𝗟𝗖𝗞 ★ : 𝟎𝟒

16 3 0
                                    

ZAFRAN & HANNAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZAFRAN & HANNAH

DAUN pintu kereta ditutup rapat. Separuh basah bajunya apabila meredah hujan lebat sebentar tadi. Plastik bungkusan makanan dibiarkan dahulu. Pandangan beralih ke arah gadis yang berada dikerusi penumpang.

"Feeling good now?" soal Zafran Al-Azhar lembut. Gadis itu hanya mengangguk perlahan. Tersenyum nipis Zafran dengan jawapan gadis ini. Kalau tidak sebelum ni asyik menangis sahaja.

"Ambil lah." bungkusan nasi goreng diberikan berserta dengan air putih.

"Tapi saya-"

"Tak perlu bayar pun. Saya nak awak alas perut dulu lepastu baru makan ubat. Kita duduk dalam hujan lama sangat tadi, saya takut awak demam pula." ujar Zafran Al-Azhar lembut. Lama sangat duduk dalam hujan tadi, takut ada yang selsema sekejap lagi.

"Terima kasih." bungkusan nasi goreng dan air mineral diambil lalu diletakkan atas riba gadis itu. Segan rasanya hendak makan walaupun perut sudah berbunyi meminta diisi.

"Kejap saya rasa ada kain dalam-" rasanya dia ada standby tisu dan kain bersih dalam kereta ni.

"Tak apa, saya okay." cantas gadis itu pantas.

"Saya nak minta maaf atau kejadian tadi. Saya salah dengan apa yang saya lakukan. Saya tarik awak masuk dalam masalah saya. Maafkan saya." pinta gadis itu. Empangan air mata ditahan agar tidak pecah lagi. Dia harus kuat dihadap semua orang, termasuklah lelaki ini.

"Kalau saya tanya sesuatu boleh?" soal Zafran Al-Azhar. Gadis itu hanya mengangguk tanda mengizinkan untuk Zafran Al-Azhar melontarkan soalan.

"Kenapa awak lari dalam hujan? Tahu kan bahaya keluar waktu hujan lebat macam ni." soal Zafran Al-Azhar serius. Cuaca seperti ini bahaya kalau bermain. Lagi-lagi waktu guruh macam ni. Gadis itu hanya mendiamkan diri. Entah mana harus dia memulakan untuk bercerita tentang apa yang terjadi.

"Kalau awak tak nak cerita-"

"Saya lari rumah." pinta gadis itu. Zafran Al-Azhar pula yang mendiamkan diri. Enggan bertanya lebih soal ini. Dia yakin bahawa gadis ini dalam keadaan yang bermasalah.

"Saya penat. Saya terluka dengan apa yang mereka lakukan pada saya. Saya pun seorang manusia. Manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Hati saya terluka, perasaan saya hancur. Tak cukup dengan pukulan dan hinaan, diaorang paksa saya lakukan hal saya tak inginkan." luah gadis itu. Zafran Al-Azhar hanya mendengar setiap luahan yang dilontarkan. Dia juga tidak berhak untuk mengambil tahu selebihnya.

"Saya tak tahu nak mula dari mana. Saya tak kenal awak. Pertemuan kita ini ibarat satu kejadian yang berpunca dari kesilapan saya sendiri." sambung gadis itu lagi.

𝗟𝗮𝗳𝗮𝘇𝗸𝗮𝗻 𝗖𝗶𝗻𝘁𝗮𝗸𝘂 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗺𝘂 ( og )Where stories live. Discover now