Kelihatan Duri terduduk diam dan dikelilingi dengan Aryan dan yang lain, dia tidak mampu berkata apa-apa. Dia sekali-sekala memandang sekeliling jika Ais bakal kembali.
"Aryan!" Tiba-tiba jeritan seseorang menarik perhatian Aryan dan yang lain termasuk Duri.
"Oh, kak! Baru dapat keluar ke?" kata Aryan dengan nada mengejek.
"Aryan, kau buli orang lain ke?" soal Aryanna dengan nada tidak puas hati.
"Apa yang akak cakap ni?" balas Aryan.
"Kau jangan buat-buat tak tahu ya?" Aryanna bercekak pinggang manakala Aryan hanya tersenyum sinis kepada adiknya.
"Hm? Siapa ni, Aryan?" Aryanna memandang ke arah Duri.
"Oh, ni Duri. Budak baru dalam kelas aku," kata Aryan.
"Oh, selamat berkenalan! Saya Aryanna, kakak kepada Aryan!" Aryanna memperkenalkan dirinya.
"Dia baru pindah sini beberapa hari lepas sebab dia nak tinggal dengan ibu aku," kata Aryan.
"Oh, okey. Selamat berkenalan," ucap Duri lalu dia memandang topeng yang menutupi setengah daripada wajah Aryanna.
"Kenapa? Ada sesuatu ke kat muka saya ni?" soal Aryanna.
"Tak ada apa-apa, awak sakit ke sebab awak pakai topeng?" soal Duri.
"Oh. Ya, saya tak berapa sihat hari ni." Aryanna ketawa kecil.
"Tadi bukan ke akak si.. Adeh?!" Aryan belum sempat habiskan ayatnya apabila Aryanna menepuk belakang kepalanya.
"Oh, saya kena pergi dulu. Jumpa lagi nanti, bye!" Aryanna terus berlalu pergi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Dia ni, buang tabiat ke apa?" rungut Aryan sambil mengusap belakang kepalanya yang terasa sakit, Aryan berdehem.
"Kau ingat, itu kakak aku. Jangan kau nak mengada nak ngorat dia pula, faham?" ugut Aryan lalu menerima anggukkan daripada Duri.
Sementara itu, kelihatan Ais sibuk membasuh rambutnya yang sudah kotor di singki tandas. Setelah selesai, dia membersihkan kesan kotoran pada seragamnya pula. Ais melipat lengan seragamnya tetapi dia terhenti apabila melihat kesan parut pada lengannya, Ais mengalihkan pandangannya pada refleksi dirinya pada cermin di hadapannya.
"Kau dengar sini, jangan kau nak melawan aku atau budak-budak aku ya? Berani buat macam tu lagi, siap kau."
"Ingat ya, kau sentiasa milik aku. Kalau cuba tanya lagi untuk berpisah lagi, aku akan sebar ini."
Tiba-tiba satu memori terlintas di dalam minda Ais setelah mendengar ugutan Aryan sebentar tadi, Ais cepat-cepat menutup matanya dan cuba menghalang dirinya daripada berfikir. Perlahan-lahan Ais mencangkung dan kepalanya bersandar pada singki.
"Aku fikir kat sini lebih baik," gumam Ais seorang diri, dia terasa dadanya terasa sangat berat.
Tiba-tiba ketawa seorang perempuan mengejutkan Ais menyebabkan dia jatuh terduduk di atas lantai.
Ais memandang sekeliling tetapi tiada sesiapa di dalam tandas itu selain daripada dirinya, Ais cepat-cepat bangun dan berjalan keluar daripada tandas dalam keadaan terburu-buru. Kakinya mengorak laju ke arah kelasnya sendiri, tatapan daripada orang sekeliling dihiraukannya. Setelah sampai di kelasnya, Ais cepat-cepat ke tempat duduk dan menyorok di bawah meja. Cuba untuk menenangkan dirinya, Ais memeluk kedua-dua kakinya sambil menutup matanya dengan rapat.
"Ais?" Tiba-tiba seseorang menyentuh bahu Ais menyebabkan Ais terus menepis tangan sosok itu tetapi Ais terhenti apabila dia melihat wajah sosok itu.
"Du.. Duri," kata Ais dalam ketakutan.
"Ais okey ke ni? Ais sakit ke?" soal Duri dalam keadaan risau.
Ais tidak berkata apa-apa dan hanya terus memeluk Duri dengan erat manakala Duri yang keliru hanya mampu memeluk Ais dan cuba menenangkan Ais.
"Ais takut lagi. Bila kali terakhir dia takut?" fikir Duri, wajahnya kelihatan risau.
Duri masih ingat bagaimana Ais sentiasa ketakutan sejak tahun lepas, Duri tidak tahu penyebabnya. Duri yakin Ais tidak kelihatan dalam ketakutan sejak mereka diberitahu untuk pindah dan kali ini Ais kembali ketakutan. Duri mahu sangat tahu penyebab Ais jadi ketakutan seperti ini sekarang.
Adakah sebab tadi atau sebab yang lain?
Pelbagai tanda tanya timbul di dalam fikiran Duri tapi kali ini dia hanya mampu menenangkan Ais.
Sementara Ais dan Duri berpelukkan, kelihatan seseorang sedang mengintip mereka berdua disebalik pintu kelas 2 Bakti.
"Itu sepatutnya aku," fikir sosok itu, dia menunjukkan wajah tidak puas hati sebelum beredar pergi.
[SWITCH]
Jam menunjukkan pukul dua petang, kelihatan pelajar Akademi Pulau Rintis berpusu-pusu keluar daripada perkarangan akademi untuk pulang ke rumah termasuk Ais dan Duri yang sudah berjalan di pejalan kaki untuk pulang ke rumah. Keadaan antara mereka berdua agak janggal sejak Ais mendiamkan dirinya selepas kejadian di kantin sebentar tadi.
"Hmm. Ais okey?" soal Duri yang cuba untuk memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
"Hu.. Huh? Ya, aku okey." Ais membalas.
"Okey. Balik nanti, Ais tidurlah ya? Duri yakin yang Ais perlukan rehat, Duri nampak yang Ais macam tak larat sikit. Oh ya, Ais jangan lupa bersihkan diri juga. Nanti Duri tolong basuhkan seragam Ais tu!" kata Duri dengan senyuman yang lebar, dia cuba untuk menggembirakan Ais.
Ais menatap ke arah Duri lalu senyuman kecil muncul di bibirnya, Ais mengusap rambut Duri dengan lembut.
"Okey tapi jangan rosakkan seragam aku pula, ini sahaja yang aku ada buat minggu ni." Ais memberi nasihat.
"Serahkan sahaja kepada Duri! Ais jangan risau!" kata Duri dengan semangat menyebabkan ketawa kecil terlepas daripada mulut Ais.
Senyuman melebar di bibir Duri apabila dia melihat Ais ketawa kecil, dia berasa gembira apabila dia berjaya membuat Ais gembira.
"Jom, kita balik cepat! Ais pasti lapar juga!" kata Duri sambil memegang tangan Ais sebelum dia mula berlari.
"Du.. Duri! Hati-hati, jangan lari!" kata Ais tetapi kakinya turut mengikuti rentak larian Duri.
Beberapa minit kemudian, akhirnya mereka berdua tiba di rumah milik Tok Aba. Masing-masing menanggalkan kasut sebelum menapak masuk ke dalam rumah.
"Assalammualaikum, Tok Aba! Abang Jo! Kami dah balik!" kata Duri dengan lantang.
"Selamat kembali! Bagaimana sekolah?" soal Abang Jo yang sedang menguruskan Tok Aba.
".. Biasa-biasa aja!" balas Duri.
Setelah mereka berdua masuk ke dalam rumah, kelihatan seseorang muncul di sebalik dinding pagar salah satu rumah jiran dan sosok itu mendekati rumah milik Tok Aba.
"Jadi kau tinggal kat sini ya, Ais?" gumam sosok itu seorang diri.
Sosok itu mengeluarkan kamera daripada begnya dan dia mengambil beberapa keping gambar pada rumah Tok Aba, terutama sekali pada nombor alamat rumah Tok Aba.
"Kau tidak dapat lari daripada aku, Ais." Sosok itu memasukkan beberapa keping surat ke dalam peti surat rumah Tok Aba sebelum dia beredar pergi.
Setelah sosok itu pergi, kelihatan Abang Jo yang keluar daripada rumah untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang berada di luar pagar. Setelah selesai, Abang Jo memeriksa peti surat untuk memeriksa jika terdapat surat bil.
"Eh? Surat?" Abang Jo mengambil surat-surat di dalam peti surat dan membaca nama di atas setiap sampul surat itu.
"Huh? Semua ini untuk Ais?" Abang Jo mengerutkan dahinya dan dia terus masuk ke dalam rumah.
"Ais? Ada surat untuk kamu," kata Abang Jo, menarik perhatian Ais.
"Surat? Daripada siapa?" Ais mengerutkan dahinya.
"Abang pun tak tahu, cuma nama kamu tertulis di surat-surat ini." Abang Jo terus menghulurkan surat-surat itu kepada Ais.
Ais semakin kehairanan lalu dia membuka salah satu sampul surat itu tetapi Ais terkaku apabila membaca isi surat tersebut.
YOU ARE READING
SWITCH [BBB ELEMENTAL MALAY FF]
Fanfic(Amaran: fanfic ini mempunyai kekerasan yang berat dan isu yang sensitif, sila baca dengan risiko anda sendiri.) "Ayah mahu pindahkan dua daripada kamu bertujuh ke Pulau Rintis." Atas kehendak bapa mereka, dua daripada mereka bertujuh perlu berpinda...