Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Najmi membuang pandang ke arah para tetamu yang sedang menjamu selera di bawah khemah. Majlis bacaan Yaasin dan solat Isyak secara berjemaah baru saja selesai.
Jemputan utama pada malam ini adalah anak-anak yatim. Itulah tetamu khas yang sentiasa menjadi jemputan untuk setiap kenduri yang diadakan oleh keluarganya.
Sedang mata meliar memerhati sekeliling, pandangannya menangkap sosok seorang wanita yang sedang memujuk seorang kanak-kanak yang sedang menangis. Dia terus memerhati setiap tingkah mereka.
"Mawar?" Tanpa sedar dia menyebut nama itu. Perlahan kaki menapak ke arah wanita itu untuk mendengar butir bicara di antara dua manusia itu.
"Okey, dah! Aisyah jangan menangis lagi. Nanti, Aunty Mawar belikan sepit rambut yang baru untuk Aisyah, okey?" Mawar memujuk anak buahnya.
"Janji Aunty Mawar belikan yang baru?" Aisyah meminta kepastian.
"Promise, sayang!" Mawar mengaitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Aisyah.
"Okey, aunty."
Aisyah terus menuju ke arah sekumpulan kanak-kanak yang lain dan bermain dengan gembira seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mawar terus bangun dan tanpa sengaja terlanggar Najmi yang sedang berdiri di belakangnya. Air yang baru saja diambil oleh Najmi tumpah terkena pada baju yang dipakai oleh lelaki itu.
"Kau ini! Dari tadilah asyik nak terlanggar aku!" Najmi sudah mula geram.
Mawar terkebil-kebil biji mata. Kali keempat dah ini. Air tumpah pula dah! Cliche sangatlah, Mawar! Dia bermonolog dalam hati.
"Boleh tak dalam satu hari kau tak clumsy?" Najmi menyoal geram.
"Clumsy? Siapa yang clumsy? Saya ke?" Polos Mawar menyoal.
"Habis itu?! Kau tengok aku tengah cakap dengan siapa sekarang ini?! Yang langgar aku tadi siapa?! Hantu?!"
"Bila masa awak ada belakang saya?" Mawar pula menyoal.
"Eh, engkau ini! Ini tempat awam. Kenduri ini, cik adik oi! Ini tempat makanan. Yang kau mencangkung kat sini, buat apa? Kau tengok baju aku dah tumpah kena air. Air hijau pula itu!" Marah betul Si Najmi apabila air katira tumpah pada baju kurta berwarna putih yang dipakai olehnya. Sudah hijau saja bajunya.
Mawar ketap bibir apabila dimarahi oleh Najmi. Lelaki ini memang tak reti nak cakap baik-baik ke? Mata berkaca perlahan.
"Saya minta maaf. Awak bagilah baju awak itu. Nanti saya basuhkan," ujar Mawar perlahan. Sedih.
"Tak payah nak sedih sangat suara. Macam budak kecil. Marah sikit, nak nangis!" Najmi mendengus dan terus meninggalkan Mawar sendirian.
Mawar angkat wajah yang sudah basah dengan air mata. Entah mengapa dia menangis apabila lelaki itu berkata kasar kepadanya. Mungkinkah kerana dia mempunyai rasa suka terhadap lelaki itu? Nafas dihela perlahan.