Bab 2 : Kemalangan

19 2 0
                                    

               Kardigan berwarna ungu disarungkan ke tubuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kardigan berwarna ungu disarungkan ke tubuh. Pakaiannya serba ringkas sahaja, cukup mengenakan t-shirt putih, jeans hitam dan crocs menjadi pilihan dia. Malas nak bergaya lebih-lebih. Nak balik apartment dia sahaja untuk kemas barang apa yang patut untuk berangkat ke Vietnam untuk misi kemanusian pada esok hari.

Pasal misi kemanusiaan tu? Kecoh dah satu hospital ni semua orang tahu. Dan senarai doktor yang mengikuti misi kemanusiaan itu pun sudah dipaparkan kepada umum di ruangan komuniti. Dan anggota yang pergi, hanya dia sahaja tidak tahu. Sebab apa? Nanti dekat airport sahaja lah dia ambik tahu. Yang dia tahu sekarang ni, dia nak balik rumah. Sudah berapa minggu dah dia tidur kat hospital ni. Rindu teruk dengan rumah sendiri.

Beg galas miliknya diraih. Ruangan bilik kerjanya itu diperhati sekeliling. Kot kot ada barang kelengkapan tertinggal. Naya pak karim kalau dah sampai Vietnam sana, benda wajib nak merawat orang tak bawa.

Selesai melihat sekeliling tiada apa lagi yang tertinggal, beg galasnya itu digalasnya sebelum dia melangkah keluar dari bilik tersebut.

               "Aisy! Selamat pergi dan selamat balik ya," tegur salah seorang jururawat yang berjalan selisih dengannya. Aisy sekadar angguk mengiyakan sahaja.

               "Yu Teng! Tu Aisy baru keluar dari bilik dia. Dah packing barang nak balik. Pergi lah tegur dia dulu tu," secara automatis Yu Teng panggung kepala.

Dah tiba masanya!

"Jap tau. I pergi kat Aisy. Kejap lagi I datang balik," pamit Yu Teng. Fail rekod pesakit yang dipegangnya sebentar tadi diberikan kepada Mastura, merangkap jururawat yang memberikan info kepada Yu Teng mengenai Aisy seketika tadi.

Mastura sekadar tersenyum nipis. Berharap agar mereka berdua baik-baik sahaja. Tak gaduh-gaduh dah. Ni kalau gaduh, satu hospital ni pun takut nak bertegur dengan Aisy meskipun Aisy tu orangnya happy go lucky. Tengok muka Aisy muram saja rasa macam bukan Aisy yang selalu mereka semua kenal.

               "Aisy!!," dia berlari anak menerpa ke arah Aisy yang berada koridor hospital.

Langkah Aisy terhenti serta-merta, menyedari akan suara seseorang teriak namanya. Kepalanya ditoleh belakang. Nampak sahaja figura orang yang sangat dikenali itu menerpa ke arah dia, terus langkahnya maju.

Yu Teng.

Ni tak lain tak bukan mesti nak pujuk. Percaya lah.

"Aisy! Tunggu lah kejap. I ada benda nak cakap kat you," langkahnya cuba menyamai langkah Aisy. Aisy ni, nampak muka dia terus jalan tak pandang belakang dah. Marah betul dengan dia pasal kes tempoh hari.

"Cakap apa Teng Teng. You kan tak nak kawan dengan I," Aisy melajukan langkahnya. Tidak dihiraukan Yu Teng yang cuba mengejar setiap langkahnya.

"Mana ada I cakap macam tu. I takde cakap pun I tak nak kawan dengan you," ujar Yu Teng. Dia sedar, Aisy sangat-sangat marah akan dirinya. Iya lah, mereka dua dah kawan cukup lama. Bila jadi macam ni memang rasa tak senang sungguh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Carl: My Nonchalant Husband Where stories live. Discover now