LAFAZKAN CINTAKU KEPADAMU

48 5 0
                                    

ZAFRAN & HANNAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZAFRAN & HANNAH

PANG!

Satu tamparan kuat hinggap pada wajah mulus gadis itu. Bahang dan pijar rasanya. Empangan air mata mula pecah apabila merasakan kesakitan dari tamparan tersebut. Perasaan sakit, perit serta sedih kini bercampur aduk dalam diri.

"Papa sakit." adu gadis itu. Sudah masuk kali ketiga Dato Amran menampar wajah mulus anak perempuannya itu. Dada Dato Amran turun naik melepaskan kemarahannya.

"Sakit? Sedar pun sakit tapi kau pernah fikir betapa sakitnya hati aku bila dapat tahu nama kau naik dalam disiplin." tengking Dato Amran. Ini bukan kali pertama Dato Amran naik tangan anak perempuannya.

Sejak kecil lagi gadis itu sentiasa didedahkan dengan layanan yang cukup kasar dan tegas. Gadis itu juga yang selalu menjadi mangsa pelepas kemarahan Dato Amran dan Datin Hanani.

"Hannah tak salah papa. Hannah tak tipu papa dengan mama." wajah Hannah Auliya kini dihiasi dengan butiran air jernih dari kelopak mata. Bahagian pipi yang ditampar dipegang. Rasa sakit dan perit.

Punca kemarahan Dato Amran dan Datin Hanani ialah mereka mendapat laporan dari pihak sekolah berkenaan kes buli di sekolah. Pihak sekolah, Dato Amran dan Datin Hanani syak bahawa Hannah Auliya ialah punca kes buli tersebut.

Tapi itu semua penipuan.

"Saksi ramai lah. Diaorang nampak kau buli budak tu." tegas Dato Amran bersuara. Hannah Auliya hanya diam membisu. Tiada satu jawapan pun yang keluar dari birai bibirnya. Jika dia bercakap benar sekalipun mama dan papa tak akan mendengar penjelasannya. Papa dan mama hanya mendengar penjelasan pihak yang salah berbanding pihak yang betul.

"Aku menyesal ada anak macam kau. Kalau aku tahu kau akan menyusahkan aku, memang dah lama aku suruh mama gugurkan kandungan." terdiam Hannah Auliya mendengar kata-kata dari sang ayah. Selama ini dia merasakan bahawa cacian serta hinaan sudah cukup perit untuk dihadapi tetapi kali ini cukup berat baginya.

Adakah dia beban dalam keluarga ini?

"Hannah minta maaf mama." kini kaki Datin Hanani pula dipeluk erat olehnya. Tangisan Hannah Auliya masih lagi meluncur dengan lebat membasahi wajah cantik gadis itu.

"Kau memang tak boleh nak jadi macam Hanan ke? Cuba kau contoh sikit adik kau ni." kepala Hannah Auliya ditolak dengan kasar. Terasa jijik apabila manusia seperti Hannah Auliya memeluk dan menangis dihadapannya.

"Sepatutnya kakak yang jadi contoh tapi ini terbalik pula. Adik yang jadi contoh untuk kakak." sindir Datin Hanani.

Terdiam Hannah dengan tindakan sang ibu. Wajah adik dipandang. Wajah yang cukup puas dan gembira. Tiada langsung rasa simpati atas apa yang terjadi terhadapnya. Pandangan berubah pula terhadap wajah papa dan mama. Wajah yang dingin dan jijik terhadapnya.

"Hannah korbankan segalanya untuk mama dan papa tapi mama dan papa tak pernah nampak pengorbanan Hannah." Hannah Auliya bersuara. Terkejut semua apabila mendengar kata-kata dari Hannah Auliya.

"Jadi kau nak cakap aku tak ada pengorbanan?" semakin membara tahap kemarahan Dato Amran. Wajah anak perempuannya dipandang. Tajam dan gerun sekali.

"Wah bagus kau sekarang ni ye. Kau sedar tak kau berada dekat mana sekarang ni?" soal Dato Amran. Hannah Auliya hanya diam. Dia masih waras lagi. Dia sedar tanpa mama dan papa siapakah dia di dunia ini. Mama dan papa juga banyak berkorban tapi bukan dari segi kasih sayang.

"Tanpa mama kau tak akan ada dekat dunia ni." tengking sang ayah.

"Dan tanpa aku, kau tak akan hidup senang macam ni. Jadi bersyukur sementara kau tak kena halau dengan aku." uban-uban Hannah Auliya ditolak dengan kasar. Semakin deras air mata gadis itu.

Kenapa ujian-nya mesti melibatkan ahli keluarga? Dia tak mampu untuk membenci ahli keluarganya sendiri tapi sungguh ini sangat lah menyakitkan.

"Erti pengorbanan konon." ujar Dato Amran sebelum mengambil langkah menuju ke arah anak tangga rumah. Semakin dia duduk lama disini, semakin meningkat tahap kemarahannya.

"What you father said earlier, everything represents my feelings. Aku. Menyesal. Ada. Anak macam kau." perkataan menyesal ditekankan. Entah kenapa Datin Hanani merasakan bahawa Hannah Auliya hanya membawa bala dan beban sahaja dalam rumah ini.

Datin Hanani mengambil langkah menuju ke arah dapur. Diikuti dengan adik perempuannya, Hanan Amanda. Riak wajah Hanan jelas seperti seorang yang sangat berpuas hati dengan apa yang terjadi.

Hannah Auliya hanya diam membisu. Empangan air mata tidak berhenti mengeluarkan butiran air jernih disebalik kelopak matanya. Sakit dan perit dirasakan. Hatinya bagai dihiris dengan pisau yang disaluti dengan api yang cukup panas.

Selama ini dia bertahan hanya kerana dia percaya bahawa mama dan papa masih menganggapnya sebagai seorang anak kandung dan bukannya seperti anak kutipan. Tapi kali ini sudah membuktikan bahawa mama dan papa menyesal memilikinya sebagai seorang anak.

Dia merasakan dirinya seperti pembawa beban dalam keluarga ini. Dia tak pernah minta apa pun dalam hidupnya ini. Selama dia hidup, keinginan yang ingin dia miliki adalah miliki kasih sayang dari keluarganya sendiri.

Namun itu semua sia-sia.

Andai mereka sedar atas apa yang mereka lakukan. Andai mereka sedar akan kesan yang bakal terjadi. Andai mereka merasakan sakit yang dialaminya

Dan.

Andai mereka sedar bahawa Hannah Auliya juga merupakan anak kandung terhadap mereka.

Semua ini menyakitkan.

★★★★★★★★★★★★★★

Before we continue, I would like to say a thousand thanks to the readers who are willing to read my first work "Lafazkan Cintaku Kepadamu".

I also want to apologize if this work is not satisfactory because I am still learning in writing and I am also still a high school student.

I will continue to work on completing the work and I will try to create amazing works like the writers out there.

your love,
nnnrynn.

𝗟𝗮𝗳𝗮𝘇𝗸𝗮𝗻 𝗖𝗶𝗻𝘁𝗮𝗸𝘂 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗺𝘂 ( og )Where stories live. Discover now