Rahsia yang Terbongkar

6 2 0
                                    

Keesokan paginya selepas kejadian mengerikan di hutan, Harry bangun dengan kepala yang masih berdenyut-denyut. Dia tidak dapat menghilangkan gambaran sosok yang minum darah unicorn itu dari fikirannya. Dia tahu, dia harus menceritakan semua yang berlaku kepada Ron, Hermione dan Draco secepat mungkin.

Ketika waktu rehat tiba, mereka berempat duduk di sudut paling jauh di perpustakaan. Harry memandang Ron, Hermione dan Draco dengan wajah yang tegang, bersedia untuk memberitahu mereka semua yang dia alami malam tadi.

"Aku nak ceritakan sesuatu," Harry mula bercakap perlahan, memastikan tiada siapa yang mendengar mereka. "Semalam lepas latihan Quidditch, aku ternampak Snape masuk hutan terlarang dan aku ikut dia ke hutan tu. Aku guna jubah ghaib."

"Apa?!" Hermione hampir menjerit tetapi cepat-cepat menutup mulutnya. Draco dan Ron juga kelihatan terkejut tetapi mendiamkan diri.

Harry mengangguk, menelan air liurnya sebelum menyambung. "Aku nampak dia bercakap dengan seseorang yang aku tak kenal—orang tu pakai jubah hitam. Mereka cakap tentang 'tuan mereka' dan Batu Bertuah. Aku rasa Voldemort sedang merancang sesuatu dengan Snape untuk curi Batu tu. Dia mungkin cuba berikan Batu Bertuah tu kepada Voldemort."

Hermione diam, memproses apa yang Harry baru sahaja ceritakan. Dia tampak ragu-ragu. "Tapi, macam mana awak boleh yakin, Harry? Mungkin Profesor Snape tak berkerja untuk awak-tahu-siapa..."

"Itu bukan semua," Harry menyela, suaranya semakin tegang. "Selepas saya dengar perbualan mereka, saya ternampak sesuatu di hutan. Ada makhluk putih terbaring di bawah pokok—seekor unicorn. Ia dah mati. Dan saya nampak sosok misteri sedang minum darah unicorn tu."

"Darah unicorn?" Ron bertanya dengan nada ngeri. "Siapa yang sanggup buat macam tu? Kau tahu tak, Harry? Darah unicorn boleh buat orang tak mati, tapi akan hidup dalam kesengsaraan."

"Aku tak tahu siapa dia, tapi dia perasan aku. Nasib baik ada centaur yang datang selamatkan aku. Centaur itu cakap ada sesuatu yang besar sedang berlaku di Hogwarts. Dan dia tak ragu-ragu, ini semua ada kaitan dengan Voldemort."

Draco memandang Harry dengan lebih tajam dan serius. "Beraninya kau sebut nama dia, Potter. Apa-apapun, kau rasa Profesor Snape bekerja untuk Kau-tahu-siapa, dan sosok yang kau nampak tu mungkin Kau-tahu-siapa sendiri?"

Harry mengangguk. "Aku tak pasti, tapi semuanya berkaitan. Snape dan orang misteri tu sedang merancang sesuatu, dan aku rasa mereka sedang cari Batu Bertuah."

-

Selepas mendengar cerita Harry, mereka tahu mereka perlu bertindak segera. Selepas kelas selesai, mereka berempat menuju ke pondok Hagrid untuk mendapatkan lebih banyak jawapan. Hagrid sedang memberi makan Fang ketika mereka tiba.

"Apa yang kamu semua buat di sini?" tanya Hagrid, melihat wajah mereka yang kelihatan tegang.

Harry memutuskan untuk terus terang. "Pak Cik Hagrid, kami rasa Snape nak curi Batu Bertuah. Saya nampak dia di hutan malam tadi, dan ada sosok misteri yang minum darah unicorn."

Hagrid berhenti sejenak, wajahnya tiba-tiba kelihatan tegang. "Profesor Snape lagi? Korang salah, Profesor Snape salah seorang profesor yang jaga Batu Bertuah tu. Dia takkan curi sesuatu yang dia kena lindungi."

Hermione terkejut mendengar hal itu. "Profesor Snape jaga Batu Bertuah?"

"Ya," Hagrid mengangguk tegas. "Dia salah seorang profesor yang terlibat dalam penjagaannya. Korang tak boleh terus tuduh dia tanpa bukti."

"Tapi, Hagrid, macam mana dengan anjing kepala tiga di tingkat tiga?" tanya Ron, wajahnya serius. "Profesor Snape juga terlibat dengan penjaga anjing tu?"

Harry Potter (Bayangan Hogwarts)Where stories live. Discover now