar je, jangan sampai aku cari tahu sendiri kalau tak kau tahu sendiri apa yang aku akan lakukan" ugut freen
Irin menelan ludahnya, dia takut dengan ancaman freen tapi dia telah berjanji pada kawannya agar merahsiakan perkara ni dari freen.
"Baiklah kalau kau tak nak bagitahu aku, kau jangan marah pada aku kalau terjadi sesuatu pada hubungan kau dengan noey"
Irin mendongak terkejut.
"Aku tahu hubungan kau dengan Noey, family korang tak tahu lagi pasal hubungan korang kan" kata freen sambil bangun untuk meninggalkan irin tapi lantas di tahan oleh irin.
"Tunggu, freen please irin merayu jangan bagitahu family irin pasal ni please" rayu irin.
Sebenarnya hubungan irin dan noey sudah lama berlangsung tapi keluarga irin dan noey tidak tahu hubungan diorang.
Kerana kedua keluarga itu tidak akan menyetujui hubungan sejenis jadi irin dan noey bersepakat untuk tidak memberitahu keluarga mereka.
"Okay aku takkan bagitahu dekat family korang tapi dengan syarat kau bagitahu aku apa rahsia becky"
Irin terfikir sejenak.
'Apa yang perlu aku lakukan kalau aku bagitahu freen pasti becky marah dekat aku tapi kalau hubungan aku dengan noey diketahui oleh family aku macam mana? Ya tuhan kenapa kau bagi ujian kepada ku'
Melihat irin terdiam freen ingin melangkah pergi tapi langkahnya berhenti apabila irin akan memberitahunya.
"Okay... Baiklah"
Freen pun duduk kembali.
"Sebenarnya alasan becky putuskan hubungan korang sebab dia malu, dia tak nak freen tahu pasal status dia anak luar nikah"
'Jadi betullah apa yang mommy cakap becky bukan anak kandung diorang' Guman freen.
Drttt
Freen berhenti dari lamunannya apabila menyedari telefonnya berdering.
Freen mengangkat panggilan itu.
"Hmm nak apa?"
......
"Baiklah Kejap lagi aku kesana"
.....
Freen mematikan panggilan itu lalu dia meminta diri dari irin.
"Aku kena balik Bangkok rat tengah tunggu aku, kitorang janji nak ambil baju kahwin kejap lagi... Thanks sebab dah bagitahu aku" kata freen dia tersenyum sebelum pergi meninggalkan irin.
......
"WHAT kau dah bagitahu freen"
"Aku minta maaf bec dia ugut aku, dia akan bagitahu family aku pasal hubungan aku dengan noey kalau aku tak cakap apa alasan kau putuskan hubungan korang" kata irin.
Bersambung....
TQ 😊 sorry kalau kurang memuaskan hati korang semua
YOU ARE READING
FIRST AND LAST
RomanceBecky dan freen telah menjalin hubungan cinta selama 11 tahun namun disaat freen ingin melamar Becky betapa hancurnya hatinya melihat becky sedang berselingkuh di belakangnya.