𝗟𝗖𝗞 ★ : 𝟎𝟐

17 3 0
                                    

ZAFRAN & HANNAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZAFRAN & HANNAH

KEJADIAN malam tadi masih lagi segar dalam ingatan gadis itu. Hari ini sepatutnya menjadi hari yang paling bermakna untuknya dan syarikat tetapi lain pula jadi. Selesai sahaja mesyuarat, Hannah Auliya hanya menyembunyikan dirinya dalam bilik ofis. Enggan keluar walaupun waktu makan tengah hari.

'Hannah korbankan segalanya untuk mama dan papa tapi mama dan papa tak pernah nampak pengorbanan Hannah.' batin Hannah Auliya. Dadanya bagai ingin meletup menahan rasa sakit yang selama ini dipendam.

'Anak mana yang tak kecewa dengan sikap orang tuanya sendiri. Hannah dah cuba yang terbaik untuk mama dan papa tapi mama papa tetap pandang serong terhadap Hannah.' kecewa? Sudah semestinya. Dia juga mempunyai hati dan perasaan. Dia juga seorang manusia. Dia bukannya seorang bidadari yang sentiasa berasa sangat kuat dalam semua hal.

Dia Hannah Auliya binti Arman. Gadis polos yang mudah menangis. Gadis yang sampai saat ini masih mengharapkan kasih sayang keluarga dan kasih sayang ibu bapa. Dia didikan dengan kekerasan berbanding anak bungsunya, Hanan Amanda. Kemahuan dan keinginan gadis itu sentiasa ditolak sejak kecil.

"Papa." panggil gadis itu. Mainan yang berbentuk kucing itu ditayang. Dia inginkan mainan itu.

"Hannah nak ini boleh?" soal gadis itu teruja. Seumur hidup dia, dia tak pernah miliki mainan. Biliknya hanya dipenuhi dengan alatan sekolah berbanding bilik anak perempuannya yang penuh dengan segala mainan dan barangan yang dibeli.

"Buat apa? Papa kan suruh beli alatan sekolah bukan mainan. Hannah kan dah besar." pinta Dato Amran kepada anak kecil itu.

"Tapi kenapa Hanan—"

"Hannah boleh tak dengar cakap papa? Susah sangat ke nak dengar cakap aku?" dengar sahaja perkataan 'aku' sudah membuktikan bahawa Dato Amran sedang menahan amarahnya. Tuah pada gadis itu. Jikalau mereka berada di rumah sekarang ini, pasti Dato Amran sudah memukulnya.

"Papa." salah satu suara anak kecil menyapa. Pandangan anak dan ayah beralih.

"Iya anak papa." senyuman terukir di birai bibir. Hannah Auliya hanya memandang kemesraan antara adik perempuannya dan sang ayah. Layanan sang ayah lain sangat.

"Hanan nak ini boleh?" ditayang lego berbentuk frozen kepada sang ayah. Dia mahukan ini meskipun harganya sangat mahal.

"Boleh sayang. Hanan ambil lah apa-apa lagi." tersenyum riang Hanan Amanda. Dia cuba tahu jawapan sang ayah. Apa kemahuan dan kehendaknya pasti mama dan papa ikut.

"Hannah dah ambil belum barang sekolah?" soal Dato Amran dingin. Hannah Auliya hanya mengangguk sahaja. Mainan kucing yang diambil, diletakkan ke tempat asal. Pandangan beralih ke arah sang ayah yang memimpin tangan sang adik. Senyuman kelat ditayang. Alangkah kalau dia yang berada di posisi sang adik.

𝗟𝗮𝗳𝗮𝘇𝗸𝗮𝗻 𝗖𝗶𝗻𝘁𝗮𝗸𝘂 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗺𝘂 ( og )Where stories live. Discover now