"KAMU nak ke mana, Zhel?" Soal Tuan Azril, hairan ketika melihat sang anak sedang mengemas pakaiannya.
"Zhel nak balik rumah Zhel, walid. Farhan dengan Haidar tu dah merengek suruh Zhel balik." Balas Arzhel lalu dia ketawa kecil.
Tuan Azril menghamburkan tawa kecil, ketawa bersama dengan sang anak.
Dengan langkah yang perlahan, Tuan Azril mendekati tubuh kekar sang anak lalu sebelah tangan mendarat di bahu Arzhel.
Arzhel mengalihkan pandangan ke arah Tuan Azril dan tersenyum nipis.
Namun, pandangan Tuan Azril padanya kelihatan amat sayu.Arzhel mula bingung dengan pandangan sang ayah. "Kenapa walid pandang Zhel macam tu? Walid nak kata apa-apa ke dengan Zhel?" Tanya Arzhel, hairan.
Tuan Azril melontarkan senyuman nipis sebelum dia memeluk tubuh kekar sang anak dengan ketat.
Arzhel terpinga-pinga namun dia membalas semula pelukan sang ayah. Terasa pelukan sang ayah hangat dan menenangkan.
Tuan Azril meleraikan pelukan dan tersenyum manis ke arah Arzhel. Senyuman itu seolah-olah, senyuman terakhir untuknya.
"Walid? Walid tak apa-apa kan?" Tanya Arzhel.
Tuan Azril tersenyum nipis dan menggelengkan kepalanya.
"Zhel, kamu janji dengan walid suatu benda boleh?"
"Janji apa, walid?" Soalan berbalas soalan.
"Janji dengan walid, kamu akan terus kuat dalam menghadapi cabaran dalam hidup. Janji dengan walid, redha dan terima apa yang berlaku pada hidup kamu."
"Jangan pernah sesekali merungut atau salahkan takdir. Kalau kamu merungut, ingatlah akan ada orang yang lebih menderita dari kamu namun dia tetap berjuang untuk hidup dan bersabar."
"Andai kata suatu hari nanti Allah temukan kamu dengan jodoh lauhul mahfudz kamu, jagalah dia baik-baik. Terima dia seadaanya, walaupun apa jua keadaan." Sambung Tuan Azril.
"Hidup ni memang banyak cabang dan cabaran nak.. Tapi ketahuilah, setiap cabaran yang kita lalui, mesti akan ada pengajarannya." Nasihat Tuan Azril panjang lebar.
Arzhel mengangguk kecil, mengerti setiap bait kata sang ayah.
"Kita kena belajar redha, nak. Kita kena belajar untuk terima ujian dan takdir. Ingatlah, sebaik-baik rancangan kita, baik lagi rancangan Tuhan pada kita." Nasihat Tuan Azril lagi.
Arzhel mengangguk kecil dan melontarkan senyuman kecil.
"Zhel faham walid..Zhel akan ingat semua pesanan walid.." Balas Arzhel.
"Baguslah, kamu dah siap kemas pakaian kamu ke?" Soal Tuan Azril.
"Dah walid, Zhel nak kena gerak dah ni. Nanti bising pula Farhan dengan Haidar tu.."
Tuan Azril tertawa kecil dan bangun dari duduknya, begitu juga dengan Arzhel.
Mereka berdua mengatur langkah turun dari anak tangga dan melangkah ke arah dedaun pintu rumah.
"Ummi mana walid?" Tanya Arzhel.
"Ummi kamu keluar pergi keluar dengan kawan-kawan ummi. Biasalah perempuan, mesti ada aje benda hangat nak gosip."
Tuan Azril dan Arzhel menghamburkan tawa kecil dan Arzhel menghulurkan tangannya.
Dia menyalam dan mengucup kedua belah tangan sang ayah. Namun, kali ini terasa lain.
Seperti inilah salam kali terakhir.
"Zhel pergi dulu ya, walid.." Pinta Arzhel.
"Yalah, hati-hati tunggang motorsikal tu." Pesan Tuan Azril.
YOU ARE READING
Apollyon: The Shadow Of Revenge OG
RomanceApollyon, nama yang membawa maksud si penghapus atau pemusnah. Dengar sahaja nama Apollyon di ulas bibir seseorang, ramai orang akan menjadi gerun. Tidak akan ada siapa yang akan berani mahu terserempak sekalipun bertentang mata dengan jejaka mister...