BAB 5 ( EDIT )

34 6 4
                                    

DI luar, bulan bergegas menyelinap di sebalik awan ketika dia beredar.

Dada Arzhel terasa sesak. Kepalanya sarat dengan fikiran yang negatif. Benang seluar ditarik dan dipintal resah. Kaki menekan pedal minyak dan memecut laju di atas jalan raya yang dipenuhi kenderaan.

Peluh merinik membasahi dahi, degupan jantung kian berdegup laju bagai mahu meletup.


Arzhel terjaga dari tidur nyenyaknya tatkala telinga dia menangkap bunyi deringan telefon.

Dalam keadaan masih mamai, tangan Arzhel mencapai telefon bimbitnya dan melihat gerangan telefon.

-Ummi-

Arzhel melihat nama yang tertera di skrin telefon dan terus menjawab panggilan.

"Helo ummi? Kenapa telefon Zhel tengah malam ni?" Tanya Arzhel, hairan.

"Zhel, kamu kena datang hospital sekarang!" Balas Puan Aryna dengan nada yang cemas.

Mata Arzhel terus terbuka luas dan segar. "Kenapa ni, ummi? Apa yang jadi?" Soal Arzhel.

"Walid kena serangan jantung. Zhel, datang hospital secepat yang mungkin. Ummi perlukan seseorang nak mengadu." Adu Puan Aryna dengan nada lirih.

"Ya Allah, sabar ya ummi? Zhel datang sekarang. Ummi share location hospital, Zhel datang." Ujar Arzhel lalu dia bangun dari baringnya.

"Ummi dah hantar lokasi hospital, cepat ya Zhel?"

"Ya, Zhel datang sekarang. Ummi jangan risau ya? Doa banyak-banyak dan tawakal pada Allah." Sambung Arzhel lalu dia mematikan panggilan.

Arzhel terus melangkah keluar dari kamar tidurnya dengan keadaan yang serabai. Namun, dia tidak peduli akan penampilan dirinya.

Kaki Arzhel laju melangkah dan anak mata tercari-cari bilik wad keberadaan sang ayah dan sang ibu.

Sebaik sahaja Arzhel menemui nombor yang terletak di dedaun pintu bilik, dedaun pintu itu terus dikuak laju.

Kepala Arzhel dipanjangkan sedikit melihat figura manusia yang berada di dalam bilik wad itu.

Hati Arzhel bagai dipanah petir tatkala anak matanya bertembung dengan pandangan sayu sang ibu.

Perlahan-lahan anak mata Arzhel melihat sang ayah yang kaku terlantar di atas katil bersama bantuan oksigen.

Begitu luluh hati sang anak melihat keadaan sang ayah yang nazak.

Dengan langkah yang perlahan, Arzhel menghampiri sang ibu dan sang ayah dengan hati yang berat.

"W-walid..." Dengan nada yang perlahan dan lembut, Arzhel menyeru sang ayah.

Anak mata Tuan Azril perlahan-lahan terbuka dan melihat wajah licin anak terunanya.

"Arzhel...." Balas Tuan Azril lalu dia cuba mengukir garisan di bibir walaupun dia dalam keadaan yang sangat lemah.

"Zhel....walid...minta kamu...jaga ummi...bila...walid dah...tak..ada..
nanti....boleh?" Tanya Tuan Azril tersekat-sekat. Nafas terasa pendek.

"Walid, tak baik kata macam tu. Walid kena kuat, walid kena bertahan." Jawab Arzhel dengan sayu.

Garisan bibir mengukir senyuman nipis. "Ajal...dan...maut...semuanya...
ketentuan...Tuhan....Walid...cuba.. bertahan.. macam mana pun....Kalau Allah...panggil...Walid, walid..akan pergi...menghadapNya." Sambung Tuan Azril.

Empangan air mata Arzhel mulai bertakung, hati terasa hancur dan terkoyak rabak.


Apollyon: The Shadow Of Revenge OGWhere stories live. Discover now