Isteri Milik Tuan Carl (1)

315 13 0
                                    

Suara tangisan Firash menghentikan lamunan Carl.Anaknya yang baru memasuki usia tiga tahun itu didukung.Semenjak bergelar sebagai duda,dia sudah tidak tertarik untuk membuka hati pada mana mana perempuan.Dia ditinggalkan oleh perempuan yang sangat dia cintai kerana bekas isterinya itu lebih memilih kerjayanya sebagai seorang model.

“Carl dah carikan babysitter ke belum untuk cucu Mama tu?" Puan Kezia muncul dari arah dapur.

“Belum lagi Ma.Carl busy sikit,tak sempat nak cari." Carl memberi alasan.

“Carl,anak kamu tu perlukan orang untuk jaga dia.Kalau tak nak ambil babysitter,apa kata kamu yang cari isteri." Susah sangat nak ambil babysitterkan?

“Ma,Carl dah penat untuk kenal mana mana perempuan.Carl dah tutup hati Carl serapat yang boleh."

“Tapi anak kamu perlukan seseorang untuk mengurus dia.Takkan kamu yang nak urus dia kot?"

“Apa salahnya? Anak Carl,biar Carl yang uruskan."

“Kalau kamu dah masuk kerja macam mana?"

Carl diam untuk seketika.Takkanlah dia nak bawa anak dia sekali.
Serabutnya dia dengan situasi sekarang.

“Nanti pandai pandailah Carl uruskan semua tu.Mama jangan risau pasal Carl dengan Firash."

“Mama memang akan risau dekat cucu Mama.Mama nak dia sentiasa ada depan mata Mama."

“Carl bukan duduk jauh pun Mama.Setiap hujung minggu Mama boleh datang tengok cucu Mama."

“Carilah babysitter Carl.Ini semua untuk Firash,cucu Mama."

“Hmmm."

“Mama tolong carikan babysitter eh untuk cucu Mama?" Dia lakukan semua itu untuk cucunya.

“Boleh percaya ke babysitter zaman sekarang ni Ma? Kalau diorang bawa anak Carl lari,macam mana?" Dia sangat takut kehilangan anaknya.Cukuplah dia ditinggalkan oleh bekas isterinya dulu.

“Carl serahkan semua tu pada Mama.Mama akan cuba untuk lakukan yang terbaik untuk family kita." Dia cuba meyakinkan anaknya itu.

“Carl takut hilang Firash,macam mana Carl pernah hilang orang yang Carl cinta dulu."

“Mama faham Carl."

“Carl harap Mama boleh cari babysitter yang terbaik."

“Thank you sebab percayakan Mama." Dia tersenyum lega.

“Welcome Mama.Carl letak sepenuhnya kepercayaan dekat Mama."

Puan Kezia duduk sambil berbincang dengan kawan baiknya.Sudah dua minggu dia tidak menjejakkan kaki di butik milik kawan baiknya itu.

“Atira awak ada someone yang boleh jadi babysitter dekat rumah saya tak? Saya tengah cari babysitter untuk cucu saya." Tanya Puan Kezia sambil meminum kopi yang disediakan PA kawan baiknya itu.

“Ermm tak tahulah,saya tak pasti sangat tentang tu.Tapikan saya ada seorang anak perempuan,nak tak awak ambil dia jadi babysitter?" Teringat dia tentang Caisara yang ada di rumah.

“Eh boleh je tu.Lagipun itukan anak perempuan awak."

“Tapi saya risaulah pulak."

“Kenapa awak risau?"

“Anak perempuan saya tu nakal dan degil.Boleh ke anak awak terima dia jadi babysitter nanti."

“Anak saya dah serahkan semua tu dekat tangan saya.Saya tahu anak awak tu boleh jadi babysitter yang baik."

“Saya harap dia okey jelah nanti.Dia tu kuat melawan,nanti tak sampai sebulan kerja dah kena buang." Dia tergelak membayangkan itu.

“Boleh pulak awak gelakkan anak awak tu eh?" Mereka sama sama menghamburkan tawa.

“Balik rumah nanti,saya bincang dengan Caisara tentang kerja ni.Terima ataupun tak,saya memang akan paksa dia.Bukan apa tau,saya nak dia belajar untuk mengasuh anak.Nanti bila dia dah kahwin, senanglah sikit."

“Saya setuju dengan cadangan awak tu.Bagus juga dia jadi babysitter,mana tahu boleh jadi menantu saya."

“Wah boleh sangat tu Kezia.Saya pun dah lama teringin nak ada menantu ni."

“Saya harap Carl boleh buka hati dia untuk anak awak tu.Saya nak tengok cucu saya bahagia." Dia harap sangat Carl boleh terima Caisara.

“Harap diorang ada jodohlah ye.Kita sama sama doakan kebahagiaan diorang."

“Saya akan doakan yang terbaik untuk mereka.Saya nak mereka bahagia."

“Saya harap mereka boleh terbuka hati untuk terima satu sama lain."

“Tak sabarnya nak tengok diorang berjumpa.Mesti mereka akan jatuh cinta pada pandangan yang pertama."

“Kalau jatuh cinta tak apa,jangan bergaduh pulak."

Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang