Slow Update ' 𝐓𝐈𝐌𝐄𝐋𝐈𝐍𝐄 𝗦𝗧𝗔𝗥𝗧 : 20 Sep 2024 𝗘𝗡𝗗 : 2024 ' 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐎𝐍𝐆 Cinta Sesungguhnya - Sabhi Saddi "Hannah korbankan segalanya untuk mama dan papa tapi mama dan papa tak pernah nampak pengorbanan Hannah." 𝗛𝗮𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗔𝘂𝗹𝗶𝘆𝗮 gadis yang selama ini menyimpan seribu satu impian dan cita-cita dalam dirinya namun semua itu hancur seperti gunung yang meletus. Kerana keluarga, kini kehidupannya dipenuhi dengan trauma yang perit dan pedih. 𝗭𝗮𝗳𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 merupakan seorang leftenan muda dari unit tentera udara diraja Malaysia. Sikapnya yang terpuji kerana seorang yang positif dan seorang yang tegas. Kisah mereka bermula dari takdir yang menentukan. "Kenapa cik keluar waktu hujan lebat macam ni? Saya hantar balik ye?" - Zafran Al-Azhar - "Saya tak nak. Diaorang bencikan saya." - Hannah Auliya - Setiap orang merasakan bahawa keluarga merupakan tempat pulang yang paling nyaman namun tidak bagi Hannah. Bagi Hannah keluarga adalah seperti racun dan pisau yang digunakan bagi tujuan membunuh dan membakar dirinya. "Diaorang nak saya mati Zafran. Diaorang benci saya. Susah sangat ke saya nak merasa kasih sayang dari keluarga sendiri?" - Hannah Auliya - "Kalau awak nak merasa kasih sayang keluarga. Izinkan saya mencipta satu keluarga untuk awak." - Zafran Al-Azhar - Allah itu maha adil. Kesedihan pasti akan diganti dengan kebahagiaan. Setiap apa yang berlaku di dunia ini merupakan satu episod baru bagi kita. "Izinkan saya untuk melafazkan cinta saya terhadap awak, Hannah Auliya." - Zafran Al-Azhar - "Saya percayakan takdir saya. Takdir yang Allah tentukan untuk saya dan awak." - Hannah Auliya - Mampukah Hannah Auliya melupakan trauma yang dialaminya selama ini dan siapakah yang bakal menjadi semangat Hannah disaat akhir. Keluarga atau Cinta?