Empat tahun yang lalu...
"Huh?! Tok Aba jatuh sakit?!" Terlihat tujuh kembar yang berkumpul di ruang tamu terkejut setelah mendengar khabar daripada bapa mereka, Amato.
"Ya dan ayah mahu pindahkan dua daripada kamu bertujuh ke Pulau Rintis untuk menemani Tok Aba," kata Amato.
"Tapi ayah, kami baru sahaja dapat sekolah yang kami mahukan! Takkan nak kena pindah lagi?" bantah Blaze, tidak berpuas hati.
"Sebab itu ayah nak dua orang sahaja dan ayah sudah berbincang dengan ibu kamu untuk pilih Ais dan Duri," balas Amato
"Apa?!" Mereka bertujuh terkejut dan memandang antara satu sama lain.
"Tapi kenapa kami?" soal Ais untuk kepastian.
"Sebab kamu berdua sahaja bersekolah harian, yang lain bersekolah di sekolah berasrama." Amato membalas lagi.
Kata-kata Amato itu benar kerana Halilintar, Taufan dan Gempa bersekolah di Akademi Berasrama Penuh di luar Kota Hilir, Blaze bersekolah di Sekolah Menengah Sukan di Kota Hilir, Solar pula bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kota Hilir manakala Ais dan Duri sahaja bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kota Hilir. Amato lakukan ini mengikut kehendak anak-anak kembarnya supaya mereka mampu bersekolah di tempat berprestij tinggi dan mampu berdikari kecuali Ais dan Duri dimana nasib mereka tidak baik kerana markah kokurikulum atau pembelajaran mereka agak kurang daripada kembar-kembar yang lain.
"Kalau ayah kata begitu, Ais tidak kisah tapi Ais tidak tahu tentang Duri pula." Ais memandang ke arah Duri.
"Kalau Ais nak pergi ke Pulau Rintis, Duri akan pergi juga! Kasihan Ais kalau dia teman Tok Aba seorang diri," kata Duri dengan ceria.
"Kalau macam tu, baiklah. Ayah akan uruskan dokumen kamu, okey?" kata Amato pula.
"Baik, ayah." Ais dan Duri menganggukkan kepala mereka berdua secara serentak, akur dengan kehendak Amato.
"Baiklah, ayah kena pergi kerja semula. Ayah ada hal lain pula," kata Amato sebelum mengorakkan langkah keluar daripada ruang tamu itu.
"Weh, Ais! Duri! Korang betul ke sanggup nak pindah kat Pulau Rintis?" soal Blaze.
"Ya, lagipun korang semua sekolah kat sekolah bagus-bagus. Agak rugi kalau korang pindah hanya sebab itu," balas Ais.
"Maafkan kami, Ais. Duri." Gempa bersuara.
"Korang jangan risaulah! Kami boleh buat, lagipun ayah nak kita berdikari. Kan? Mungkin ini peluang kami untuk duduk jauh," kata Duri, cuba untuk berfikiran positif.
"Baiklah, kalau macam tu. Korang kena jaga diri baik-baik nanti, tahu?" Taufan mengusap rambut kedua-dua adik kembarnya itu.
"Baik!" kata Ais dan Duri secara serentak.
[SWITCH]
Beberapa hari kemudian setelah menguruskan dokumen untuk pemindahan Ais dan Duri, akhirnya tiba hari di mana Ais dan Duri perlu meninggalkan Kota Hilir.
"Semua barang dah kemas?" soal ibu kepada kembar tujuh itu yang menyediakan makanan kepada Ais dan Duri.
"Sudah!" balas Ais dan Duri serentak.
Ruang makan agak sunyi dan cuma mereka bertiga ada di ruangan itu kerana kembar yang lain sudah pun pulang ke sekolah masing-masing.
"Sedihnya yang kita dapat jumpa yang lain sebelum bertolak ke Pulau Rintis," rungut Duri.
"Nak buat macam mana, kita dapat pindah selepas dorang habis cuti." Ais membalas sebelum menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya sendiri manakala Duri mengeluh.
YOU ARE READING
SWITCH [BBB ELEMENTAL MALAY FF]
Fanfiction(Amaran: fanfic ini mempunyai kekerasan yang berat dan isu yang sensitif, sila baca dengan risiko anda sendiri.) "Ayah mahu pindahkan dua daripada kamu bertujuh ke Pulau Rintis." Atas kehendak bapa mereka, dua daripada mereka bertujuh perlu berpinda...