B a b 1 : offer

19 3 0
                                    

               Komputer riba ditutup sebaik sahaja mesyuarat bersurai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Komputer riba ditutup sebaik sahaja mesyuarat bersurai. Seorang demi seorang keluar meninggalkan ruangan bilik mesyuarat itu kecuali Noah dan juga rakan yang lain. Masing-masing masih melakukan tugas mereka menatap skrin komputer dan juga kertas-kertas dokumen penting mengenai hotel di Venice, Italy. Meskipun hotel yang dibina sudahpun bertaraf antrabangsa, masih banyak lagi yang mereka mahu memperbaikkan lagi dan menaik-taraf hotel tersebut untuk keselesaaan pelanggan.

               "Tadi mama call, ajak dinner sekali. Join?," soal Noah. Memecahkan keheningan bilik mesyuarat tersebut. K dan juga yang tadinya asyik dengan kerjanya, angkat muka memandang mereka dua.

               "No, thanks. Aku ada hal malam ni," ucap Carl. Tak semena-mena Noah mengela keluhan perlahan. Sudah dia mengagak. Rakannya ini kalau boleh mengelak, itulah yang dia akan lakukan. Meskipun Carl sekadar anak angkat dikeluarganya, mama dan papanya tetap melayan Carl sepertimana dia dan juga adik beradiknya yang lain. Cumanya Carl, cukup sukar untuk menerima orang-orang sekelilingnya oleh kerana satu trauma pada masa kecilnya. Ditinggalkan oleh ibu kandungnya sendiri di pusat jagaan kanak-kanak.

Komputer miliknya dan juga fail-fail penting dimasukkan kedalam briefcase miliknya. Selesai sahaja itu, briefcase nya itu disimpan kedalam beg galasnya sebelum dia bangun dari duduknya. Tidak menghiraukan langsung akan orang-orang yang melihat akan tindak tanduknya yang sekarang.

               "Aku pergi dulu," ujarnya sebelum meminta pamit untuk beredar pergi. Meninggalkan ruangan bilik mesyuarat tersebut tanpa berpaling. Sedikitpun tiada perasaan pada riak wajahnya.

__________

Baju bedah yang dikenakan olehnya seharian ini dihidu sekali dua. Huh, masyam! Masyam-masyam manja gitu. Alah, ini biasa sahaja baginya. Bukan tak mahu mandi, tetapi tiada masa untuk nya membersihkan diri. Hari ini sahaja dia ada tiga schedule pembedahan yang mengambil masa lebih dari enam jam. Mahu patah sudah badannya ni seharian berdiri. Lehernya sahaja sudah terasa sakit gara-gara melakukan pembedahan.

Badan dan juga kotak fikirannya kini sudah mencari kasur untuk dia merehatkan diri dan berehat. Tapi apakan daya, dia ada satu tabiat yang dia selalu buat sebelum dia rehatkan diri. Iaitu, mandi. Dia tak boleh tidur terus tanpa membersihkan diri. Badan rasa berlengas, rasa sangat-sangat tak selesa!

Bila sudah terlampau penat, kalau dia tak mandi juga memang tak boleh. Nak tak nak, dia perlu mandi juga.

               "Teng Teng, I pergi mandi dulu tau. Badan dengan badan I dah tak larat sangat-sangat dah," ujar Aisy dengan mata yang separuh buka. Sumpah! Dia benar-benar dah tiada energi dah badan dia sekarang ni. Nak tercabut dah kaki dia ni.

Rakan sekerjanya itu sekadar tersenyum nipis terhadapnya. Tahu lah apa yang dimaksudkan Aisy itu padanya. Sudah sekitar enam tahun dia kenal dengan Aisy, sudah dia tahu tabiat rakan baiknya itu kalau sudah diberi hint 'mandi' kepada dia.

Mrs. Carl: My Nonchalant Husband Where stories live. Discover now