01- HAIINARA

25 1 2
                                    

‼️Cerita ini tidak memiliki sebarang tapisan . Kata-kata kesat tidak ditapis.Diharapkan pembaca membaca dengan bijak.
.

.
.

Sebaik saja kaki Inara keluar dari Family mart dia merasa dirinya terlanggar seseorang.Habis kuah odennya terkena baju makhluk dihadapannya itu.Membulat matanya dek terkejut.

"eh,eh..sorry saya tak sengaja-"Kata Inara,meraba raba untuk mencari orang itu menggunakan tongkat dia.

"apa you ni? You buta ke camne,i yang besar gedabak macam ni you tak nampak.Tak cukup tinggi ke i ni sampai you boleh langgar?"Kata suara garau lelaki itu.Berdecak kesal. Sudahlah bajunya ni bewarna putih. Eh terkena pula kuah oden. Rosak serta merta harinya yang indah ini.Isy tak sukalah! Jerit hati jantannya

Inara jongket sebelah keningnya. Aik,mamat ni tak nampak ke yang aku pegang tongkat ni?Inara peluk tubuh.Mulut dimuncungkan macam mukut itik . Matanya menyipit.

"Hey kamu. Saya ni buta,awak tu yang salah sebab jalan tengok phone!"Katanya mencebik. Jarinya ia tundingkan pada lelaki itu.

Zup! Tersentak lelaki itu dek pengakuan Inara,mata hazel nya perlahan-lahan turun ke tangan Inara.perasan tongkat yang digunakan Inara.

"Ekhem..macam mana you tahu i ni main phone? You scammer eh? Guna alasan buta bagai. Buta betul - betul baru tahu!"Kata lelaki itu,tak mau kalah.Alahai pagi-pagi buta lagi dah buat drama dekat depan family mart diaorang ni. Tak ada keje lain agaknya.

Panas je hati Inara,nak je dia ketuk kepala mamat ni pakai tongkat dia.Dia tak tahu ke buta tu ada pelbagai jenis? Eeeee, geramnya!!

"Awak, tak semua buta dia nampak gelap je. Buta saya ni jenis buta tak sepenuhnya."Terang Inara geram.Saja dia tekan ayat itu.

Tercenggang lelaki itu, yelah dia ni doktor tapi tak tahu. Ala tapi dia bukan doktor department mata pun,so wajarlah kan tak tahu?Baru saja mau buka mulut untuk mencelah, Inara sudah menolaknya ketepi.Lewat sudah dia hendak pergi kolej kursus orang-orang buta macam dia ni.

Tengku Haiyan Evans namanya. Dia memandang gadis itu pergi,ada sesuatu pada diri gadis itu yang dia sendiri tidak tahu dan tidak dapat ungkapkan apa itu.

Masa berlalu begitu pantas. Tau tau je dah gelap gelita langit ni. Lamborghini Aventador bewarna hitam itu berhenti dihadapan mini market. Yaallah satu hari dia tak makan atau tak sempat nak jamah pun makanan kerana terlalu banyak patient di hospital tadi . Harini hari accident sedunia ke? Riuh rendah keadaan hospital tadi. Inilah pengorbanan doctor . Tak dapat nak rehat sesaat pun demi rakyat Malaysia yang sedang bertarung antara hidup dan mati.

Dia melangkah keluar dari kereta mewahnya itu dan melangkah masuk kedalam mini market tersebut,beberapa roti disambar juga air mineral dan Nescafé didalam ten diambilnya.Tangannya juga gatal mengambil Cadbury dan kitkat.Segera dia berjalan ke cashier.

"how much?"Dingin saja suaranya,Penatlah beb! Rambut diraup kebelakang sementara menunggu cashier ni kira barang dia. Tersengih gedik gedik cashier berbangsa cina itu mengscan barangnya.

Haiyan menahan agar tidak memutar matanya keatas.Lembab macam siput betul betina ni. Sinis hatinya padahal bibir hanya mengukir senyuman manis. Dahsyat munafik kau ni Yan!

Disisi lain.Inara mengetuk pintu rumahnya kuat tidak peduli jika jiran sebelah terganggu dengan ketukannya,beberapa ketika yang lalu dia dipukul oleh ayahnya yang mabuk dan beg yang berisi pakaiannya dicampak oleh ibu tirinya.Tidak peduli sedikitpun akan rayuan anak kandungnya.Tega sekali seorang ibubapa seperti mereka membuangnya.

Dikesat perlahan air matanya meskipun air matanya tak kunjung berhenti memainkan peranan menyurahkan air mata oleh kerana sakit di hatinya.Diambil begnya. Yaallah,macam mana aku nak jalan pergi rumah Tasha kalau macam ni?sudahlah tongkat dan telefonnya pun masih didalam.

Beberapa minit berjalan,menggunakan penglihatannya yang tidak jelas,Inara rasa dia sudah berada di jalan besar. Dihadapan sana ada lampu,senang sikit nak minta tolong orang hantarkan kerumah kawan baiknya.

Dia melintas saja,dan tiba tiba dia rasa disebelah kirinya ada lampu cerah dan bunyi hon kuat masuk ketelinganya. Membingitkan sekali.Dia terkejut bukan main. Kakinya terasa digam.Badannya beku serta merta dan tiba-tiba..

Zup

Pinggang Inara ditarik oleh satu tangan besar. Dia berada didalam dakapan lelaki itu.Berdegup kencang jantungnya.Dia mendengar degupan jantung itu pon tak kalah kuat.

Perlahan dia mendongak memandang lelaki itu. Meskipun dia buta still dia bukan buta sepenuhnya macam orang buta lainnya yang cuma nampak hitamm je.Membulat kecil matanya bila menghidu bau perfume mahal yang terasa familiar dihidungnya.

Bau perfume ni...lelaki pagi tadi ke...?

...
TBC

HAIYAN EVANS (OG)Where stories live. Discover now