Di dalam sebuah rumah di Privet Drive, tinggal sepasang suami isteri yang bernama Vernon Dursley dan Petunia Dursley. Mereka memiliki seorang anak lelaki yang berbadan gempal bernama Dudley Dursley. Mereka terlihat seperti sebuah keluarga bahagia pada umumnya yang sangat menyayangi dan memanjakan anak mereka, sungguh menunjukkan ciri-ciri ibu bapa yang baik. Namun, siapa sangka di dalam rumah tersebut, ada seorang lagi budak lelaki yang berbadan kecil, kurus, mempunyai rambut yang kusut dengan mata yang berwarna hijau dan berkaca mata. Tiada satu pun tanda yang menunjukkan bahawa budak lelaki itu berada di dalam rumah tersebut. Budak lelaki itu ialah Harry Potter, seorang ahli sihir - tanpa pengetahuannya, yang menurut keluarga Dursley sebagai orang pelik. Keluarga Dursley sangat tidak menyukai apa-apa hal yang berkaitan dengan sihir, sebab itulah Harry tidak pernah dianggap wujud di dalam rumah itu. Mereka jelas tidak menyukainya. Harry sedar dia sudah tidak mempunyai ibu bapa, dan pakcik serta makciknya terpaksa menjaganya sejak dia masih bayi, 'tambahkan beban kami saja,' seperti kata pakciknya yang sering Harry dengar ketika lelaki itu sedang berleter.
Selama sebelas tahun Harry menjalani hidup seperti seorang muggle (mereka yang bukan ahli sihir), dia tidak pernah sedikitpun tahu bahawa dia seorang ahli sihir yang amat terkenal di dunianya (dunia sihir) sehinggalah dia didatangi seorang lelaki yang bersaiz tiga kali ganda lebih besar dari saiz manusia biasa, yang memberitahu bahawa dia diterima masuk ke Hogwarts - sekolah ahli sihir yang terkenal di Scotland. Pada mulanya, Harry menyangkal kerana baginya itu tidak masuk akal tetapi Hagrid, si lelaki gergasi menyakinkannya. Hagrid memberikan sepucuk surat yang tertera lambang sekolah Hogwarts di atas sampulnya, yang berisikan penerimaannya ke sekolah dengan barang-barang yang perlu dibeli olehnya. Akhirnya, Harry bersetuju untuk mengikut Hagrid, walaupun ditegah keras oleh Dursley.
Keesokan harinya, Harry mengikut Hagrid ke Diagon Alley, sebuah tempat membeli belah di London. Mereka menuju ke Gringotts , sebuah bank sihir untuk mengambil duit peninggalan ibu bapa Harry yang juga merupakan seorang ahli sihir. Setelah itu, Harry menuju ke kedai Madam Malkin, sebuah kedai yang menjual jubah sementara Hagrid ke Leaky Cauldron untuk membeli minuman. Harry masuk ke dalam kedai dan disapa oleh pemiliknya. Dia juga pergi ke bahagian belakang kedai untuk mengukur saiz jubanya. Di sana, dia melihat seorang budak lelaki berambut putih keperangan sedang duduk di atas sebuah kerusi kecil. Harry pergi ke arahnya.
"Hai, Hogwarts juga?" sapa budak lelaki itu.
"Ya." jawab Harry.
"Ayah aku ada di sebelah beli buku. Ibu pula di kedai lain belikan tongkat. Mana mak ayah kau?" tanya budak itu sambil melirik ke arah Harry yang sedang memakai jubah.
"Aku tak datang dengan mak ayah aku." jawab Harry kaku, bingung untuk menjawabnya.
"Ouh, lepas ni, aku akan ajak ayah aku pergi ke kedai penyapu. Nak minta dia belikan penyapu terbang walaupun aku tahu yang pelajar tahun pertama tak boleh bawa penyapu. Kau main Quidditch?" tanyanya lanjut.
"Tak." jawab Harry yang ingin bertanya balik kepada budak lelaki itu 'apa itu Quidditch?' tetapi segera mengurungkan niatnya. Ouh, dia terasa bodoh sekarang.
"Aku main, tapi tak ada pelajar tahun pertama yang dipilih untuk bermain Quidditch. Ayah cakap kemampuan aku dalam permainan Quidditch luar biasa, sangat disayangkan kalau aku tak dipilih dalam pasukan asrama aku."
"Dah tahu kau asrama mana?" tanyanya lagi. Harry hanya menggelengkan kepalanya.
"Aku harap aku di Slytherin. Semua keluarga aku masuk ke Slytherin. Kalau aku masuk ke Hufflepuff, aku akan minta ayah pindahkan aku ke sekolah lain." katanya sambil bergidik ngeri.
"Kau nampak orang itu?" tanya si budak lelaki sambil memandang seorang lelaki di luar tingkap kedai.
"Itu Pak Cik Hagrid." jawab Harry sambil melihat Hagrid di luar tingkap sambil memegang aiskrim.
YOU ARE READING
Harry Potter (Bayangan Hogwarts)
PertualanganBagaimana jika Harry Potter, Ron Weasley, dan Hermione Granger menjadi sahabat dengan Draco Malfoy, seorang ahli sihir berdarah murni? Ikuti petualang Harry Potter bersama tiga rakannya dalam menumpas kuasa jahat, si raja kegelapan. - Semua karakter...