Isteri Milik Tuan Carl (2)

100 8 0
                                    

“Mama baru balik ke?" Tanya Caisara sambil duduk di sofa depan Puan Atira.

“Haah baru je balik.Cai dah makan belum?"

“Cai baru je habis makan."

“Okeylah kalau macam tu.Mama nak tanya sikit ni."

“Tanya apa?"

“Cai selalu boringkan kalau duduk rumah sorang-sorang?"

“Memang boringlah sebab Mama tak bagi Cai kerja." Dia anak bongsu tetapi dia sudah cukup dewasa untuk bekerja.

“Mama tak bagi kamu kerja sebab Mama tak nak kamu jauh dari Mama.Tengoklah Abang kamu tu,mana reti nak balik sini."

“Abang lain,Cai lain.Takkanlah Cai kena duduk rumah je dua puluh empat jam." Dia bukannya budak budak lagi.

“Disebabkan tulah Mama nak bincang dengan kamu ni.Kawan Mama tengah cari babysitter untuk cucu dia."

“Jadi? Apa kena mengena dengan Cai?" Soalnya bingung.

“Mama nak kamu jadi babysitter dekat rumah kawan Mama tu."

“Babysitter? Mama serious ke nak Cai jadi babysitter?" Manalah dia pandai jaga baby ni.Kalau setakat main dengan budak budak tu,bolehlah.

“Mama seriouslah Cai.Lagipun cucu dia tu dah tiga tahun.Tak adalah susah mana nak jaga dia."

“Mama dengan Papa budak tu pergi mana,sampai diorang cari babysitter?"

“Mama dengan Papa dia dah bercerai.Kasihan budak tu tau."

“Kenapa diorang bercerai?" Dia ingin tahu hal sebenar.

“Kamu ni sibuklah Cai.Jangan nak menyibuk hal oranglah."

“Cai tanya je bukannya nak menyibuk."

“Samalah tu."

“Sama? Yeke sama? Sama eh?" Dia berfikir sambil bertanya.

“Sama je Caisara Diandra!" Geram dia dengan anak bongsunya itu.

“Janganlah marah.Nanti Mama cepat tua,Papa cari lain pulak."

“Amboi,berani eh cakap macam tu.Minggu depan kamu masuk kerja jadi babysitter dekat rumah kawan Mama!" Tak boleh tolak dan mengelak.

“Mama,mana boleh macam tu.Cai tak setuju pun lagi."

“Setuju atau tak,kamu kena jadi babysitter jugak." Tegasnya lagi.

“Haihh memaksalah Mama ni.Tak bestlah macam ni."

“Kamu kena bersyukur sebab Mama bagi kamu kerja.Ke kamu nak duduk rumah je macam sekarang ni?"

“Selain jadi babysitter tu,Cai tak boleh cari kerja lain ke Ma?"

“Tak boleh."

“Alaaa,bolehlah Ma?"

“Tak boleh Caisara Diandra!"

“Yelah yelah.Cai akan kerja jadi babysitter dekat rumah kawan Mama tu.Puas hati?"

“Mestilah puas hati.Dapat jugak kamu kenal dengan bapa budak tu."

“Eeeeee,Cai tak cakap pun nak kenal dengan dia." Mesti si duda tu tuakan?
atau macam Pak cik?

“Kalau kamu kerja nanti,kamu kenal jugak dengan dia.Dia handsome tau."

“Nak tipu Cai pun agak agaklah." Takkanlah handsome kot? Mesti nak kenakan dia ni.

“Mana ada tipu.Confirm kamu suka dekat dia nanti."

“Tak berminatlah Cai dengan dia tu."

“Yelah,tengoklah nanti."

“Mama pergilah tidur,dah malam ni."

“Halau orang pulak budak ni."

“Mana ada halau."

“Yelah.Mama masuk tidur dulu." Katanya sambil menaiki anak tangga.

“Tidurlah dulu.Good night Mama."

“Good night Caisara."

Caisara duduk di ruang tamu sendirian sambil memikirkan tentang pekerjaannya itu.

Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)Where stories live. Discover now