03 - HAIINARA

12 0 2
                                    


Pintu rumah agam itu perlahan didorong,Haiyan mengistiharkan Inara untuk masuk dahulu. Dengan gugup Inara melangkah masuk kedalam rumah agam itu.

Ku Laila,yang merupakan ibu Haiyan segera menghampiri Inara dan memeluk tubuh gadis itu. Tersentak Inara dibuatnya .

"Masyaallah..ni ke Inara..?"Ku Laila membelek belek wajah cantik Inara. Sementara Inara hanya mampu tersenyum kekok dek perbuatan mummy Haiyan ni.

"Sebiji macam arwah Lily.."Kata Tengku Haydrian yang berjalan kesamping isterinya.Bahu Ku Laila dipeluknya.

Inara terheran sendiri.Ku Laila dan Tengku Haydrian kenal ke ibunya?Walhal dia sendiri tak pernah berjumpa ibunya kerana dia meninggal setelah melahirkan Inara.

Melihat kerutan di dahi Inara membuat Ku Laila tersenyum kecil. Seakan tahu apa yang bermain di kepala gadis muda itu.Ku Laila menarik lengan Inara menuju ruang tamu. Memimpinnya ke sofa mewah itu.

Mereka berdua melabuhkan punggung di sofa mewah di ruang tamu itu. Tangan Ku Laila setia berada di tangan Inara. Matanya cermat mengamati gadis dihadapannya. Meneliti setiap bentuk paras cantik itu yang mengingatkannya pada Lily Dayana. Sahabat baiknya yang dari bangku sekolah rendah lagi .

"mm.. mummy.. mummy tak kisah ke Inara duduk sini..?"Tanya Inara. Tiba tiba terkena syndrome gagap apabila perkataan 'mummy' dia tutur. Maklumlah,tadi dalam kereta Haiyan dah warning awal-awal pada Inara untuk memanggil Ku Laila dengan sebutan mummy. Inara hanya mampu menurut.

"Of course la mummy tak kisah.. kedatangan Inara..sangat dialu-alukan."Kata Ku Laila dengan senyuman lebar.

"mummy..."Terasa sebak pula. Kenapa wanita ini begitu baik terhadapnya padahal baru saja bertemu. Dia ni..orang asing kut. Senang senang je Ku Laila terima strangers macam dia ni.

"Inara.. mummy ni dengan mama kamu..rakan baik dulu. Sangat rapat. Macam kulit dan isi. Kemana-mana saja berdua. Dari sekolah rendah sampaila bekerja sampailah university, sampai dah kahwin pon melekat sama."Tersenyum tipis Ku Laila.

Inara membuat muka terkejut.Benarkah? Rakan baik?

Ku Laila tertawa kecil. Barangkali teringat moment dirinya bersama Lily sewaktu sahabatnya itu masih hidup.

"dahlah. Inara pergi naik ke bilik dekat atas. Anggap je macam rumah sendiri.Nanti mummy suruh maid hantar Inara masuk bilik. Kalau nak apa-apa tanya je dia. Rehatlah ye. Besok kita borak lagi."Kata Ku Laila dengan lembut.

Pembantu rumah yaitu kak Suraya memimpin Inara ke biliknya ditingkat dua.

Pagi dengan cepat menjelang,Inara awal-awal dah turun untuk membantu Ku Laila membuat sarapan. Maklumlah,dah duduk rumah orang kan..takkan nak tidur terbongkang pukul 12 baru nak bangun,nanti tak ada sape nak jadikan menantu.

Pagi-pagi lagi suasana dalam rumah agam itu riuh-rendah. Suara orang bergaduh ditingkat dua seakan mampu menggegarkan seisi rumah.

"Er.. siapa tu mummy?" Tanya Inara ragu-ragu. Yelah dia ingat Haiyan ni anak tunggal. Tak tahu pula Haiyan ada adik-beradik. Maklumlah biasanya keluarga Royal ni kebanyakannya anak satu je. Paling banyak pun dua. Menurut novel lah, betul tak?

"Bala keluarga ni,nanti kau tahu lah"Ujar Haiyan yang sedang menikmati kopinya sambil matanya focus pada MacBook nya. Disebelahnya Tengku Haydrian juga sedang menikmati kopinya sambil matanya tertumpu pada kertas kerja ditangannya. Like father like son betullah diaorang ni.

Tiba-tiba kedengaran bunyi gedebuk dari arah tangga. Seakan ada yang jatuh dari tangga. Automatic mata ketiga-tiga manusia di dapur tadi tertuju kearah tangga.

HAIYAN EVANS (OG)Where stories live. Discover now