"Astaghfiruallah hal azim.. Haidar! Inara!" Jeritan lantang dari Ku Laila mengejutkan kedua-dua manusia itu.
"eh,hai mummy" Tersengih-sengih Haidar memandang ibunya yang bercekak pinggang dan Hail yang meraup mukanya kasar.Jantan ni, sekali kalau tak buat masalah memang tak lengkap ke hidup dia tu?
"Dah balik dari pasar ke,laa awalnya."Kata Haidar tersenyum tidak bersalah.
Inara hanya tersengih-sengih.
"Jangan nak hai-hai bagai korang berdua buat apa dekat atas tu? Sorang dekat pokok kelapa,sorang dekat pokok rambutan.Apa masalah ni? Stress sangat ke sampai atas pokok jugak korang nak berhealing?"Omel Ku Laila ada-ada saja perangai anak-anaknya ini.
Inara pun satu. Macam mana dia boleh dekat atas pokok rambutan? Bukan calang-calang bakal menantu aku ni.Desis hati Ku Laila.
"Kau tak serik-serik ke,Dar? Haritu baru je lepas jatuh pokok nasib baik tak jadi apa-apa,kalini nak jatuh sampai patah ke kaki tu baru engko nak serik? Setakat panjat pokok nak patah kaki,aku boleh patahkan kaki kau,nak aku patahkan leher kau sekali sampai berpusing 360° pon tak ada masalah. Ha boleh aku suruh daddy tempah liang lahad kau awal-awal." Ambik dia.Dengan satu nafas Hail membebel, mengalahkan perempuan mengandung betul dia punya mood swing ni.
"Kau pun Inara.Dah kenapa? Otak tu dah jadi tak betul macam jantan ni jugak?"Lah,kite pun kene jugak ke?
Inara mencebik. Amboi,suka-suki daisuki dia je kata kite tak betul. Kita betul lagilah. Waras,sihat walafiat lagi. Wayar dekat sel otak ni still bersambung,wat lek dahlah.
"Ala,Nara teringin nak makan rambutan hasil petik guna tangan sendiri. Tu Inara panjat. Nampak best je tengok Abang Haidar panjat-panjat pokok macam kera. Teringin jugak kita."Tersengih-sengih Inara jelaskan.
Hail dengan Ku Laila dua-dua mengeluh panjang. Sabar jelah.
"Suami kau mana? Bukannya sekarang sepatutnya shift dia dah habis ke?" Soal Hail sambil sambil membelek jam ditangannya.
Yup guys' S.U.A.M.I ler. Pengantin baru,baru kawin 4 minggu lepas. Nangis la korang Haiyan dah kene kebas. But don't worry, Hail Dan Haidar still available. Kalau nak Tengku Haydrian pun available lagi. Kah kah kah. Tapi kene langkah mayat Ku Laila dulu lah.
Seketika terdengar ada seseorang jatuh. Masing-masing menoleh kearah suara itu. Melopong mulut Ku Laila. Anak dia yang paling cool dan normal jatuh dari pokok.Haiyan panjat pokok Mangga.
Haiyan meraup wajahnya. Yaallah jatuhlah image aku sebagai keluarga Evans paling waras kekgi. Memang kene bahan la sampai ada anak,cucu,cicit. Yaallah, please paparazzi jangan ada dekat kawasan rumah agam ni. Jangan ambik gambar or video aku jatuh please.
Inara dengan Haidar dah gelak sakan atas pokok. Amboi. Sedap gelakkan orang,kene karma nanti baru tahu.
Ku Laila jatuh pingsan. Yaallah sesungguhnya aku penat berada didalam keluarga tak betul ni. Alhamdulillah,syukur Hail masih normal. Kalau tidak memang nak join ayah dekat underground.
"mummy!!!"
Inara termenung memandang wajahnya dicermin. Meskipun dia tidak dapat melihat sepenuhnya dirinya di pantulan cermin itu.
Tanpa disadarinya ada tangan yang memeluknya dari belakang. Haiyan meletakkan dagunya dikepala Inara. Menghidu aroma rambut si isteri yang membuatnya dibuai.
"hey bro,wazzup pe kabar?" Inara ketawa kecil. Ih cweet la cuami kite ni. Kan best kalau dapat tengok muka dia.
"Angè...kau taknak buat rawatan mata ke? Hospital tu hospital aku,angè. " Ujar Haiyan.
YOU ARE READING
HAIYAN EVANS (OG)
Science Fiction"I can't wait to be stuck with you forever, Mon Angè."-Tengku Haiyan Evans Inara Lavina.Gadis biasa yang menghidap penyakit cacat penglihatan sejak kecil.Dibenci oleh keluarga kandungnya sendiri.Kehidupannya tidak ubah seperti berada dineraka didal...